sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 2 March 2015

1MDB : Rafizi Dan Tony Pakar Spekulasi Semata-mata @azwanbro


Serangan bertali arus daripada Rafizi dan Tony Pua terhadap 1MDB tidak pernah berhenti tapi semua orang tau itu hanya mainan politik kotor daripada pembangkang terutama dari Tony dan Rafizi. 

Mereka berdua ni seolah pakar segala bidang ekonomi negara. Apa yang 1MDB buat semuanya tak betul, semuanya buruk pada mereka. 

Penulis bersetuju dengan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang mempelawa Rafizi dan Tony berjumpa bagi memperjelaskan tentang keadaan terkini 1MDB tetapi nampaknya Rafizi dan Tony tidak berminat, ia menunjukkan mereka berdua ni bukan mahu mambantu 1MDB tetapi berniat memusnahkan dan buruk di mata rakyat. 

Mengenai isu yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO menyarankan Ketua Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dari terus membuat andaian serta tuduhan lemah mengenai syarikat berkenaan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, soal kredibiliti dan integriti juga wujud di pihak Tony dan Rafizi kerana kedua-duanya selama ini hanya kerap bermain dengan spekulasi semata-mata.

"Kalau ada bukti terus kemukakan ke Arul. Kalau banyak sangat bukti, tunggu apa lagi.

"Adakah mereka semata-mata bermain dengan andaian. Maka mereka berdua tiada kredibiliti dan integriti.

"Jangan hanya pandai menuding jari. Tindakan Tony dan Rafizi tidak ubah seperti peribahasa 'baling batu sembunyi tangan' dan bersikap kebudak-budakan." katanya

Khairul Azwan mengulas kenyataan Tony yang mencabar Arul supaya memberikan keterangan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai hal ehwal firma pelaburan itu.

Tony turut berpendapat, keterangan kepada PAC adalah cara terbaik bagi Arul Kanda menjelaskan mengenai 1MDB.

Rafizi pula sebelum ini antaranya dilaporkan mendakwa kerajaan mengeluarkan surat jaminan explicit untuk melangsaikan hutang 1MDB bernilai RM9.6 bilion.

Dalam pada itu tegas Khairul Azwan, Rafizi turut diminta menyenaraikan pencapaiannya semasa memberi khidmat kepada Kerajaan Selangor sebelum ini.

"Apa Rafizi buat semasa bekerja dengan Kerajaan Selangor? Apa pencapaian ekonomi Selangor yang boleh dia banggakan?" jelasnya.

Arul sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada seorang individu yang tampil bertemunya walaupun sudah membuka 'pintu' untuk memberi penerangan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mengumumkan pembayaran penuh pinjaman berjumlah RM2 bilion sekali gus membuktikan dakwaan pelbagai pihak kononnya 1MDB gagal membayar hutang.

"Arul sudah jemput, sudah buka 'pintu' tetapi Tony dan Rafizi tidak pula pergi berjumpa. Mungkin kedua-dua mereka ini kurang bijak dan lebih gemar membuat spekulasi sahaja," kata Khairul Azwan.

Pada Ahad, sebuah portal melaporkan penafian PetroSaudi International terhadap sebuah laporan yang mendakwa kesemua wang yang diperuntukkan kepada 1MDB telah disalurkan kepada syarikat itu.

PetroSaudi turut membidas laporan itu sebagai 'berniat jahat' dan mengandungi tuduhan-tuduhan liar selain dilaporkan sedang mendapat khidmat perundangan bagi memastikan langkah selanjutnya yang perlu diambil kepada pihak berkenaan.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive