sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 9 March 2013

SENIMAN NEGARA JINS SHAMSUDDIN TERIMA SUMBANGAN






Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Sabtu meluangkan masa kira-kira satu jam menziarahi seniman negara Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di kediamannya di Kampung Pasir, Hulu Kelang di sini.

Rais yang tiba bersama isteri Datin Seri Masnah Rais juga menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada bekas senator Dewan Negara itu, yang kini menghidap penyakit alzheimer sejak dua tahun lepas.

Jins Shamsuddin kini berusia 77 tahun.

Sumbangan itu adalah daripada Tabung Kebajikan Pengiat Seni, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2009, bertujuan menjaga kebajikan seniman dan seniwati negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan serta beberapa artis veteran, antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof dan Mariani.

Rais ketika ditemui pemberita berkata pelakon filem "Bukit Kepong" itu banyak berjasa kepada pembangunan industri seni tanah air dan khidmat beliau itu tidak boleh dilupakan.

"Salah satu khidmat beliau kepada filem tanah air ialah semasa kita membentuk Persatuan Seniman, kita sama-sama menentukan kepentingan persatuan itu, di samping menetapkan Hari Seniman pada 29 Mei," katanya.

Rais berkata semua filem lakonan Jins Shamsuddin akan disiarkan semula di saluran RTM pada waktu yang akan ditetapkan kemudian, bagi mengenang semula bakat dan jasa beliau dalam industri itu.

Jins Shamsuddin kini banyak meluangkan masa di rumah dan dijaga rapi oleh isterinya Puan Sri Halijah Abdullah, 52, dan dua orang anak lelaki, Hang Nadim dan Hang Jebat.

APJ : SEMOGA NEGARAWAN TAN SRI JINS SIHAT SELALU ~

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive