sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TABUNG HAJI. Show all posts
Showing posts with label TABUNG HAJI. Show all posts

Tuesday, 23 February 2016

PANAS !! Pelaburan Tabung Haji Dalam Syarikat Roti Rugi Jutaan Ringgit ?


Dalam apa yang dijanjikannya sebagai siri membongkar pelabuuran Tabung Haji yang rugi besar, hari ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa dana haji itu kehilangan berjuta-juta ringgit akibat pelaburannya dalam sebuah syarikat membuat roti pada 2007.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai keputusan salah oleh Tabung Haji untuk melabur dalam Kumpulan Silverbird, yang kini adalah sebahagian daripada konglomerat Hi-5.


"Dalam tempoh antara September dan Oktober 2007, Tabung Haji membeli saham syarikat itu secara agresif dengan pelaburan RM98 juta sehingga seunit saham syarikat itu naik daripada 39 sen menjadi RM1.09 pada 16 Okt, 2007," katanya.

Menurut laporan tahunan syarikat berkenaan yang dibekalkan oleh Rafizi kepada media, Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham terbesar pada 31 Okt, 2007, dengan memiliki lebih 90 juta saham atau 28.81 peratus kepentingan syarikat itu.

"Bagaimanapun, syarikat itu menghadapi masalah dan Tabung Haji telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM44 juta sehingga 31 Okt, 2011," katanya.

Rafizi berkata, Tabung Haji mengekalkan pegangannya sehingga pertengahan 2014 dan hanya menjualnya selepas syarikat itu tidak lagi diiktiraf oleh Bursa Malaysia sebagai syarikat patuhi syariah kerana hutang yang lebih tinggi daripada aset.

"Ini memberikan anda idea jika Tabung Haji melakukan usaha yang wajar, ia akan lebih berhati-hati kerana tindakan wajar akan mengelakkan kemungkinan itu.

“Namun, jelas sekali ini tidak dilakukan," katanya.

Sunday, 10 May 2015

#1MDB : 4 Individu Tabung Haji Wajib Letak Jawatan Dalam 1MDB Atau Keduanya



Suratan atau kebetulan apabila pendedahan mengenai 4 individu 'eksekutif senior' Tabung Haji turut memegang jawatan tinggi dalam syarikat 'bermasalah' milik kerajaan iaitu 1MDB, jika 'kertas cadangan' yang tidak didedah mana mungkin kita tahu 4 individu ini turut berada di 1MDB.

Adakah ini perancangan licik pihak tertentu mahu mengaut duit dari Tabung Haji ? Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato’ Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

Saturday, 9 May 2015

#1MDB : Kem Kewangan, Tabung Haji Tolong Jelaskan - KJ



Pemuda Umno menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta yang mendapat tumpuan umum, semalam.

Melalui satu kenyataan media, Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihaknya bimbang dengan isu pembelian tanah TRX itu.

“Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan. Di sini Pemuda Umno memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga TH dalam beberapa perkara.

“Pemuda Umno menggesa agar soalan-soalan ini dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

“Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. Pemuda Umno amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima,” katanya.

Monday, 20 October 2014

#HAJI1435H : BAKI 70% JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI DIINGAT JAGA KESIHATAN - @azeezputera





Sebanyak 50 lagi baki penerbangan melibatkan 70 peratus daripada keseluruhan 23,320 rakyat Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada musim ini, sebagaimana direkodkan setakat hari semalam.Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga berkata,sebanyak 14 penerbangan melibatkan 5,398 orang jemaah haji telah pulang ke tanah air.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris kepada seorang jemaah haji yang meninggal dunia di Kampung Abdul Rahman,Sungai Pelek hari ini.Dalam masa sama Azeez turut menyampaikan bantuan khairat kematian sumbangan TH kepada waris Allahyarham


Thursday, 2 October 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI LAKSANA BADAL HAJI BUAT 10 ORANG ANAK KAPAL MH17 YANG TERKORBAN



Tabung Haji hari ini mengumumkan akan melaksanakan badal haji bagi musim haji ini untuk 25 orang termasuk 10 anak kapal MH17 yang terkorban dalam tragedi 17 Julai lalu serta lapan remaja yang mati lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, Segamat beberapa bulan lalu, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tabung Haji dalam kenyataan medianya berkata , mereka amat prihatin dan melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat apatah lagi petugas Malaysia Airlines System (MAS) telah dianggap sebagai keluarga Tabung Haji sendiri, dimana Tabung Haji dan MAS berkerjasama setiap tahun mengendalikan Jemaah Haji Malaysia melalui pesawat MAS . 



Berikut adalah senarai anak kapal MH17 ( Beragama Islam) 

Wednesday, 1 October 2014

#HAJI1435H : TAN SRI MUHYIDDIN RASA ISTIMEWA BERADA DI TANAH SUCI



Admin turut serta dalam lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin 
di Pusat Rawatan Aziziah , beliau menyuarakan rasa kagum dengan kemudahan pengurusan haji di tanah suci yang disifatkannya amat jauh berbeza berbanding ketika beliau mengerjakan Rukun Islam kelima itu 30 tahun lalu.

Sambil merasakan agak istimewa berada di tanah suci ketika ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun saban tahun jumlah jemaah haji dunia bertambah, namun cara pengurusan kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji sendiri telah menjadikan urusan haji kini semakin mudah dan lancar.

"Hari ini sewaktu saya menunaikan solat, kita boleh lihat bagaimana kerajaan Arab Saudi mengambil inisiatif besar memperluaskan ruang-ruang untuk jemaah haji yang bertingkat-tingkat.

Wednesday, 24 September 2014

#HAJI1435H : SELSEMA , BATUK DAN DEMAM ANTARA PENYAKIT YANG DI RAWAT


Laporan Haji 1435H 

Demam , Batuk , Selsema antara penyakit yang melanda Jemaah 

Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohd Jusoh berkata ,Berikutan cuaca yang panas dan kering, lebih 80 peratus daripada 9,788 pesakit yang mendapat rawatan di Pusat Rawatan Syisyah dan 10 klinik  di pusat-pusat penginapan Tabung Haji adalah berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan iaitu selsema, batuk dan demam.

Dr Mohd berkata bagi mereka yang batuk, diharap dapat mengamalkan etika batuk dengan menutup mulut atau memalingkan muka daripada orang ramai bagi mengelakkan kuman merebak.Petugas perubatan juga turut menjalankan lawatan bilik ke bilik bagi bertanya khabar masalah kesihatan jemaah untuk memastikan semua jemaah dalam keadaan sihat sebelum wukuf.

Pihak hospital akan memastikan kesemua pesakit yang berada di hospital akan berada di Arafah untuk wukuf, dengan dibawa dengan ambulans, katanya

Admin MMFC
Mekah 

Monday, 22 September 2014

ISU DETROIT : TABUNG HAJI BUKAN BODOH NAK MELABUR SESUKA HATI



Tabung Haji Menafikan Pelaburan di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini. TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.


Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Saturday, 20 September 2014

#HAJI1435H : SUDAH 17,710 ORANG JEMAAH HAJI MALAYSIA SUDAH BERADA DI KOTA MEKAH



Laporan Haji 1435 H
20 September 2014

Assalamualaikum Fan , umtuk makluman setakat 20 September 2014 ,jumlah Jemaah Haji Malaysia yang sudah tiba di Mekah adalah berjumlah 17,710 orang Jemaah .

Pada hari ini hanya 1 KT sahaja yang tiba dari Kuala Lumpur Ke ke Jeddah iaitu KT 52 yang membawa 279 orang jemaah.

Kesemua Jemaah Haji Malaysia yang berada di Madinah juga telah tiba di Mekah , baki 4,610 orang Jemaah Haji yang masih di Malaysia akan tiba ke Mekah keseluruhanya pada 27 September 2014 nanti .

Admin MMFC
Mekah Al Mukarramah 


*anda juga boleh ikuti laporan harian di page rasmi Mukhriz Mahathir FC


Monday, 15 September 2014

#HAJI1435H : TOK BATIN ORANG ASLI LAHIR RASA SYUKUR DAPAT MENUNAIKAN HAJI




Abdul Rani Abdullah, 54, yang merupakan Tok Batin di perkampungan Orang Asli Kg Meranti, Nenasi, Pekan, Pahang hanya dapat melahirkan rasa "Alhamdullillah" kerana dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.

Bapa kepada 10 orang anak yang berumur antara enam tahun hingga 40 tahun, berkata walaupun rombongan jemaah haji Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai pelusuk tanah air, tetapi di sini mereka dapat bergaul dengan mesra.

Abdul Rani, dari suku kaum Jakun, berkata walaupun di Malaysia merasakan ada perbezaan tetapi di sini tidak ada, apatah lagi duduk, tidur dan makan sekali.

Beliau yang bekerja kampung dan menjadi Tok Batin sejak 20 tahun lepas, berasa syukur kerana akhirnya dapat mengerjakan ibadah haji.

Sebelum ini beliau pernah ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengerjakan ibadah haji tetapi pada masa itu keadaan tidak mengizinkannya untuk menerima tawaran itu.

Abdul Rani berkata apabila tawaran kedua diterimanya, beliau terus menerimanya tanpa berfikir dua kali.

Sunday, 14 September 2014

#HAJI1435H : ARAB SAUDI LAKSANA PELAN KESELAMATAN HAJI


Menteri Dalam Negeri dan Ketua Majlis Tertinggi Haji, Putera Mohammed bin Naif telah meluluskan pelan kecemasan dan keselamatan yang akan dilaksanakan semasa musim haji ini.

Laman web arabnews.com memetik Pengarah Pertahanan Awam, Mejar Jeneral Suleiman bin Abdullah Al-Amro sebagai berkata, kelulusan tersebut adalah lanjutan daripada usaha Menteri Dalam Negeri yang membuat susulan ke atas semua perkara berkaitan dengan keselamatan jemaah haji.

Pelan keselamatan itu akan menjadi pelengkap kepada usaha Pertahanan Awam untuk menjalankan tugas-tugasnya dalam menghadapi sebarang ancaman ketika musim haji ini.

Menurut Suleiman, rancangan itu bagi menampung keperluan ketika kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di Mekah dan Madinah termasuk pembesaran ruang bawah masjid Masjidilharam di Mekah.

Katanya, pelan itu disediakan berdasarkan pengalaman musim haji sebelum ini.

Friday, 12 September 2014

#HAJI2014 : BILA SAYA TENGOK MUKA DI CERMIN , SAYA TAHU SAYA BUKAN ORANG ARAB





Beza haji dulu dan sekarang

SEMASA Kota Mekah dilanda banjir pada tahun 1965, Ahmad Kamil Abdul Rahman yang waktu itu berusia 14 tahun tinggal dengan keluarganya, jarak rumah mereka hanya kira-kira 30 meter dari Kaabah.

Kaabah sendiri banjir. Selepas pintu Babussalam - pintu afdal untuk masuk ke Masjidil Haram yang pada musim haji 1435H ini ditutup kerana kerja-kerja pembesaran masjid - hingga ke lapangan Saie, air naik ke paras leher. Hampir 20 hari umat Islam tidak dapat solat di sekeliling Baitullah.

Setelah 54 tahun berlalu, Ahmad Kamil, anak jati Tanah Liat, Bukit Mertajam ini mengimbau kisah yang membawanya menjadi pemastautin tetap di kota suci Al-Mukaramah hingga ke hari ini.

"Rumah nenek betul-betul di Babussalam, yang sekarang menjadi lapangan Saie (tempat Siti Hajar berlari-lari anak naik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah mencari air untuk anaknya, (Nabi) Ismail yang kehausan.

"Nenek moyang saya sudah berada di Mekah ini sejak 200 tahun lalu semasa rantau Arab di bawah pemerintahan zaman Uthmaniah lagi," katanya yang kini berusia 64 tahun kepada petugas media Tabung Haji di rumahnya di Al-Rusaifah, dua kilo­meter dari Masjidil Haram.

Perjalanan Ahmad Kamil ke kota Mekah kekal menjadi catatan hidup yang tidak akan dilupakannya. Dari era datuk hingga dua orang tuanya, membawa ke Ahmad Kamil adik beradik - kesemuanya menjadi pembantu kepada sheikh penduduk tempat­an atau kini dipanggil mutawif di Mekah dan Madinah. Kerjanya membawa seramai mungkin jemaah haji Malaya ke sana.

Pada 1959, dia yang baru berusia sembilan tahun, disertai adik lelaki, 8, dan pe­rempuan, 7, meninggalkan Pelabuhan Pulau Pinang untuk menaiki kapal laut bersama datuknya.

Tempat berlepas di Pelabuhan Pulau Pinang - kesan sejarahnya boleh dilihat di Lebuh Acheh, Georgetown - digunakan oleh jemaah haji dari utara Tanah Melayu, Sumatera dan selatan Thai sejak abad ke-18 untuk ke tanah suci.

Wednesday, 10 September 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI ADA PENGALAMAN ATASI KES-KES PELIK DAN JARANG DI DENGAR DI TANAH SUCI



Kes-kes pelik termasuk khunsa dalam kalangan jemaah haji antara pengalaman yang diharungi bahagian operasi bimbingan Tabung Haji sehingga membawa penyelesaian segera berkaitan soal hukum.

Pengarah Operasi Bimbingan Musim Haji 1435H, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, kes-kes terpencil itu yang terjadi apabila jemaah terbabit berada di tanah suci diselesaikan oleh pakar-pakar rujuk bahagian tersebut.

"Jika ada berkaitan hukum besar, kita ada mesyuarat bagaimana nak selesaikan hukum tersebut.

"Contohnya masalah khunsa yang timbul, pakai pakaian perempuan tetapi nama lelaki. Kadangkala kita tidak boleh selesaikan masalah ini, ini jarang berlaku," katanya kepada petugas media di sini hari ini.

Tuesday, 9 September 2014

#HAJI1435H : 21 TAHUN BERBAKTI PADA JEMAAH MALAYSIA DI MEKAH



#Haji1435H
Mekah
7 sept 2014

21 TAHUN BERBAKTI UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA

Semalam Admin sempat menemuramah Petugas Ambilan Musim (PAM) yang ibu dan ayahnya berasal dari Sala dan Alor Janggus. Untuk makluman Lembaga Tabung Haji (TH) menggunakan khidmat 260 Petugas Ambilan Musim (PAM) terdiri daripada penduduk tetap (PR) Arab Saudi yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Pattani, Thailand membantu urusannya di sini.

