
Mengambil contoh calon PRK Bukit Gelugor, Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu turut mempersoalkan tindakan PAS yang terus menyokong calon DAP dan menolak calon daripada parti mereka yang bertanding sebagai calon bebas walaupun memperjuangkan ajaran agama dan Allah.
"Bukit Gelugor sekarang, apabila ahli PAS sendiri yang bertanding iaitu seorang Islam bernama Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dimana tidak mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat parti PAS.
"Sahabat-sahabat PAS menyokong anak Karpal Singh (Ram Karpal) berbanding dengan Mohamed Nabi Bux yang membawa perjuang agama demi mempertahankan hudud akan tetapi malangnya PAS tidak menyokong beliau. Mengapa isu itu tidak mainkan disana, kenapa harus berlaku di sini,"katanya ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, hari ini.
Tambah beliau, PAS tidak seharusnya memainkan isu seperti ini kerana ianya seolah-olah memainkan dengan agama Islam.
"Saya meminta kawan-kawan daripada PAS jangan main isu muslim dengan muslim, muslim dengan bukan muslim berhenti daripada main isu seperti ini. Jikalau main isu seperti ini diibaratkan kalian sedang bermain dengan agama Allah,"ujarnya.

.jpg)