sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 28 March 2014

#MH370 : KENYATAAN JEPUN MENGENAI PENEMUAN 10 OBJEK DI PERCAYAI ADA KAITAN MH370 #PRAYFORMH370




Agensi berita Jepun melaporkan bahawa satelit negara itu berjaya merakamkan 10 objek terapung berhampiran Australia, dipercayai berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan AFP, agensi berita Kyodo dan Jiji berkata bahawa objek berkenaan dilihat kira-kira 2,500km ke barat daya Perth.

Pusat Perisikan Kabinet Satelit Jepun berkata objek berkenaan dianggarkan berukuran lapan meter panjang dan empat meter lebar.

Agensi berita berkenaan juga melaporkan bahawa objek berkenaan dilihat di kawasan yang sama dimana beberapa objek lain ditemui sebelum ini.

Jiji memetik kata-kata seorang pegawai kerajaan bahawa objek berkenaan “berkemungkinan besar” adalah bangkai pesawat MH370. Jepun sudahpun menyampaikan maklumat berkenaan kepada Malaysia.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive