sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AZIZAN. Show all posts
Showing posts with label AZIZAN. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

BUKTI PAS LANTIK PENJENAYAH KEWANGAN KAWAL DUIT KUIN #TukarKedah #TolakPR #PRU13







Insaniah Holding, sebuah syarikat swasta yang di bawa masuk REKTOR KUIN, Jamil Osman dan di persetujui Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sebenarnya merupakan punca utama Kolej Universiti Insaniah menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal sehinggakan telah menyebabkan permasalahan di dalam membuat pembayaran gaji kakitangan KUIN.

Untuk Makluman. Dalam syarikat Insaniah Holding terdapat seorang penjenayah kewangan yang di beri jawatan menguruskan kewangan Insaniah Holding.

Ahmad Shkri Ramli merupakan Financial Controller / Pengurus Kewangan Insaniah Holding. Ahmad Shkri sebelum ini pernah di sabitkan dengan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana melakukan jualan singkat 202 lot saham-saham AKN Technology BHD dan di denda sebanyak RM300 ribu.



Pada mula di dalam memegang jawatan sebagai Financial Controller, Ahmad Shkri di berikan gaji sebanyak RM2500 sebulan oleh Insaniah Holding. Selepas beberapa bulan berkhidmat, gaji Ahmad Shkri di naikan melebih 50% iaitu RM 4000.

Kenaikan gaji Ahmad Shkri tidak berhenti di situ saja apabila selepas setahun berkhidmat, CEO Insaniah Holding telah bersetuju menaikkan gaji Ahmad Shkri sebanyak 50% dari RM 4,000 menjadi RM 8,000 sebulan mulai 2012.

Akibat kos operasi Insaniah Holding yang tinggi, syarikat terbabit telah bertindak mengambil duit sebanyak RM 12 Juta pada tahun 2012 dari peruntukan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.

Bayangkanlah setiap kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding gaji mereka tidak kurang dari RM 10,000 dan paling tinggi RM 35,000 sebulan dan gaji mereka terpaksa di bayar menggunakan duit peruntukan tahunan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN kerana Insaniah Holding gagal mendapatkan keuntungan. PISAU KEDAH

Friday, 19 April 2013

HOT !!!! BOLEH KA TOK MUKHRIZ NI ??? KUBU KUAT DEPA TU !!! #PRU13 #GE13 #TukarKedah



Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?

Dato’ Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung.  Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa.  Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas.

Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga.

Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana ‘nama’ memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan.  Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha.  Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali.

Oleh kerana pengalaman yang luas dan ‘berpeluang’ menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato’ Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.  

Benarlah kata orang bijaksana, iaitu “ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain”.  

Walaupun Dato’ Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya.  Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali.  Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya.  Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej ‘elit’ dan tidak sesuai dengan ‘keperibadian’ negeri Kedah.

Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua.  Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato’ Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen.

Pendek kata, berita tersebut diterima rakyat Kedah sebagai doa yang telah dimakbulkan.  Ia juga turut membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar mendengar suara rakyat walaupun terdapat usaha yang cukup giat dari beberapa pihak untuk menyekatnya.

Namun, satu perkara yang membuatkan rakyat Kedah agak ‘cuak’ ialah kawasan yang bakal ditandingi Dato’ Mukhriz dikatakan sebagai sebuah kubu PAS, iaitu DUN Ayer Hitam.  

Pada tahun 2008, Dato’ Mukhriz telah memenangi kerusi Jerlun dengan majoriti 2,205 manakala DUN Ayer Hitam yang berada di dalam Parlimen Jerlun dimenangi oleh Abdul Ghani Ahmad dari PAS dengan majoriti tipis iaitu 506 undi.  Dalam PRU 2004, DUN Ayer Hitam telah dimenangi oleh Othman Aziz dari BN dengan majoriti 860 undi.  Jumlah pengundi DUN ini dalam PRU tersebut ialah 24,939.

Justeru, untuk menyatakan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS mungkin masih boleh diperdebatkan.  Pastinya ada sebab musabab tertentu yang menyebabkan rakyat di DUN Ayer Hitam menukar pilihan mereka dari BN pada 2004 kepada PAS pada 2008.

Berdasarkan fakta di atas, maka tidak mustahil rakyat DUN Ayer Hitam akan menukar kembali ke BN pada tahun 2013 ini, atas faktor Dato’ Mukhriz.

Secara umumnya, harapan rakyat Kedah terhadap Dato’ Mukhriz amatlah tinggi dan sekiranya rakyat di DUN Ayer Hitam tidak membuat pilihan yang tepat, maka mereka pasti dianggap sebagai menghancurkan hati keseluruhan rakyat negeri itu.

Kedah memerlukan suntikan semangat baru untuk keluar dari kepompong ‘selesa’ serta bangun memajukan diri selaras dengan pengiktirafan ibunegerinya, Alor Setar sebagai sebuah bandaraya lama dahulu.  Selama ini, ‘Bandaraya’ Alor Setar adalah bandar yang ‘mati’, tiada aktiviti.  Semenjak diambil-alih oleh PAS pula, yang hidup hanyalah pusat-pusat karaoke sahaja, sementara peluang pekerjaan lain masih tiada.

Kedah dikatakan hanya selangkah sahaja ke hadapan dari Kelantan dari segi mentaliti dan sosial.  Dari segi ekonomi juga, Kedah baru saja menjunam ke bawah akibat ketidakcekapan kerajaan PAS.

Dalam pada itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cabaran untuk membangunkan Kedah dari segi ekonomi harus bermula dengan memajukan mentaliti rakyatnya terlebih dahulu.

Hari ini, pusat-pusat pelancongan yang berpotensi di Kedah masih tidak mampu menepati namanya sendiri sebagai ‘pusat pelancongan bertaraf antarabangsa’.  Antaranya, Arus Deras Sedim, Pantai Merdeka, Kuala Kedah dan berbagai-bagai lagi.    Hotel-hotel dan resort yang ada di Kedah juga dikatakan masih belum mampu menyaingi taraf profesionalisme hotel-hotel di kawasan pelancongan negeri lain seperti Melaka, Kuantan dan sebagainya.  Semua ini berkait rapat dengan ‘mentaliti’.

Satu-satunya kawasan yang tampak ‘bertenaga’ di Kedah ialah Langkawi.

Dari segi pelaburan pula, Kedah turut menjunam selepas diambil alih oleh PAS.  Menteri Besar Kedah yang ada kini, langsung tidak pernah membuat pertemuan dengan para pelabur sedia ada mahupun terlibat dalam misi-misi pelaburan negeri.

Oleh itu, dengan ketokohan Dato’ Mukhriz sebagai usahawan berjaya, kita pasti ‘menjana ekonomi’ bukanlah cabaran besar baginya, tetapi ia mungkin menjadi sukar sedikit kerana perlu terlebih dahulu menangani cabaran ‘mentaliti’ orang-orang sekelilingnya dan rakyat Kedah sendiri.

Kedah amat memerlukan Dato’ Mukhriz untuk memulihkan kembali segala kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh PAS.  Sesungguhnya, kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh parti itu selama sepenggal, bukanlah sedikit.

Dan jika PAS masih terus kekal memerintah di Kedah selepas PRU ini, maka Kedah pasti akan kembali ke 20 tahun ke belakang, sehingga memerlukan berpuluh tahun lagi untuk pulih sepertimana di bawah BN sebelum ini.

Hari ini, rakyat Kedah seolah-olah meletakkan semua harapan terhadap Dato’ Mukhriz ke atas bahu pengundi di DUN Ayer Hitam.  Harapan yang sama juga diletakkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin BN, jentera parti, termasuk mereka yang tidak tersenarai sebagai calon, untuk membantu ‘meletakkan yang hak ditempatnya’ demi kebaikan semua.


HIDUP TOK MUKHRIZ !!! HIDUP BN KEDAH , KAMI SOKONG BN KEDAH 

Friday, 12 April 2013

PANAS !!! SKANDAL KULIM HU-TECH DIDEDAH LAGI !! APA DAH JADI NIH !!! #PRU13 #SaveKedah @MukhrizMahathir @BerusGigi



Korang pernah dengar nama Kulim Hi-Tech tak? Kalau hangpa orang Kedah, aku rasa ramai yang tahu pasal kehebatan Kulim Hi-Tech ni... Kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kedah yang ditubuhkan Kerajaan BN Kedah dulu...

Baru-baru ni, PAS Kedah dok "gebang besaq" dalam buku "Sayangi Kedah Menipu Rakyat" dengan mengatakan Kulim Hi-Tech tu untung besar dan ramai pelabur masuk DISEBABKAN KEPIMPINAN PAS YANG "HEBAT"...heh!

Nak tahu cerita sebenar di sebalik "kehebatan" PAS Kedah tu? Meh sini aku cerita....

Amiruddin sebagai Exco Pelaburan selalu bagitau dalam ceramah dia bahawa PAS Kedah bawak ramai pelabur masuk ke Kulim Hi-Tech. Berbilion-bilion ringgit untung yang PAS Kedah bawak masukkkk... Betul ke?

Sebenarnya, 95% pelabur di Kulim Hi-Tech tu dibawa masuk oleh Kerajaan BN Kedah sebelum ini dan Kerajaan Pusat melalui MIDA. MIDA ni agensi tarik pelabur asing di bawah MITI...Datuk Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Menteri MITI...

Kalau Amiruddin sebut dia bawak masuk pelaburan dari syarikat First Solar tu, maknanya dia bohong! Sebab syarikat tu dah ada kat Kulim Hi-Tech sejak tahun 2007 lagi. Di zaman BN. Syarikat tu adalah pelabur terbesar di Kulim Hi-Tech...

Jadi, Kulim Hi-Tech di bawah PAS Kedah memang hancur prestasinya. Presiden Kulim Hi-Tech yang dilantik PAS tu memang tak reti buat kerja. Bayangkan, teruknya prestasi Presiden tu sampai depa tulis dalam buku rekod Kulim Hi-Tech! Rekod buruk..!!!

Antara sebab lain Kulim Hi-Tech hampir semput ialah bila Presiden Kulim Hi-Tech yang tak reti buat apa pun tu lantik seorang kakitangan yang terbukti mempunyai penglibatan rasuah dan manipulasi wang. Tu diaaa... habis laaa... Perasuah pun depa ambik kerja di Kulim Hi-Tech...

Paling best ialah sikap dan perangai Presiden merangkap CEO Kulim Hi-Tech tu. Dia ni dikatakan suka kira "tile" lantai yang pecah, marah bila signboard senget, suka check bumbung, kira tapak kaki babi hutan, kira pokok kelapa sawit dan tangkap gambar tandas kotor di Kulim Hi-Tech!

Takdak kerja lain yang lebih mencabar kaaa??? Itu kerja Presiden merangkap CEO Kulim Hi-Tech yang bertaraf antarabangsa tu? PAS tak dak orang lain lagi ke yang layak untuk dilantik? Puiiii..!!!

Buku "Sayangi penipu rakyat Kedah" tu kata PAS Kedah berjaya bawak masuk berbilion ringgit pelaburan berbanding di zaman BN Kedah. Kuat sungguh depa menipu noooo...

Hangpa tau tak PAS Kedah ni menipu? Cuba tengok kat bawah ni...Yang ni tak tipu punyaaa..!!!








Dah nampak penipuan PAS Kedah dalam sektor pelaburan di Kulim Hi-Tech? Heh! Apa PAS Kedah ingat orang-orang Kedah ni semuanya "buta" dan tak tau apa sebenarnya yang berlaku?

Agak-agak laaaa.... Orang Kedah dah lama maju di zaman BN laaaaa..."educated" kata orang putih. Bukan macam Mahfuz Omar yang eja "lunch" pun tak reti..!!! Mahfuz ajak orang makan tengahari di Twitter... tapi eja "launch"..!!! Kah! Kahh! Kaahhh!!! Tahap tu ke Naib Presiden PAS?

DARI ABG DUKE LAA

Wednesday, 10 April 2013

PANAS !!! PAS SIK KEDAH KENA BALA SEBELUM PRU !!!! GILA LA WEIIII !!! #TukarKedah #SaveKedah #PRU13


Dulu masa PRU tahun 2008, Abang Di merupakan penyokong tegar PAS di Sg Pau, Sik. Dia antara jentera PAS yang dok gantung bendera, berkempen dan sebagainya. Banyak jasa dia kat PAS masa tu...

Abang Di dilahirkan dalam keluarga PAS, macam aku. Dia berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kampung Sg. Pau. Penyokong PAS tegar time tu... Sapa yang marah kat PAS, dialah yang akan bela dan marah balik...heh!

Tapi semua tu dulu laaaa... Paling latest masa aku jumpa dia kat Sik baru-baru ni, dia adalah di antara pemuda yang sanggup turun sampai pukul 2-3 pagi semata-mata untuk berjuang pacak bendera di Kampung Sg. Pau. Heh! Bendera BN pulak tuuuu..!!!

Tengah dia dan kawan-kawannya asyik dok pasang bendera, tiba-tiba ada seorang pencacai PAS datang naik motor dan jerit kat dia..."hang gantung bendera BN ni buat apa? Dapat pahala ka?". Tapi mamat pencacai tu tak berani turun dari motor lepas buat provokasi...heh!

Bukan apa...Abang Di dan kawan-kawan dia kata, kalau ada teloq, turun la dari motor tu...Kita sembang tengok... Lepas tu baru tau dapat pahala ke tidakkkk...kan? Heh!

Aku tanya Abang Di, pasal apa dia keluar dari PAS? Selamba dia kata...saya tak keluar pun dari PAS. Katanya, dia masih ahli PAS sebab dia blah macam tu saja dari parti tu. Dia masih lagi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS sebab dia belum dipecat..! Heh!

Tapi dia memang dah masuk UMNO dah. Dia dah serah borang lepas kecewa dengan PAS dan ADUN yang dia pangkah masa PRU ke-12 lalu, Cikgu Ya.

Abang Di masuk UMNO sebab masa dia dalam PAS, dia dapati parti tu asyik dok menipu orang saja, termasuk dirinya sendiri. Abang Di dah banyak kali ditipu. Tapi bila dah melampau sangat, dan dia tak puas hati dengan PAS yang cakap tak serupa bikin, dia blah dari PAS...heh!

Cikgu Ya hanya sekali datang ke rumah dia. Bagi beras sekampit dan suruh pangkah PAS masa berkempen PRU yang lepas. Sekali tu saja Cikgu Ya datang rumahnya. Lepas tu bayang pun tak nampak sampai sekarang...! Heh! Tu la ADUN PAS...beli jiwa dengan sekampit beras...

Cikgu Ya tak pernah turun ke kampung Abang Di lepas tu kecuali ketika majlis penyerahan rumah kat beberapa penduduk Tasik Beris yang memerlukan rumah selepas rumah depa diruntuhkan Kerajaan Negeri.

Majlis tu dibuat sebelah rumah Abang Di. Bekalan elektrik untuk majlis tu pun depa ambik dari rumah Abang Di. Tapi Abang Di tak diajak join sekali dalam majlis tu. Nak tau kenapa? Sebab rumah yang ADUN PAS serah tu ialah rumah Abang Di..!!!

Sebenarnya, Abang Di ni tinggal di rumah yang disewa dari Majlis Daerah Sik. Dah bertahun-tahun dah dia menyewa di situ. Dia dan jiran-jirannya ada kontrak sampai bulan Disember tahun ni untuk terus duduk di situ...

Tapi depa diberi notis oleh puak Cikgu Ya untuk keluar dari rumah sewa tu walaupun kontrak menyewa masih ada. Bukan la Abang Di marah dan masuk UMNO disebabkan rumah tu. Dia boleh cari rumah lain. Tapi padanya, cara Cikgu Ya tu biadap, kurang ajar dan tak berperikemanusiaan...