Ahmad Yusof, 44, yang bertugas sebagai pemandu ambulans sejak 21 tahun dengan TH, berkata tugasnya ini bukan sahaja menambah kenalan di Malaysia, malah membantunya tingkatkan penguasaan bahasa Malaysia.

Ahmad berkata selain menjadi pemandu ambulans untuk membawa pesakit ke klinik dan hospital, beliau juga sering menziarah jemaah haji Malaysia yang dimasukkan ke hospital dan kadangkala bertindak sebagai penghubung antara pesakit itu dengan keluarga mereka di Malaysia melalui panggilan telefon.

"Saya akan maklumkan kepada keluarga pesakit mengenai keadaan pesakit, dan menyampaikan pesanan keluarga kepada pesakit," katanya.

Tuesday, 23 July 2013

PANAS !!! KETUA PEMUDA CHERAS LEBIH BAIK DIAM DARI PERTIKAI PERLANTINKAN DATUK AZEEZ !!!


Apj geli hati dengan Ketua Pemuda Cheras yang tak tentu pasal melalak pasal pelantikkan Datuk Azeez sebagai Pegerusi Tabung Haji.

Siapa Syed Mehdar yang beriya dan meroyan sangat nak pertikai pelantikan Datuk Azeez?

Apj duk cari jugak apa jasa dia dalam memberi satu kerusi untuk Parti dalam PRU13 dulu , langsung tak ada , yang ada hanyalah keegoan dan kesombongan sampai rakyat marhen benci.

Apj tau la dia ni golongan bangsatwan dalam UMNO yang naik tanpa kerja keras kerana terlibat dalam hubungan darah dengan Syed Ali, sebab tu dia ditempatkan dalam UMNO. Cuba jadi macam orang lain yang dari bawah berjuang dalam UMNO dan cintakan perjuangan UMNO bukan perjuangan pangkat atau harta benda. 


Syed Mehdar ni nak bercakap depan orang ramaipun tunggang langgang  tah lagi nak di bandingkan sebagai pemimpin , malam sikit la na . 

Seburuk-buruk Datuk Azeez tu dapat juga tawan Parlimen Baling yang kita tahu kubu kuat Pas dan banyak usaha Datuk Azeez yang beliau lakukan berjaya menambat hati rakyat , bukannya perlu laburkan jutaan ringgit untuk tarik pengundi . Sebelum  nak kata kat orang tengok kawasan kita jaga dulu bro Mehdar , Apj tak nampakpun senarai Cheras dalam 133 kerusi yang dimenanggi oleh Barisan Nasional, jadi lebih baik diam dan buat kerja , usaha untuk bagi Cheras tu menang. 

Apj juga harap Perdana Menteri bubarkan saja Bahagian Cheras ni kerana masalah dalaman dan kroni terus menjadi barah yang tak sudah  dari duk melabur duit yang entah apa dibuat lebih baik bantu kawasan yang menang seperti kawasan Datuk Azeez ni. 

Apj bukanlah nak membela sesiapa tapi kalau nak bercakap tu tengok diri kita dulu betul atau lebih teruk lagi dari orang yang kita kata. huh kalau nak becakap tu biarlah ada kelebihan daripada orang nak diperkatakan, bukan main hentam je ikut sesedap mulut.

Kalau tak mampu nak beri sumbangan dalam parti, jangan pula nak kutuk orang yang memberikan sumbangan, belajar belajarlah berterima kasih dan hormati orang lain sikit. 

JOM BACA LAGI DISINI 

Tuesday, 2 July 2013

TUDIAAA !!! DARI TOK REMPIT KE PENGERUSI TABUNG HAJI , TERBAIK DARI KEDAH #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir

Apj tertarik dengan pelantikkan 'Tok Rempit' atau Datuk Haji Abdul Azeez , Ahli Parlimen Baling yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji berkuatkuasa 1 Julai 2013. Bangga juga anak Kedah dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji bagi menjaga hal ehwal Haji orang Islam di Malaysia ni.

YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.

YB Datuk Haji Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara. Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan, antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

Itulah seorang yang bernama Datuk Azeez . Biarpun ramai yang bercakap tentang beliau dan mempertikaikan pelantikkan beliau sebagai pengerusi Tabung Haji tetapi segala pengalaman beliau moga dapat dicurahkan pada Tabung Haji .

Apj sokong 100% pelantikkan beliau , semoga beliau dengan amanah dan bertanggungjawab menjaga kepentingan umat Islam , kerana berat tanggungjawab ini.


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...