sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label NIK AZIZ. Show all posts
Showing posts with label NIK AZIZ. Show all posts

Saturday, 14 February 2015

Anwar Boleh Guna Media Sosial !! Apa Cerita Ni Menteri KDN ?


Apakah keistimewaan Anwar Ibrahim sampai dibenarkan terus menggunakan medium media sosial untuk balun Kerajaan kerana melarangnya keluar dari penjara untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Nik Aziz. 

Apakah di Penjara di benarkan menggunakan internet kepada Banduan-banduan penjara? Berasa curiga atas keistimewaan ini jadi aku mahu penjelasan dari Menteri Dalam Negeri mengenai perkara ini. 

Hari tu aku baca dalam paper Menteri KDN kata layanan kepada Anwar sama saja seperti SOP kepada banduan lain . Tidak ada yang istimewa tetapi di facebook dan twitter anwar masih aktif. 

Sama ada ia digunakan oleh admin ataupun keluarga Anwar mahupun beliau sendiri dari dalam penjara. 

Aku akan tunggu jawapan dari menteri KDN ini bagi merungkai apa yang terasa dihati .. 

Thursday, 2 October 2014

HOT NEWS : DEWAN ULAMA PAS KAJI KEDUDUKAN TAHALUF SIYASI



Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

Sunday, 30 March 2014

TUDIAA !!!! APABILA TOK GURU NIK AZIZ MEMINTA MAAF ATAS KESILAPAN DOSANYA !!!


“Maafkan segala kesilapan saya selama saya memimpin Kelantan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya 



Beliau berkata, masalah kesihatan yang dihadapi mungkin balasan ALLAH SWT untuk membersihkan dosanya di atas kesalahan dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sejak 23 tahun lalu.

Monday, 22 July 2013

VIDEO PANAS !!! #PRK NIK AZIZ DIBEDAL KAW KAW !!!!! #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan


Kedamaian PRK Kuala Besut sedikit tercemar dengan kenyataan Nik Aziz yang berkata UMNO buat Masjid tapi tidak sembahyang. Apj tak tahu apa lagi nak Tok Guru dok fikir , sepatutnya sebagai umat Islam kita mengajak secara baik untuk melakukan perkara baik bukan kata yang bukan-bukan sesama Islam , Islam bagaimana yang Tok Guru ajar ni ? 

Secara realitinya bukan sahaja takat orang UMNO saja yang perlu dikata tapi buat orang Pas jugak , Apj tengok ramai jugak orang Pas tak pergi solat di Masjid walaupun dekat dengan rumah. 

islam tu mengajak dan mengajar kita ke arah kebaikan bukan ajak secara mengata orang Umno tu tak guna , orang Umno ni tak baik !! huh !! 



Semalam team UMB ada temuramah Ustaz Fathul Bari berkenaan kenyataan Tok Guru Nik Aziz ni , betul jugak kata Ustaz muda ni , kalau tinggi ilmu agamanya , Tok Guru tak akan bercakap begitu , tak habis-habis dari dulu mengata dan buat fitnah melulu pada orang lain terutama sekali Umno . 

Monday, 17 June 2013

FITNAH TAHAP LAHANAT !!! ZUL YA PAS KEDAH KANTOI !!!! PAS APA NI !!!!



Apj : Kali nipun aku tak mau komen banyak kerana gambar ni boleh bercerita sendiri !!! bergaduh sama sendiri lepas tu tuduh UMNO !!! Fitnah tu barang mainan seperti altramen ka wahai Zul Ya ?? 


HOT NEWS : TITIK PERMULAAN KERJASAMA KELANTAN DAN KERAJAAN PUSAT !!! @NajibRazak


Semalam semasa merasmikan istiadat pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan ke13 , Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V menyarankan kerajaan Kelantan dan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri itu bagi kemudahan rakyatnya. 

Baginda bertitah antara kerjasama itu adalah pembinaan jalan Central Spine Road (CSR), lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai serta kemudahan bekalan air bersih di negeri itu.

“Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur lain perlu diteruskan sebagaimana dirancang,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga mahukan kerajaan negeri mempergiatkan usaha menarik pelabur ke negeri itu selepas kejayaan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bilion pada tahun lepas iaitu peningkatan lebih 170 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sektor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri terutama di jajahan Pasir Puteh,” titah baginda.

Dalam hati kecil Apj agar titah Sultan Kelantan ini dapat kembali menyatupadukan pemimpin tanpa mengira politik kepartian agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang diberikan Kerajaan. 

APJ : Semoga ini menjadi titik persamaan bukan perbezaan. 

Monday, 20 May 2013

VIDEO PANAS !!! YA ALLAH PAS BAWA ANWA KE NERAKA ?


Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang tukang tilik itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.   (Riwayat Muslim)

Sebagai Umat Islam.. Untuk memperolehi sesuatu yang di ingini kita sepatutnya berusaha dan meminta ianya di redhai Allah S.W.T dengan menadah tangan memanjatkan doa dan bukannya menggunakan khidmat Tukang Tilik yang hanya membaca mentera dengan menyeru sesuatu..

Hanya Allah S.W.T yang Maha Esa menentukan nasib makhluk ciptaannya..

Friday, 17 May 2013

PANAS LAGI !!!! PHAHROLRAZI LEPAS JAWATAN KERANA KECEWA ?? APO KONO EI JANG !!! SUDOH JATUH DITIMPO TANGGO !! #HanyaDiKedah


ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III.

Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain.

Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri.

Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

"Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya. - Bernama

APJ : TUNDUK MENGALAH :p 

Monday, 13 May 2013

HOT NEWS : MAHFUZ GANTI AZIZAN !!!! KESIAN PHAHROLRAZI KERUSI ANGANKU MUSNAH !!!! #HanyaDiKedah

Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak kecewa meskipun tidak menerajui parti itu di Kedah, sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dilantik Pusat sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.


Ini kerana katanya, pihaknya percaya Pas Kedah kini memerlukan seorang pemimpin yang hebat dan mampu mengukuhkan semula parti selepas kekalahan teruk dalam PRU13 lalu.

“Saya tidak kecewa, walaupun saya timbalan, namun Pusat berhak lantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dan layak terajui Kedah. Saya terima pelantikan Mahfuz atau sesiapa sahaja pilihan Pusat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tiada masalah dan akan memberi kerjasama terbaik kepada pesuruhjaya baru, dalam usaha mengukuhkan kembali parti itu di Kedah.

“Memang benar ada juga timbalan yang dilantik pesuruhjaya, tetapi tidak semestinya. Ia bergantung pada keupayaan dan keputusan pusat,” katanya, yang lebih 30 tahun bersama Pas Kedah.

Menurutnya, tugas sebagai pesuruhjaya amat berat dan memerlukan kepimpinan terbaik untuk memimpin parti, terutama selepas kuasa pentadbiran terlepas kepada parti lawan.

“Jawatan pesuruhjaya hak mutlak pusat, mereka yang tentukan. Tidak seperti jawatan presiden, timbalan presiden atau naib yang dibuat menerusi pemilihan parti. Manakala jawatan timbalan pesuruhjaya dicadangkan oleh pesuruhjaya dan mendapat sokongan jawatankuasa perhubungan negeri,” katanya.



APJ : YANG DI KEJAR HILANG DI BAWA TSUNAMI AZIZAN

Thursday, 9 May 2013

GEMPAR !!! HUSAM MUSA DIKERAT BAGI JAWATAN EXCO KELANTAN ?? BERLAKU CAH KETING DALAM PAS KELANTAN ? !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Kemarahan penyokong Husam makin memuncak semalam , mereka berkumpul menyatakan bantahan kepada pucuk pimpinan PAS Kelantan kerana tidak menyenaraikan Husam dalam Exco Kerajaan PAS Kelantan. 

Ada juga diantara mereka berkata berlaku 'cah keting ' bagi menjatuhkan Husam Musa atas petukaran Menteri Besar Kelantan. 

KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.

Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.

Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur. - Bernama

Saturday, 4 May 2013

HOT NEWS : MIN ALI GOYANG , ANWAR MASUK LONGKANG , PAS SUDAH MAU TERBANG , DAP TERKANGKANG !!! #TolakPR #PRU13





PAKATAN RAPUH !! PAS SUDAH GOYANG , ANWAR MASUK LONGKANG !!! 


SAH !! PAS BATAL HUDUD !!! TAHNIAH KARPAL SINGH !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation



Muktamad:  PAS Setuju Batalkan Hudud

Sepanjang tempoh berkempen ini, PAS bersungguh-sungguh sekali memperlihatkan yang mereka tidak akan tunduk kepada DAP.  Justeru, isu hudud dimainkan kembali dengan lebih keras dan lebih tegas.   Para Ulama PAS seperti Dato’ Haron Din dan Dato’ Harun Taib berkali-kali muncul membuat kenyataan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud walau apapun terjadi.  Kenyataan ini benar-benar membuat DAP panas telinga dan turut membuat kenyataan bahawa PR tidak pernah bersetuju dengan hudud dan DAP akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan.  Kemuncaknya, Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru ahli-ahli DAP agar tidak memberi sokongan kepada PAS.

Maka bergolaklah PAS dan semakin ramailah yang memberi tekanan agar meninggalkan PR.

Namun, tidak mungkin PAS akan mensia-siakan segala pengorbanan mereka menjadi anjing suruhan DAP selama ini, hanya untuk menarik brek di saat akhir.   Maka, semalam, Harun Taib memujuk ahli PAS agar tetap memberi undi pada PR dan perihal hudud akan diselesaikan kemudian iaitu selepas Pilihanraya atau selepas menang.

Hari ini nampaknya segala kemelut antara PAS-DAP mengenai hudud telah selesai apabila Norman Fernandez tampil membuat satu lagi kenyataan rasmi bahawa beliau menarik balik seruan agar tidak mengundi PAS.   Sinar Harian hari ini melaporkan alasan beliau membuat U-turn dalam masa yang singkat ialah kerana menurutnya, kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sekiranya PR menang pilihanraya.

Pelik sekali apabila media pro-pembangkang enggan menggembar-gemburkan alasan Norman Fernandez ini.  Kita ingin tahu apakah reaksi ahli-ahli PAS apabila mendapat tahu yang pemimpin mereka telah secara senyap-senyap memujuk Norman Fernandez dengan berjanji tidak akan melaksanakan hudud jika PR menang.

Kita pasti, kepimpinan PAS akan terus menafikan yang mereka ada berjanji apa-apa dengan Norman atau DAP.   Malah, di hadapan penyokong mereka, mereka akan terus berlakon seolah-olah mereka mampu menguasai DAP dalam soal hudud.  Sedangkan hakikatnya PAS telah terikat kepada perjanjian bersama Pakatan Rakyat iaitu menukar prinsip perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan sekali gus menolak perlaksanaan undang-undang hudud.

Nampaknya, para Ulama PAS ini memang hebat sekali dalam berpolitik, jauh lebih hebat dari orang-orang jahil lagi.   Kelicikan mereka tidak terhad terhadap musuh, tetapi turut berlaku licik terhadap penyokong sendiri, terhadap rakan sekutu, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah SWT jua.  Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat ulama-ulama ini begitu asyik sekali bermain wayang dan menipu di sana sini mengikut rentak dan isu serta kadangkala mengikut emosi sendiri.

Apa yang boleh kita katakan selain, kasihan kepada penyokong PAS kerana ditipu oleh Ulama sendiri.

Jika ini tidak benar, jangan pula disalahkan UMNO tetapi tanyalah Norman Fernandez atau DAP.  Maklumlah, nak ditanya Ulama sendiri, belum tentu jawapan mereka boleh dipercayai.

