sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 20 March 2014

UPDATE #MH370 : KENYATAAN DARI DUTA KOREA SELATAN MENGENAI ISU PESAWAT MH370 #PRAYFORMH370



Duta Korea Selatan di Malaysia Cho Byungjae berkata kerajaan Malaysia menangani insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan penuh bertanggungjawab sambil menolak kritikan media antarabangsa terhadap usaha Malaysia berhubung insiden itu.

Beliau berkata ia bukan satu tugas mudah untuk menyelaras, menyokong dan mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 26 negara.

Bercakap kepada Bernama di kedutaan di sini hari ini, Cho menyifatkan misi SAR yang sedang berjalan sekarang merupakan satu tugas besar dan setakat ini beliau berpendapat Malaysia menerajui usaha antarabangsa itu dengan jayanya.

“Dari segi geografi, pencarian itu meliputi wilayah dan lautan yang luas di sekurang-kurangnya 12 negara. Malah di Malaysia terdapat aset dan kakitangan lebih daripada 20 negara," katanya merujuk kepada operasi SAR besar-besaran pelbagai negara.

Sepanjang pengetahuannya, Cho berkata pasukan SAR Korea Selatan dapat berkomunikasi dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami tidak mempunyai sebarang masalah. Kami berjaya berkomuniasi dengan pihak berkuasa tentera dan pihak berkuasa hal ehwal luar Malaysia dan kami tahu apa sebenarnya yang Malaysia mahu. Sepanjang pengetahuan Korea Selatan, tiada masalah," katanya.

Dengan kawasan pencarian yang bertambah luas, operasi SAR bagi pesawat Boeing 777-200 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baharu meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dipanggil sebagai Koridor Selatan dan Utara yang dibahagikan kepada setiap tujuh kuadran.

Ketika ditanya jika kerajaan Korea Selatan akan menggantung operasi SAR, duta besar itu berkata tidak ada pertimbangan seperti itu pada masa ini bagi Korea Selatan menarik asetnya daripada misi SAR.

Setakat ini tiada rancangan untuk menambah aset bagi misi SAR, katanya sambil menambah ketika ini aset Korea Selatan yang terbabit dalam operasi itu ialah P-3C dan C-130 dengan 39 kakitangan. Mereka kini sedang bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia di pangkalan udara Subang.

Sementara itu, ketika menjelaskan bagaimana misi SAR itu dilakukan, Cho berkata: “Cara mereka melakukannya ialah anda mempunyai rancangan anda dan berunding dengan pihak berkuasa Malaysia dan mereka akan menyelaras dengan semua aset antarabangsa dan sudah tentu dengan aset Malaysia. Daripada situ, mereka (pihak berkuasa Malaysia) akan menetapkan kawasan tertentu bagi aset terbabit."

Cho berkata aset Korea Selatan dijangka menghala ke Lautan Hindi hari ini untuk menyertai usaha mencari di koridor Selatan selepas mereka pergi ke kawasan berdekatan kepulauan Andaman semalam.

Katanya sejak kehilangan Penerbangan MH370, berita mengenainya menarik perhatian masyarakat dunia dan ia diterbitkan secara meluas dalam akhbar Korea Selatan walaupun tiada penumpang warga Korea Selatan dalam pesawat itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa Korea Selatan bersama-sama dengan Malaysia. Kami menyokong mereka dan kami percaya kerajaan Malaysia sedang melakukannya dengan penuh bertanggungjawab.

“Bagi masyarakat antarabangsa, saya ingin menekankan bahawa kita perlu terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam masa krisis," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada skrin radar pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

BENCI betul si media-media besar Barat-ZIONIS DAJAL seolah macm. suka sgt bila jadi kecoh; saya syak keluarga mangsa tu DIHASUT si PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG utk. MENGAMOK, supaya dpt. menunjukkan seolah K'jaan kita 'lemah'! K'jaan kita jgn. TUNDUK dan salahkan POLIS kita yg- berhak mengawal keadaan huru-hara itu!

Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang!

Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

Sedgkn tentu pengkalan militari S ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?

Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

March 19, 2014
(Before It's News)

By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive