Pakatan Rakyat dipenuhi pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Chua Jui Meng.
Kenyataan beliau bahawa beliau tidak kisah samada menang atau kalah di Segamat jelas menunjukkan sikap beliau yang hanya mahukan kerusi dan jawatan sehingga sanggup timbulkan pertelingkahan bersama DAP.
Mungkin sudah sedar yang penglibatan dirinya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ‘diperlukan’, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pilihan rayanya yang terakhir.
Chua sebenarnya sudah terlalu beban menahan malu kepada rakyat di negeri Johor apatah lagi satu Malaysia.
Maklumlah, semua sudah tahu keinginan Chua yang meluap-luap mahu bertanding di Parlimen Gelang Patah sebelum pembubaran Parlimen lagi. Hinggakan beliau sanggup bergaduh dan berperang mulut dengan pemimpin DAP di sana.
Alih-alih, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak meletakkan beliau sebagai calon untuk bertanding merebut kerusi di Gelang Patah. Kecewa Chua bukan main, sebab itu beliau bertindak menghilangkan diri selama 2 minggu dengan pengumuman Anwar itu.
Dalam mencari akal untuk menyorokkan perasaan malunnya itu, boleh pula Chua mendakwa sebenarnya beliau tidak berkeinginan pun untuk bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei nanti. Sudah terang lagi bersuluh, Chua sudah tidak tahu apa yang beliau katakan.
Bagaimana boleh memberitahu tidak mahu langsung bertanding pada awalnya sedangkan dia terlebih dahulu begitu berazam mahu merampas kuasa di Gelang Patah dari parti DAP?
Nampaknya, dalam situasi ini, Chua telah memainkan cara ‘spin doctor’ supaya dirinya tidak dilihat bacul kepada rakyat. Cuba memutarkan fakta awal demi menjaga nama baiknya sendiri.
Malah, kenyataan Chua yang mengatakan tidak kisah sama ada menang atau kalah bertanding PRU bagi kerusi Parlimen Segamat adalah sama sekali tidak masuk akal.
Mana ada pemimpin yang bertanding tidak mahu menang kerusinya? Ini menunjukkan Chua tidak yakin mampu merebut kerusi tersebut dan awal-awal lagi mahu menutup malu jika dia kalah.
Jadi, beliau menonjolkan sikap kepimpinannya yang ‘low profile’ tentang mahu merebut kuasa supaya rakyat dapat melihat kononnya pemimpin seperti beliau yang diperlukan.
Bukan itu sahaja, beliau juga tidak bersedia mahu menerima maklum balas penduduk kawasan itu, sementelah beliau tidak pernah mengunjungi Parlimen itu. Pemimpin seperti apa yang ingin beliau tonjolkan?
Yang pasti, Chua sudah terlalu malu dengan keazamannya yang awal-awal lagi mahu merebut kuasa di kawasan lain, tapi akhirnya mendapat pencalonan di kawasan lain.
Justeru, mengumumkan PRU13 sebagai PRU terakhir buat dirinya adalah jalan terakhir untuk menutup malu.
Mesti Chua sekarang ini lagi dan lagi bertambah malu keinginannya tidak dapat dicapai selepas keluar dari MCA. Parti apa pula Chua nak lompat selepas ini?
No comments:
Post a Comment