Thursday, 2 May 2013

HOT VIDEO !!! KIT SIANG BAGI RM 100 UNTUK DENGAR CERAMAH !!! KATA ANTI RASUAH !! biaDAP !!! #UbahPenang #NajibMyPM #PilihBN #TolakPR #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Lim Kit Siang sering melaungkan kebanggaan kerana ramai masyarakat Cina membanjiri ceramah-ceramah beliau.

Baru-baru ini beliau kantoi apabila ramai yang menghadiri ceramah beliau semata-mata dibayar RM100 setiap orang.

DAP mengkritik BN setiap hari kerana kononnya “membeli undi” namun sebenarnya DAP pun sama.

Menurut warga tua yang ditemuramah dalam video ini, jika tidak diberi wang RM100 itu tiada seorang pun akan dating mendengar ceramah Lim Kit Siang di Johor.



APJ : KATA ANTI RASUAH TAPI NI JAMU RASUAH KAT RAKYAT !!! APA DAH JADI NIH !!!! HEH MACAM NI KA YANG DOK PEKIK ' BERSIH ' 

TOLAK PERASUAH TOLAK DAP 

UNDI BN

VIDEO CELAKA !!! ORANG ISLAM MALAYSIA MAI TENGOK NI !!! WAJIB TENGOK !!! YAHUDI MAI DAH !!!! MAI TENGOK ALLAH KATA APA !!!! #TolakPR #LainKaliLah #NajibMyPM #PilihBN #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN

YAHUDI AKAN BERTAPAK DI BUMI MALAYSIA JIKA PAKATAN MEMERINTAH !! YAHUDI LAKNATULLAH !!!!






(1) Durhaka dan melampaui batas, serta membiarkan kemungkaran yang terjadi di antara mereka. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” [Al-Maidah (5):78-79].

Dan mereka semakin durhaka sesudah al-Quran diturunkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan Al-Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka” [al-Maidah (5):64].

(2) Menjadikan kaum kafir lain sebagai pelindung dan penolong mereka.Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi (Musa) dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik” [Al-Maidah (5):80-81].

(3) Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

(4) Hati mereka keras laksana batu, bahkan lebih keras lagi. Di antara penyebabnya adalah karena mereka melanggar perjanjian dengan Allah SWT. Allah SWT berfirman,yang bermaksud:

“(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami laknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu” [ Al-Maidah (5):13].

Allah Swt berfirman lagi,yang bermaksut:

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan". [Al-Baqarah (2):74].

(5) Suka melanggar perjanjian yang mereka buat sendiri, termasuk perjanjian dengan Allah SWT dan rasul-rasul-Nya. Dan oleh karena itu mereka mendapat murka Allah dan berbagai hukumanNya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa: “Wahai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Maka apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu, lalu kamu melanggar perjanjianmu denganku?” [Thaha (20):86].

Allah Swt berfirman lagi,yang bermaksud:

“Maka (Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan), disebabkan mereka melanggar perjanjian itu, dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar dan mengatakan: “Hati kami tertutup.” Bahkan, sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka karena kekafirannya, karena itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka” [An-Nisa’ (4):155].

(6) Mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh ramai nabi. Dan itu menyebabkan mereka senantiasa diliputi dengan kehinaan dan kerendahan di mana pun mereka berada. Allah SWT berfirman,maksudnya:
“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas” [Ali Imran (3):112].

Allah Swt berfirman lagi,yang bermaksud:

“Maka (Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan), disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar dan mengatakan: “Hati kami tertutup.” Bahkan, sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka karena kekafirannya, karena itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka” [An-Nisa’ (4):155].

“Dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): “Rasakanlah olehmu adzab yang membakar.” [Ali Imran (3):181].

(7) Banyak berbuat lancang terhadap Allah SWT, seperti menuduh Allah SWT miskin dan tangan Allah terbelenggu. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya’, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" [ Ali Imran (3):181].

Allah SWT berfirman lagi,maksudnya:

“Orang-orang Yahudi berkata: ‘Tangan Allah terbelenggu’(Allah bakhil), sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), bahkan kedua tangan Allah terbuka(amat pemurah); Dia memberi rezeki sebagaimana dikehendaki Nya” [Al-Maidah (5):64].

(8) Memalsukan kitab dengan tangan mereka, memalingkan dari maksud sebenarnya, dan menghilangkan sebahagiannya.Berfirman Allah yang bermaksud:
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: ‘Ini dari Allah’, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan” [Al-Baqarah (2):79].

Allah Swt berfirman lagi,yang bermaksut:

“Yaitu orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: ‘Kami mendengar’, tetapi kami tidak mahu menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula): ‘Dengarlah’ sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa" [An-Nisa’ (4):46].

“Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya" [Al-Maidah (5):13].

“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?” [Al-Baqarah (2):75].

(9) Amat tamak terhadap dunia, bahkan melebihi orang Musyrik. Menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari seksa” [Al-Baqarah (2):96].

(10) Mengenal benar siapa Rasulullah SAW, namun mereka menyembunyikan kebenaran. Allah SWT berfirman,maksudnya:
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui” [Al-Baqarah (2):146].

(11) Mengikuti hawa nafsunya, hingga risalah yang dibawa Rasul pun harus sejalan dengan hawa nafsu mereka. Jika tidak sesuai dengan hawa nafsu mereka, mereka akan menolak dan mendustakannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah setiap kali datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara Rasul) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Al-Baqarah (2):87].

(12) Tidak senang terhadap kaum Muslimin selama tidak mengikuti milah mereka. Allah SWT berfirman,maksudnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [Al-Baqarah (2):120].

(13) Berdusta atas nama Allah SWT dengan mengatakan bahawa mereka adalah anak-anak Allah dan kekasihNya. Allah SWT berfirma,maksudnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: ‘Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya’. Katakanlah: ‘Maka mengapa Allah menyeksa kamu karena dosa-dosamu?’ (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yang diciptakan-Nya” [Al-Maidah (5):18].

(14) Sombong dan takabbur, hingga mereka pernah diubah wujudnya menjadi kera yang hina. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina” [Al-A’raf (7):166]

(15) Di antara mereka terdapat permusuhan dan kebencian hingga hari kiamat. Allah SWT berfirman,maksudnya:
“Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat” [Al-Maidah (5):64].

(16) Suka berbuat kerosakan di muka bumi. Allah SWT berfirman,maksudnya:

“Dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan” [Al-Maidah (5):64].

(17) Berbuat zalim dan menghalangi manusia dari jalan Allah. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah" [An-Nisa (4):160].

(18) Suka memakan harta haram, seperti rasuah dan riba, padahal telah diharamkan kepada mereka. Allah SWT berfirman,yang bermaksud:
“Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram [Al-Maidah (5):62].

Firman Nya lagi yang bermaksud:

“Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil” [An-Nisa (4):161].

(19) Suka mendengarkan berita bohong. Allah Swt berfirman maksudnya:
“Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu dari kalangan orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: ‘Kami telah beriman’, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) dari kalangan orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: ‘Jika diberikan ini (yang sudah dirubah-rubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah” [Al-Maidah (5):42].

Ini adalah sebahagian dari sifat dan kejahatan Yahudi yang terdapat di dalam al-Quran. Selain sifat,sikap dan kejahatannya yang telah dicatatkan di atas, masih banyak lagi perkara buruk lainnya tentang Yahudi yang disebutkan dalam Al-Quran.

Peringatan Allah SWT buat orang-orang yang beriman,Firman Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali(mu); sebahagian mereka menjadi wali bagi yang lain.Dan barangsiapa di antara kamu mengangkat mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Al-Ma’idah (5):51]

Allah SWT mengingatkan kita juga bahawa jangan sesekali menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali,(pemimpin, pelindung, penolong, pembantu,orang kepercayaan dan seumpamanya).

Dan didalam ayat ini juga,Allah SWT melarang orang-orang beriman mengangkat Yahudi dan Nasrani menjadi wali iaitu tolong menolong dan berkasih sayang dengan mereka apa bila mereka memusuhi dan memerangi Nabi SAW dan kaum muslim (Umat Islam),malangnya masih ada pemimpin dari kaum Muslimin yang membuat perjanjian dan mengambil mereka sebagai wali.

Berpandukan ayat-ayat Allah ini,semoga ianya akan memudahkan kita dalam mengambil sikap dan pendirian di dalam menghadapi kaum terkutuk ini. Terhadap kaum yang terkumpul pelbagai sifat kejahatan dan sikap buruk yang dijelaskan oleh Allah SWT.

Wallahu’alam....

VIDEO GEMPAR !!! ULANG !!! NAK PELACUR MAI SINI NEGERI PAS !!!! SYURGA DUNIA !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR



TOLAK PAS 

UNDI BN

Tuesday, 30 April 2013

GEMPAR !!! DAP JOHOR GESA JANGAN UNDI PAS !! TUDIAAA !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation



Undi Saya Bukan Untuk Pas - DAP Johor

Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong  dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

PRU13 !! PANAS !! ROGOL DAN BUNUH?? APA NI biaDAP !!!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation


GAMBAR HIASSAN

RED BEAN ARMY UGUT ROGOL DAN BUNUH

Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara, sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’ yang berfungsi untuk menyerang, menghina, mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno. Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata, kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.

Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan  khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat. Ia adalah merupakan sesuatu yang serius, kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan ‘kejam’ oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.

Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional. Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.

Contohnya, Datuk Seri Michelle Yeoh seorang selebriti yang telah dijadikan sebagai mangsa dan sasaran dengan sumpah seranah dan cacian hanya kerana menyokong BN. Beliau yang pulang ke tanahair baru-baru ini, mengatakan bahawa dia benar-benar percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan orang yang terbaik untuk memimpin negara.

Seterusnya seorang wanita yang merupakan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan NGO telah dilemparkan dengan pelbagai bahasa kesat. Tidak cukup dengan itu wanita itu turut diugut untuk dirogol dan di bunuh hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pendirian pakatan pembangkang.

Dan yang terbaru, artis popular tanahair Azhar Sulaiman turut menjadi mangsa tindakan rakus dari Red Bean Army. Facebook beliau yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan berikutan videonya yang mengutuk kepimpinan pakatan rakyat telah digodam oleh mereka yang tidak dikenali. Ia kerana Azhar secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

telah memuat naik status di laman Twitternya, dengan menulis, “Facebook Saya Telah Di Hacked.Kurang Ajar!!!! Pakatan Rakyat Halang Hak Saya Untuk Bersuara-Ini Demokrasi dan Freedom Of Speech ??”

Menurut Shen, beberapa minggu lalu beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Sejurus selepas itu laporan juga telah dikemukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ia disebabkan kerana ugutan yang berterusan diterima oleh seorang pelajar dari Universiti Monash yang muncul dalam Youtube pro-kerajaan. Shen turut menjelaskan sebagai salah seorang mantan pimpinan DAPSY beliau menerima tekanan yang paling dasyat.

Selain ugutan, mereka turut mencuri kenderaan yang dia gunakan setiap kali hadir ke program-program ceramah. Malah rakan-rakannya turut diugut dan diancam dengan kata-kata kesat.

“Mungkin kerana tidak tahan dan takut, ada di antara mereka yang telah mula menjauhkan diri daripada saya. Mereka turut mengatakan saya sebagai Perkasa Cina” katanya ketika ditemui.

KECOH !!!! DAH DI LONGKANGPUN PEMBANGKANG !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain  daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan   bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...