sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 27 March 2016

Kerana Kriktik Najib , 1MDB Dan 2.6B , Wartawan Terkenal Utusan Terpaksa Undur Diri




Ku Seman undur, Zam bidas 'binatang politik'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.


Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.

“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi AhadUtusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.


Ku Seman turut mengimbas kembali nostalgianya di Utusan bermula hari pertama beliau mendaftar masuk kepada Zainuddin pada 1984.

Sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.

“Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,’ kata Zainuddin.

Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, “kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan”.

Korban prinsip

Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.

“Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.


“Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.

“Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada,” tambah Zainuddin.

Menulis di blognya, Zainuddin berkata, rakan-rakan Ku Seman telah diberitahu sebelum ini bahawa beliau akan berhenti.

Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.

Usaha menghubungi Ketua Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.

Sumber malaysia kini

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive