Walaupun beliau mengaku itu negeri kelahirnya, tidak mungkin dan tidak sesekali rakyat Johor yang rata-ratanya menyokong Barisan Nasional akan membenarkan Kit Siang bertapak di situ.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata karier pemimpin veteran Dap berusia 72 tahun itu akan berkubur di Johor. Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon utama bagi menghadapi Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah bagi menamatkan riwayat politik Pengerusi Parlimen DAP itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13
Lanjut kata-kata Tun Mahathit DISINI
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 sudah menjadi tabiat dan kegemaran pembangkang yang suka membuat deklarasi yang banyak menimbulkan sangsi dan ketidakyakinan di kalangan rakyat. Berdasarkan manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada Piliharaya Umum 2008 hampir 90 peratus gagal ditunaikan (Manifesto Bukan Janji). Jika manisfesto peringkat negeri Selangor tidak mampu untuk dilaksanakan bagaimana pula hasrat berkobar-kobar pembangkang untuk menunaikan janji-janjinya dalam Manifesto Rakyat peringkat nasional?
Tindakan DAP mengumumkan 'Deklarasi Gelang Patah' yang mengandungi 14 perkara kononnya untuk meningkatkan mutu kehidupan kaum India Undi masyarakat India di Johor hanyalah 6.55 % sahaja. Ini terbukti DEKLARASI BUKAN JANJI hanyalah AGENDA DAP sebagai tindak balas kepada pertemuan positif Pertubuhan Hindraf Makkal Sakthi (Hindraf) bersama Perdana Menteri baru-baru ini. Hindraf sebelum ini menyatakan rasa kecewanya terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kerana keenggannya untuk menandatangani perjanjian membela nasib kaum India di negara ini.
Kita boleh lihat dengan hati naluri kita sendiri, video ini menunjukkan akibat dari janji-janji Anwar , bila janji tak tertunai rakyat menuntut janji Anwar pada mereka.
Dulu boleh bercium mulut tetapi sekarang sudah hilang segala janji. Janji lama tak tertunai janji baru pulak dibuat , tentunya rakyat dah bosan bukan ??
CERITA TENTANG PERTEMUAN ITU DISINI
Deklarasi Gelang Patah
Deklarasi ini dilihat tidak relevan kerana tidak mendapat 'restu' dua lagi rakan sekutunya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Deklarasi ini adalah agenda dan kepentingan DAP untuk meraih undi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). DAP sekali lagi membelakangi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat.
'Deklarasi Gelang Patah' diumumkan Kit Siang untuk MERAIH undi masyarakat India di Gelang Patah, dan Anwar Ibrahim telah mengumumkan Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, kerusi yang ditandingi calon PKR pada pilihan raya umum 2008 sebagai pertukaran dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia.
NANTIKAN PART 2 !!! SELEPAS INI
No comments:
Post a Comment