sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label UTUSAN MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label UTUSAN MALAYSIA. Show all posts

Sunday, 27 March 2016

Kerana Kriktik Najib , 1MDB Dan 2.6B , Wartawan Terkenal Utusan Terpaksa Undur Diri




Ku Seman undur, Zam bidas 'binatang politik'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.


Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.

“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi AhadUtusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.

Wednesday, 3 December 2014

Panas !! MB Pahang Sah Saman Utusan Malaysia RM15 Juta



Agak menarik cerita MB Pahang kita ni , setelah tempoh pemohonan maaf dari Utusan Malaysia langsung tak kelihatan, Datuk Seri Adnan mengambil keputusan untuk terus menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM 15 Juta.

Adnan yang berang dengan Kolum Awang Selamat yang bertajuk " Hebat Sangatkah Adnan" telah memberi tempoh untuk Utusan Malaysia memohon maaf kepada pihak Menteri Besar di muka hadapan akhbar itu namun tak ada tindakbalas dari Utusan.

Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, berkata, tindakan tersebut diputuskan setelah mendapati tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar itu kepada pihak Menteri Besar Pahang. "Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi,"

Kolum tersebut didakwa satu serangan terhadap komen Adnan berkaitan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands yang menggambarkan Adnan seorang Menteri Besar yang tidak mempunyai integriti, gagal dalam tugasnya, dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.

Beliau mendakwa artikel tersebut tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.

Wednesday, 10 September 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI ADA PENGALAMAN ATASI KES-KES PELIK DAN JARANG DI DENGAR DI TANAH SUCI



Kes-kes pelik termasuk khunsa dalam kalangan jemaah haji antara pengalaman yang diharungi bahagian operasi bimbingan Tabung Haji sehingga membawa penyelesaian segera berkaitan soal hukum.

Pengarah Operasi Bimbingan Musim Haji 1435H, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, kes-kes terpencil itu yang terjadi apabila jemaah terbabit berada di tanah suci diselesaikan oleh pakar-pakar rujuk bahagian tersebut.

"Jika ada berkaitan hukum besar, kita ada mesyuarat bagaimana nak selesaikan hukum tersebut.

"Contohnya masalah khunsa yang timbul, pakai pakaian perempuan tetapi nama lelaki. Kadangkala kita tidak boleh selesaikan masalah ini, ini jarang berlaku," katanya kepada petugas media di sini hari ini.

#HAJI1435H : PENGORBANAN FAKHRULRAZI IRINGI JEMAAH BUTA TUNAIKAN SOLAT DI MASJIDIL HARAM



Masih ingatkah lagi dengan seorang jemaah buta, Imam Basori Mukadji, 45, sambil ditemani pengiringnya, Fakhrulrazi Hamsin, 44, yang berlepas dalam kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke Madinah pada 27 Ogos lalu.

Bagaimanakah perjalanan kerja hajinya? Utusan Malaysia yang secara kebetulan terserempak dengan mereka berdua di terowong laluan keluar Bukit Marwah selepas solat Isyak malam tadi sempat bertanyakan Fakhrulrazi kemungkinan kesukaran yang dihadapinya ketika mengiringi Imam Basori menunaikan solat di Masjidil Haram.

"Alhamdulillah, setakat ini solat lima waktu, kami tidak pernah tinggal. Biasanya 10 minit sebelum masuk waktu kami akan berjalan sejauh 750 meter dari hotel (Hotel Abraj Al-Janadiriyyah) ke masjid.

"Saya akan pastikan seboleh-bolehnya kami berada di tempat (solat) yang boleh kami pandang Kaabah," kata Fakhrulrazi.

Ditanya setakat ini apa pengalaman paling manis selama 12 hari berada di tanah suci termasuk lapan hari di Madinah, kata beliau:

Saturday, 6 September 2014

#HAJI1435H : PENOREH GETAH GEMBIRA IMPIAN KE TANAH SUCI DIMAKBULKAN



Kegembiraan dan keterujaan jelas terpancar di wajah seorang penoreh getah dari Selama, Perak apabila namanya tersenarai sebagai salah seorang jemaah haji tahun ini.