Kalau nak suruh pindah pun, mai la sembang elok-elok. Bagitahu baik-baik dan kalau boleh sediakan rumah alternatif yang boleh penduduk sewa dan pindah ke rumah sewa baru. Ini tidak.. hantar notis macam nak halau orang saja... tu la dasar kebajikan ADUN PAS di Jeneri...heh! - Duke Of UMNO

Tuesday, 9 April 2013

TUDIA !!! HIMPUNAN ULAMA-ULAMA PONDOK UMUM UNDI PAS DAN PKR ADALAH HARAM !!! PEHHH !!!! #TolakPR



GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

“Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

“Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).

“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.

“Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. – BERNAMA


GEMPAR !!! BUKTI KEWANGAN KEDAH TENAT !!! #SaveKedah #TolakPR #GE13 #PRU13

Cukai Tanah UUM naik dari 150k ke 1.5 juta!

Isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia yang timbul sekitar 2011 kini semakin memakan kerajaan negeri Kedah apabila universiti itu kini terpaksa membayar RM1.5 juta kepada Pejabat Tanah dan Galian Kedah.


"Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak (baca sini). Makin merapu sakan nampak MB PAS Kedah ini. Masalah sampah pun tak boleh selesai, air pun tak selesai, banjir di Kedah pun PAS gagal selesai (baca sini), itu pun hendak minta tadbir UUM.


LEBIH MENARIK MAI BACA DISINI 

Friday, 5 April 2013

TUDIA !!! VIDEO PANAS !!! AZIZAN KENA BALUN PASAI MASJID KAW KAW !! MOHONG RAKYAT !!! #TukarKedah #SaveKedah @MukhrizMahathir






APA NI PAS KEDAH MOHONG RAKYAT ????

TUDIAAA !!! BN CERAH RAMPAS KEMBALI KEDAH #TukarKedah #TolakPR #GE13 #PRU13 #BNBagus


Kajiselidik Merdeka Centre mengatakan Kedah mungkin dapat ditawan semula oleh BN dengan kembalinya sokongan pengundi Melayu & Cina kepada BN.

Sebagai rakyat Kedah kami memang tidak hairan dengan apa yang dikaji oleh Merdeka Centre kerana sepanjang Pas memerintah Kedah bermacam masalah yang depa lakukan, pelbagai kecacatan yang telah ditunjukkan mereka paling teruk adalah masalah dalaman pentadbiran kerajaan Pas sendiri.

Kali ini tiada pula manifesto untuk pru13 atas sebab janji dulupun tak selesai lagi atau tak buat lagi nikan pulak nak janji baru pada rakyat , porahhh !!!! 

jom kita baca lebih lagi disini pasti gempaq dan hangat !!! 



APJ :PORAHHHH SELURUH PEMIMPIN PAS KEDAH !!! JANJI JANJI JANJI KANG KENA BALING SELIPAR BARU TAU !!!! 

UPDATE KESIHATAN AZIZAN !! MAKIN TERUK DAH !!! BUBAR DUN TAK JADI ??#TolakPas #TukarKedah



Menteri Besar Kedah, Azizan telah menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran DUN Kedah.

Sebelum sempat Azizan membubarkan Dun, beliau terjatuh semasa hendak keluar dari pintu Istana Negara. Faktor kesihatan dan jadual kerja yang padat menjadi salah satu sebab Azizan terjatuh .


Ada juga dikalangan ahli PAS bergembira apabila dikhabarkan kejadian ini dan ada yang mengharapkan 'sesuatu' moga PAS boleh digantikan dengan Ketua baru. Tak baik derr dok buat macam tu , dia ketua yang dipilih , kalau tak suka tunggu la nanti bila pemilihan nanti ..

APJ : Doakan kesihatan Azizan baik sejahtera .... amin 

Thursday, 4 April 2013

GEMPAR !! SURAT PKR IKUT PINTU BELAKANG !! PAS KEDAH PENING KEPALA !!! #TukarKedah #TolakPas

Dengan terdedahnya surat ini maka terbuktilah wujudnya campur tangan dari Anwar untuk menentukan calon calon Pas di Kedah..Pelikkan, kenapa Anwar beriya iya mahu melihat senarai calon Pas Kedah tanpa menunggu kelulusan Pas pusat?

Dan cara Pkr Merbok meminta pula melalui jalan belakang iaitu pemberi maklumat yang bekerja di Pejabat Azizan Razak..Siapa dalang yang membocorkan rahsia rahsia sulit Pas kepada Pkr??

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa kebanyakkan pemimpin Pas di Kedah merupakan pro Anwar.. Malah, mereka lebih memuja Anwar dan menganggap Anwar sebagai idola mereka dari mempercayai Azizan..

Sebab itu sekarang ini banyak usaha untuk gulingkan Azizan kerana Azizan anti Anwar dan mengangkat pemimpin Pas yang pro Anwar iaitu Phahrolrazi..


Wednesday, 3 April 2013

TUDIAA !!! KEDAH MAKIN CEHMPEGHAA DI BAWAH PAS !!! #TukarKedah #BNBagus




Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan di bawah pimpinan beliau tidak akan memberikan janji-janji baru untuk PRU13 sebaliknya hanya akan menumpukan perhatian ke atas usaha menunaikan janji-janji lama. Kahkahkah ~~ janji tak settle lagi ka pak Zan ??

Oleh kerana banyak sangat yang depa buat tak jadi-jadi kerana dok bercelaru dalam pentadbiran , janji lama pun habuk tak nampak lagi , sebab tu Azizan tak berani nak janji lagi , takut tak tepati , takpalah Azizan , dekat dah , takyah janjilah no , rakyat dah bosan !! dah lama dah bab kata Tun M dulu kikiki..

Hampa nak tak ka apa yang depa dok kalut sangat !! rakyat tengokpun dok pening pala !! 

Jom kita terjah depa kat sini,situ,sinun dan sewaktu dengannya hahaha !!! huh !! 




Nak ada VIDEO PULAK !!! JOM TENGOK 




APJ : TERUK DAH DEPA NI !! JOM TOLAK PAS KEDAH 

GEGAR !!! 12 NGO INDIA DI JERAI SECARA TERBUKA NYATA SOKONG BN !!! @NajibRazak @TunFaisal #TukarKedah


Bertempat di Taman Gurun Jaya , Gurun Kedah malam tadi sebanyak 12 NGO telah berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional, Perdana Menteri dan kepada Penyelaras Parlimen Jerai iaitu Dato Suhaimi Abdullah dalam PRU13.

Ngo-Ngo ini terdiri daripada persatuan-persatuan, PIBG Sekolah , Kuil , dan masyarakat India di kawasan Parlimen Jerai dan sebagainya.

Kesemua Pengerusi-pengerusi Ngo yang terlibat telah berucap di hadapan hampir 150 orang penyokong mereka dan bersepakat bersatupadu bagi menyokong dan memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.


Mereka menyatakan kekaguman kepada Perdana Menteri yang sememangnya membantu masyarakat India di Malaysia khususnya di Jerai, Kerajaan juga telah memberi segalanya bentuk bantuan seperti bantuan pinjaman TEKUN kepada peniaga bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Mereka juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato Suhaimi Abdullah selaku penyelaras Parlimen Jerai yang selama ini tidak pernah jemu membantu masyarakat India setempat. 


Bagi mereka Dato Suhaimi Abdullah adalah seorang pemimpin yang tak pernah kenal erti penat dalam membantu semua rakyat di Parlimen Jerai. Atas penghargaan ini mereka akan menyokong beliau jika beliau bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti. 

Pengerusi-pengerusi Ngo yang terlibat juga menyeru agar ahli mereka meletakkan pelekat kereta 1 Malaysia bagi meyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional.


APJ : Masyarakat India sudah menunjukkan sokongan pada Barisan Nasional , yang lain bila lagi ?? .. 



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...