sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 17 March 2015

PANAS : DAP Jangan Derhaka Pada Sultan Kelantan - Ramesh Rao



Sikap campur tangan DAP dalam menentang Pelaksanaan Hukum Hudud dilihat sudah melampaui batas .

Menurut Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Perihatin Malaysia, Ramesh Rao Krishnan Naidu, DAP dilihat sudah terlalu melampau menentang hak Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015.

Semalam DAP melalui Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata DAP tidak akan menyokong pelaksanaan enakmen tersebut dan membantah keras jika enakmen hudud dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Anthony Loke juga juga berkata PAS tidak jujur terhadap rakan Pakatan Rakyat.

Ramesh Rao terut menegaskan bahawa DAP harus menghormati pendirian Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menyokong usaha Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

"DAP jangan derhaka kepada DYMM Tuanku Sultan Kelantan" tegasnya.

Rakyat boleh menilai sendiri betapa biadapnya DAP kepada orang-orang Islam di Kelantan terutamanya ahli-ahli PAS sendiri.

Ahli-ahli PAS sanggup mengundi wakil DAP dalam pilihanraya tetapi mereka dimaki dan dicemuh tanpa henti oleh DAP.

DAP juga pernah menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana PAS tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hudud.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive