
Admin turut serta dalam lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Rawatan Aziziah , beliau menyuarakan rasa kagum dengan kemudahan pengurusan haji di tanah suci yang disifatkannya amat jauh berbeza berbanding ketika beliau mengerjakan Rukun Islam kelima itu 30 tahun lalu.
Sambil merasakan agak istimewa berada di tanah suci ketika ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun saban tahun jumlah jemaah haji dunia bertambah, namun cara pengurusan kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji sendiri telah menjadikan urusan haji kini semakin mudah dan lancar.
"Hari ini sewaktu saya menunaikan solat, kita boleh lihat bagaimana kerajaan Arab Saudi mengambil inisiatif besar memperluaskan ruang-ruang untuk jemaah haji yang bertingkat-tingkat.