sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 14 March 2012

LIVE APJ : RAKAMAN AKSI BUNUH DIRI DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN!!

LIVE : RAKAMAN PART 1, AKSI WANITA BERANI MATI DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN








Semalam aku on the way balik dari Klang lalu ikut lebuhraya Persekutuan. Baik layan lagu dalam perjalanan tiba-tiba aku dan member dikejutkan dengan aksi berani mati seorang wanita yang memandu melawan arus dari simpang keluar Sunway menghala Kuala Lumpur.

Wanita yang pandu kereta wira ni betul-betul bawa kereta melawan arus di laluan paling laju, aku agak-agak lebih kurang 2 km jugak dia pandu, aksi berbahaya ni sempat kami rakam sehingga keretanya berjaya diberhentikan dalam bahasa mudahnya terbabas sedikit.

Aku rasa  3 buah kereta dan sebuah bas hampir bertembung dengan kereta ni dan aksi kelam kabut berjaya kami rakam menggunakan hanfon buruk aku ni.

Aku tak pasti sama ada wanita ni nak bunuh diri ataupun mabuk tapi masa aku sampai kat kereta dia, bau arak mak datuk sikit punya kuat. Tapi kalau mabuk pun takkan sampai teruk sekali macam ni. 

Bayangkan kalau dia bertembung dengan bas tadi? sudah pasti melambung semuanya. nasib baik kami berjaya berhentikan keretanya dan menenangkan keadaan. 

Sambil kami menalifon pihak polis, aku sempat menenangkan wanita ni, bagi rokok sebatang sebab dia minta, hehe, tapi keadaan wanita ni makin tak terkawal sehingga Pihak Polis datang membantu.




Sebelum tu aku nak minta maaf banyak-banyak ada part aku tak reti delete, hehe tapi aku dah cuba, part 1 aku masukkan aksi lawan arus sampai kereta tu berhenti. Nak lebih menarik nantikan part pujuk memujuk, aku tak reti nak kaburkan muka dia, sebab tu aku lambat sikit nak upload.

Aku harap kejadian ni kita sama-sama ambik iktibar kerana jangan BAHAYAKAN NYAWA ANDA DAN ORANG LAIN. 

Part 2, aksi pujuk oleh kami tetapi tidak berjaya, sampai Polis datang dan hampir 20 minit Pihak Polis cuba memujuk dan memaksa bantuan Polis Wanita untuk mententeramkan wanita ini. 

Sampai ja Polis Wanita ni kat tempat kejadian , tidak juga berjaya !! kenapa?? nantikan part 2. hehe

 Sayang nyawa anda dan juga orang lain. 

Salam 1 Malaysia. 

1 comment:

Anonymous said...

Lain kali call la saya,confirm pompuan tu sejuk hati dengan saya..kikikiki.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive