sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 4 March 2013

EKSKLUSIF : VIDEO KERAJAAN PAS KEDAH ZALIMI PENDUDUK BUKIT HIJAU , BALING #TukarKedah

Baling 03/03/12 - Akibat tidak tahan dengan masalah air yang di alami lebih dari 100 buah rumah, lebih kurang 100 lebih penduduk Kampung Bukit Hijau telah mengadakan himpunan bantahan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang di lihat mengambil sikap lepas tangan dengan permasalahan yang sedang di hadapi penduduk kampung akibat pembalakan yang tidak terkawal.

Menurut penduduk kampung terbabit yang di kenali dengan gelaran Pak Su, Pihak Kerajaan Negeri pernah berjanji sebelum melakukan pembalakan akan mengambil balak di bahagian bawah dari kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau. Namun apa yang terjadi selepas pembalakan adalah sebaliknya .

Janji hanya tinggal janji apabila pembalakan tetap berlaku di bahagian atas yang menjadi tempat takungan air Masyarakat yang di gunakan seharian penduduk kampung tersebut.

Apabila di tanya soalan " Apakah wakil Kerajaan Negeri kedah atau YB di kawasan tersebut yang mewakili PAS Kedah pernah tampil menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung berkenaan ??

" Wakil dari Kerajaan Negeri tidak pernah tampil menyelesaikan permasalahan ini. Malahan Wakil Rakyat kawasan tersebut yang mewakili PAS tidak pernah mengambil tahu permasalahan air yang sedang di hadapi penduduk kampung " katanya.

Melalui tinjauan yang di buat pihak Team Media Kedah. Kawasan tersebut telah di penuhi dengan kayu-kayu balak lama di kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau yang gagal di bawa keluar dan di percayai kayu balak terbabit gagal di lesenkan Jabatan Hutan.

Selain dari permasalahan air, beberapa penduduk kampung juga tampil di berhimpun terbabit adalah di sebabkan kegagalan Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kawasan kaki Gunung Inas.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive