sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 26 March 2013

Al-Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia - Al-Fatihah


AL FATIHAH: Ketua Polis Negara dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Al-Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (70 tahun), tokoh cendiakawan Islam yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 malam, semalam.

Allahyarham yang dilahirkan pada Februari 1943 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di kuarters International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Beliau terkenal dengan sumbangannya menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam.

Allahyarham yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2005 meninggalkan seorang balu serta 12 orang anak.

Semoga roh Allahyarham Al-Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan bersama-sama para syuhada. Al-Fatihah.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive