sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 25 March 2013

TUDIAAA !!! APA DAH JADI DENGAN LIMA LANGKAWI NIH !! PANAS !!!


LANGKAWI: Sebanyak 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA 13) kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar di kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu mula diperkenal pada 1991.

Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd Ahmad Dzuhri A Wahab berkata peningkatan penyertaan syarikat tempatan merupakan satu perkembangan yang baik berbanding LIMA 11, iaitu sebanyak 178 syarikat, sekali gus membuktikan perkembangan positif industri maritim dan aeroangkasa negara.

“Penyertaan syarikat tempatan amat menggalakkan berbanding LIMA 11, ia merupakan salah satu sasaran kita yang mana ingin menarik seberapa banyak penyertaan syarikat tempatan, selain penyertaan syarikat antarabangsa pada kali ini sebanyak 207 syarikat,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Ahmad Dzuhri berkata penyertaan lebih 400 syarikat dari dalam dan luar negara jelas membuktikan LIMA 13 bukan sahaja platform pameran inventori ketenteraan sebaliknya ia membuka peluang perniagaan antara syarikat tempatan dan antarabangsa.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad meninjau persiapan gerai pameran LIMA 13 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Dalam pada itu, Ahmad Dzuhri berkata sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal turut dipamer di MIEC dan di pangkalan jeti Porto Malai.

“Kita menjangkakan semua pesawat dan kapal ini akan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Langkawi bagi memeriahkan pameran pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata LIMA 13 turut menampilkan pasukan Aerobatik 1Malaysia Krisakti dan pertunjukan udara pasukan aerobatik ‘The Smokey Bandits’ dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan pesawat tempur MIG29 serta The Russian Nights (Rusia) dan pasukan Jupiter (Indonesia).

LIMA 13 yang membuka tirai Selasa ini, dijangka melabuhkan tirai pada 30 Mac dan akan dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM10 seorang. - BERNAMA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive