sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 9 March 2013

KES TIAN CHUA : KERTAS SIASATAN SUDAH DIHANTAR KE PEGUAM NEGARA #Barua




POLIS TERIMA 205 LAPORAN BERHUBUNG KENYATAAN TIAN CHUA SETAKAT INI

Kuala Lumpur, 9 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.

"Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. - BERNAMA

APJ : JENIS ANJING BIADAP 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive