sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 8 March 2015

Lebih 120 temu bual rungkai misteri MH370


Sebuah pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan Malaysia menemu bual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkenaan untuk menyiasat dengan sedalam-dalamnya tentang apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang hilang setahun lepas bersama 239 penumpang dan anak kapalnya.

Antara yang ditemu bual ialah petugas Jabatan Penerbangan Awam, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Perkara itu terkandung dalam laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370 untuk memberi maklumat tentang kemajuan yang dicapai dalam penyiasatan mengenai MH370, pesawat Boeing 777-200ER yang menggunakan pendaftaran 9M-MRO.

Muncul melalui siaran televisyen hari ini untuk menjelaskan tentang usaha yang dilakukan setakat ini berhubung kehilangan pesawat itu ialah Datuk Kok Soo Chon, yang mengetuai pasukan berkenaan.

"Satu-satunya objektif penyiasatan sesuatu kemalangan atau kejadian ialah untuk mencegah berlakunya kemalangan atau kejadian serupa pada masa akan datang," katanya sambil menjelaskan bahawa siasatan yang dilakukan bukan bertujuan untuk meletakkan tuduhan atau liabiliti kepada mana-mana pihak.

Kok berkata, pasukan itu kini membuat analisis terhadap maklumat sahih dan memberi pertimbangan terhadap bidang-bidang ini: kelayakan untuk terbang serta penyenggaraan dan sistem pesawat; operasi pengawal trafik udara dari 1719 hingga 2232 UTC pada 7 Mac 2014 (0119 hingga 0632 MYT pada 8 Mac 2014); konsainan kargo; dan profil anak kapal.

Bidang lain ialah lencongan daripada laluan penerbangan yang difailkan; maklumat organisasi dan pengurusan maklumat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS; dan komunikasi satelit.

"Pada bulan-bulan akan datang, pasukan penyiasat ini perlu membuat analisis untuk membuat kesimpulan dan mengemukakan syor tentang keselamatan berdasarkan maklumat sahih yang dikumpul.

"Selain fasa membuat analisis dan kesimpulan, langkah yang akan diambil juga termasuk membuat pengesahan seterusnya tentang maklumat sahih mengenai kemunculan bukti baharu," kata Kok.

Beliau berkata pasukan itu menjangka maklumat sahih seterusnya akan dapat diperoleh daripada bangkai dan alat perakam penerbangan sekiranya pesawat itu dijumpai.

Dalam melaksanakan tugasnya, pasukan itu juga membuat lawatan ke tempat pengendali kargo, penghantar barangan dan penerima konsain bateri lithium-ion serta manggis.

Dalam hal ini, anggota pasukan itu berkunjung ke Subang, Pulau Pinang dan Muar serta Beijing dan Tianjin di China bagi mengumpul data dan mengadakan temu bual.

Kok berkata, maklumat sahih yang dikumpul pasukan itu termasuk rakaman radio kawalan trafik udara (ATC) dan pita radar.

Ia juga menyediakan transkrip komunikasi radiotelefoni antara pesawat berkenaan dengan para pengawal trafik udara dan antara para pengawal trafik udara dengan Pusat ATC di Ho Chi Minh dan Singapura; dan antara para pengawal trafik udara dengan Pusat Operasi MAS di KLIA.

Kok berkata, mereka menyimpan dan menyemak semula rekod penyenggaraan pesawat, termasuk pakej semakan penyenggaraan, log teknikal, arahan layak terbang, pengubahsuaian dan kerja pembaikan serta laporan kejadian wajib. - Bernama

1 comment:

Zahary said...

Salam,

Kepada najib PM.. kita bukan sekadar nak mengenang kes MH370.. kita mesti cari.. dan car acari tu mesti MASUK AKAL!

kenapa terlalu selektif dalam mencari MH370?

2-Kenapa terlalu bergantung kepada orang asing dalam menyiasat dan menganalisis data? Kenapa tidak ditubuhkan JK bersama melibatkan MAS, Ahli Akademik dan Pakar2 dalam Malaysia?

3- Kenapa tiada tindakan keras atau inkuiri awam berhubung kelalaian Pegawai tentera TUDM pada malam Radar Tentera mengesan objek asing terbang di udara Pulau Pinang? Kerana kelalaian itulah punca kepada keadaan sekarang, berbillion kos dibazirkan untuk mencari, sedangkan jika tindakan pantas Tentera pada malam itu MENYIASAT.. bukan menembak jatuh (ayat2 paling BODOH Hisham Kerismudin dalam menutup lemah negara).

Kenapa Najib PM bersikap lembik, bersandiwara seperti drama.. menekankan isu mengenang.. jangan spekulasi sedangkan Kerajaan Malaysia sendiri yang spekulasikan MH370 terbang tanpa arah ke Selatan Lautan Hindi? Fakta dari Rahib mana Najib beriman sgt sehingga tak boleh sentuh lagi teori2 lain??


Negara di risikokan oleh kepimpinan yang lemah dan bodoh.. maaf cakap..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive