sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday, 10 May 2015

#1MDB : 4 Individu Tabung Haji Wajib Letak Jawatan Dalam 1MDB Atau Keduanya



Suratan atau kebetulan apabila pendedahan mengenai 4 individu 'eksekutif senior' Tabung Haji turut memegang jawatan tinggi dalam syarikat 'bermasalah' milik kerajaan iaitu 1MDB, jika 'kertas cadangan' yang tidak didedah mana mungkin kita tahu 4 individu ini turut berada di 1MDB.

Adakah ini perancangan licik pihak tertentu mahu mengaut duit dari Tabung Haji ? Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato’ Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

Saturday, 9 May 2015

#1MDB : Kem Kewangan, Tabung Haji Tolong Jelaskan - KJ



Pemuda Umno menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta yang mendapat tumpuan umum, semalam.

Melalui satu kenyataan media, Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihaknya bimbang dengan isu pembelian tanah TRX itu.

“Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan. Di sini Pemuda Umno memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga TH dalam beberapa perkara.

“Pemuda Umno menggesa agar soalan-soalan ini dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

“Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. Pemuda Umno amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima,” katanya.

Video : #1MDB, Najib Harus Jawab Dan Jelas Isu Ini - Pemuda Perak



IPOH: Pemuda Barisan Nasional Perak memohon agar kepimpinan tertinggi iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memberikan penjelasan yang lengkap bagi menjawab segala isu-isu yang menimbulkan kegusaran rakyat kini.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor pelbagai isu timbul antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perumahan generasi kedua Felda dan terbaru kini pembelian aset oleh Lembaga Tabung Haji.

“Semua ini dilihat semakin berterusan dan menjadi gunting dalam lipatan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan mengenai isu tersebut yang semakin berlegar di ruang maya dan menjadi buah mulut rakyat.

“Pilihan raya kecil baru-baru ini turut dijadikan medan bagi pihak pembangkang untuk terus menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan.

#1MDB : Rakyat Mahu Jawapan Dan Kebenaran - TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam turut berkata pengajaran utama Barisan Nasional (BN) daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan PRK Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini adalah rakyat mahukan jawapan konkrit dan tindakan segera kerajaan terhadap isu-isu berbangkit.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat mahu kerajaan tidak memandang remeh terhadap isu-isu semasa.

"Kita kena lihat pendekatan baharu dalam tangani isu-isu rakyat," katanya. Pada pandangan rakyat, isu berkenaan mesti diuruskan secepat mungkin dan tidak membiarkannya berlarutan.

"Ini bermakna setiap isu berbangkit yang dihadapi rakyat yang dibawa ke muka kerajaan, mesti diurus dan ditangani secepat mungkin...sama ada jawapan ke, penambahbaikan ke," kata beliau.

Antara isu-isu semasa yang dibangkitkan pada kedua-dua PRK itu ialah mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata respons daripada rakyat menunjukkan mereka mahukan kerajaan memberikan maklum balas yang cepat dan sesuai dengan perkembangan maklumat masa nyata yang terdapat di media sosial.

"Pada pandangan rakyat, sikap 'defensive' (mempertahankan diri) tidak membantu dalam jangka masa panjang. Sikap 'offensive' (strategik) mestilah bersedia dengan jawapan untuk rakyat," kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata di sudut pandangan rakyat, mereka mahukan jawapan dan kebenaran.

Kegagalan BN menjawab isu semasa, sebagai contoh mengenai 1MDB, telah dieksploitasikan oleh pembangkang, kata beliau.


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...