Lebih menggembirakan, panggilan untuk ke Tanah Suci menyempurnakan ibadah haji diterima adalah sebaik sahaja dia sihat daripada penyakit angin ahmar yang dideritai setahun lalu.

Jemaah berkenaan, Hassan Abd. Majid, 69, berkata, tiada kata-kata yang dapat diucapkan bagi menggambarkan kesyukuran kerana impian untuk ke Tanah Suci akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Katanya, dia dan isterinya, Zaharah Hashim, 71, telah 10 tahun menanti panggilan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu dan sentiasa berusaha memastikan wang simpanannya mencukupi bagi membolehkan mereka berdua menjejakkan kaki ke Mekah.

"Saya amat bersyukur kerana akhirnya dapat menjadi tetamu Allah. Tidak tergambar perasaan saya ketika ini tambahan pula baru sahaja sembuh awal tahun ini.

"Walaupun pergerakan saya agak terbatas kerana semasa sakit dahulu mengalami lumpuh seluruh badan, saya cukup gembira dan teruja," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Pelepasan Jemaah Haji 1435 Hijrah Kumpulan Pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini hari ini.

Wednesday, 31 July 2013

GEMPAR !!! KETUA PENERANGAN PAS KRONI UTUSAN ??? BIAR BETUL ?? AGENDA MUKTAMAR PAS ??


Kalau diikutkan sememangnya kita selalu tengok muka Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man ni kat akhbar yang dilebel Pas sebagai 'Utusan Meloya ' . Dia selalu menjawab pelbagai isu semasa yang dibangkitkan , tak menjadi hairan kerana akhbar tidak memilih bulu untuk di terbitkan cerita apa yang menjadi isu. Tidak kira siapa baik Anwar sekalipun walaupun Anwar memang anti Utusan. 

Tapi lain pulak jadinya bila Tuan Ibrahim selalu keluar Utusan telah menimbulkan kemarahan penyokong kuat Pas . Jom baca kat bawah ni apa dia kata !! 

sumber gambar dari semut hitam pekat 

Ha kan !!! Puak-puak Pas kata boikot Utusan tapi pemimpin depa yang selalu keluar Utusan jawab dan bagi cerita tentang sesuatu isu !!! huh ludah muka sendiri la nampaknya hahaha !! ada pulak komen kat bawah tu kata , Muktamar Pas dah dekat !! perli la tu ... bila lagi nak tonjolkan dirikan walaupun Utusan tu musuh Pas tapi Utusan tu la yang paling laku hahaha !! 

Apapun sememangnya Tuan Ibrahim telah menidakkan kata-kata puak-puak Pas yang mahu memboikot Utusan, sebab tu dia selalu masuk Utusan Meloya tu !!! huh !! 

Walaupun Tuan Ibrahim kata Utusan memutarbelitkan cerita tapi dari dulu dia juga memilih untuk bercakap dengan Utusan hihihi ... Biasalahkan hipokrik !!!! 



Wednesday, 8 May 2013

PANAS !!! PENGERUSI MPM BIDAS PROGRAM SILENT WALK ANGKARA DAP !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


KUALA LUMPUR 7 Mei - Pola pengundi kaum Cina yang cenderung ke arah parti cauvinis, DAP merupakan strategi awal mereka untuk menidakkan kewujudan Barisan Nasional (BN) di negara ini.

Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sentimen itu timbul apabila mereka beranggapan kerajaan BN adalah sinomin dengan UMNO dan orang Melayu.

Tegasnya, tindakan memualkan beberapa penyokong DAP dan remaja Cina menganjurkan program Silent Walk dan bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan jelas membuktikan kekecewaan masyarakat itu berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekali gus gagal menguasai bidang politik.

Tindakan tidak menghormati Jalur Gemilang dan mengadakan Silent Walk itu lahir rasa kecewa mereka kerana BN gagal ditumbangkan dan aspirasi untuk merampas kuasa politik negara tidak kesampaian.

Mereka (kaum Cina) sekarang menguasai ekonomi dan mereka mempunyai cita-cita mahu menguasai bidang politik negara yang dipegang oleh orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, penyokong dipercayai parti DAP melancarkan apa yang dipanggil Silent Walk yang bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di kompleks beli-belah.

Malahan dalam laman Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.

Beliau yang juga Presiden Gagasan Melayu Perak berkata, tindakan puak itu akan menimbulkan ketegangan kaum dan pelbagai reaksi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negara ini.

Kaum Cina tidak boleh marah jika kami (NGO Melayu) bertindak balas atas apa dilakukan mereka," katanya.

Mengulas mengenai isu sama, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan sebarang tuntutan yang dibuat kaum tersebut selepas ini.

Katanya, sikap tidak membalas budi itu patut dijadikan panduan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu masyarakat itu di kemudian hari.

Kerajaan digesa lebih menumpukan kepada pembangunan dan memartabatkan Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan di negara ini daripada memberi muka kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.

Ini jelas ekoran tindakan kaum Cina yang menunjukkan sentimen perkauman dalam PRU-13," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, penyokong parti cauvinis, DAP diingatkan tidak menimbulkan sebarang kekacauan ekoran kegagalan menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, mereka tidak perlu menghasut keadaan yang tenang sekarang ini dengan mengajak mengadakan demonstrasi yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara.

Pembangkang jangan cuba membakar emosi rakyat dengan menghasut melakukan program Silent Walk, demonstrasi dan memakai baju berwarna hitam.

Perkara ini hanya akan memudaratkan keadaan dan pembangkang perlu bersikap matang menerima kekalahan ini dengan hati terbuka.

Seperti di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, parti kalah akan mengucapkan tahniah kepada parti menang tetapi perkara ini tidak berlaku pada pakatan pembangkang di Malaysia, sebaliknya mereka mahu membuat kecoh," katanya. UTUSAN

Tuesday, 7 May 2013

Thursday, 28 February 2013

CEROBOH SABAH : ANWAR SANGGUP KORBANKAN RAKYAT SABAH DEMI MENJADI PERDANA MENTERI ? - 8


Agak mengejutkan apabila agensi berita antarabangsa, Reuters mendakwa kumpulan bersenjata yang menceroboh Kampung Tanduo , Lahad Datu , Sabah sejak 12 Febuari lalu berlaku atas jemputan Anwar Ibrahim. 

Dakwaan menyatakan bahawa Anwar menawarkan Sabah kepada pemerintahan Kesultanan Sulu dan menjadikan Sabah sebagai autonominya sendiri adalah suatu diluar jangkaan rakyat Malaysia, tetapi kita tidak menafikan yang Anwar sanggup membuat apa saja demi kuasa politik bodohnya itu. 

Ditambah menyakinkan lagi gambar pertemuan sulit Anwar dan bekas pemimpin MNLF yang tersebar di media sosial 


Berbalik kepada pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang menggelar 'tentera Diraja Kesultanan Sulu'  , tempoh mereka keluar hanya ada 24jam dari sekarang setelah pihak berkuasa Malaysia mengedarkan risalah tempoh 4jam untuk menyerah diri dan meletak senjata ataupun terima tindakkan tegas daripada pihak berkuasa.

Segala kemungkinan akan berlaku termasuk pertumpahan darah yang bakal diterima jika mereka terus berdegil , jika keadaan ini berlaku tidak mustahil Anwar akan menghentam habis-habisan kerajaan Malaysia kerana tindakkan tersebut , sikap licik Anwar ini sememangnya kita tahu demi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Walaupun Anwar menafikan yang beliau bertemu secara sulit Nur Misuari tetapi semuanya telah terbongkar. Dengan tempoh masa yang diberikan oleh pihak berkuasa hanya ada kurang 24jam dari sekarang sememangnya sesuatu yang membimbangkan terutama keselamatan penduduk Kampung. 

Anwar pastinya gembira jika ada pertumpahan darah kerana mudah baginya untuk menyerang habis-habisan kerajaan Malaysia kononnya membunuh sesama umat Islam dan sebagainya. 

Harap kita semua tidak termakan dengan sikap licik lagi penuh muslihat Anwar ini .


Semoga Allah melindunggi rakyat Malaysia dan mereka yang menceroboh sedar akan apa yang mereka lakukan adalah hanya menjadi kambing hitam manusia yang hanya mahukan kedudukan. 

Wallahualam.. 


Thursday, 13 December 2012

HIBURAN PANAS !!! USTAZ DON DITUDUH MUNGKIR JANJI ?? KENAPA NI USTAZ ??? JOM TERJAH !!!

Ustaz Don

Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

SUMBER : KOSMO

Monday, 3 December 2012

PANAS !!! AMARAN MELAYU SINGAPURA PADA MELAYU MALAYSIA !!!!!



Orang Melayu Singapura Suruh Melayu Malaysia Undi Barisan Nasional?

Melayu Singapura ada memberi ingatan kepada orang-orang Melayu di Malaysia khususnya. Lihat sendiri apa yang dia kata. Mesej yang terlalu jelas buat semua. Jika difahami apa yang tersirat, pasti sebak.

Agaknya apa nasib orang Melayu yang kini sudah tidak punya kuasa di sana? Bumi dipijak milik orang! Salah undi akan mengakibatkan kesengsaraan maka gunakan kebijaksanaan sebagai pemilih kelak di PRU13.

GEMPAQ !!! KENYATAAN PEDAS PEMBANGKANG MENIPU DAN PEMBOHONG !!! SAPA KATA WEIII ???

Saturday, 1 December 2012

PAU2012 : CADANG TUBUH PUSAT PEMULIHAN PONDAN DAN PENGKID !! #PAU2012



KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah pusat pemulihan dan latihan untuk golongan pondan dan pengkid bagi menjayakan usaha menyekat amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Perwakilan Pulau Pinang, Mohd. Shaharudin Mohd. Hassan Tajudin turut meminta kerajaan meningkatkan kefahaman pelajar sekolah berhubung fahaman pluralisme, liberalisme dan ajaran-ajaran sesat.

"Asas agama Islam perlu diterapkan dalam kalangan remaja dengan mewajibkan mereka menghadiri kelas agama supaya dapat melahirkan generasi celik al-Quran dan mempunyai asas pengetahuan agama yang tinggi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

PAU PANAS !!! AWAT DEPA MENANGIS??? MELAYUKAN GAGAH !!! #PAU2012





Wakil daripada Kelab UMNO Luar Negara Arif Yasir bin Zulkafli yang merupakan ahli Kelab UMNO Tokyo sedang membahaskan usul ucapan dasar Presiden. Arif Yasir ini berasal daripada Pokok Sena,Kedah dan sedang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun.

Penyampaian yang secara bersahaja,berjaya menarik perhatian para perwakilan serta kerap kali diusik dengan seloroh daripada Pengerusi Tetap Dato Badruddin Amiruddin. Kewujudan Kelab UMNO Luar Negara yang majoritinya dianggotai oleh penuntut-penuntut universiti luar negara membuktikan UMNO sentiasa mendapat sokongan daripada golongan muda profesional.

Video diatas antara sedutan beliau me'lagu'kan lagu Warisan untuk semua perwakilan. Suasana sebak mengharungi diketika detik-detik ini.

Beliau diantara bakal pemimpin muda yang berbakat hebat!

Thursday, 29 November 2012

PAU LIVE :KENYATAAN RINGKAS KETUA PENERANGAN UMNO TENTANG UCAPAN DASAR PRESIDEN

Di Sini pada Perhimpunan Agung UMNO terpenting ini, tibalah masanya untuk perwakilan dan seluruh saf kepimpinan UMNO, menyahut seruan Presiden agar bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk PRU-13 dan mematuhi disiplin organisani dengan matlamat yang jelas untuk kemenangan Barisan Nasional demi membela nasib semua rakyat dengan adil. 

Pru-13 bukan bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan Agama, Bangsa dan tanah Air. Pembangkang telah terbukti tidak berjaya menunaikan janji pilihanraya di 4 negeri di bawah pemerintahan mereka. 

Buku Jingga mereka pula adalah dokumen yang fatamorgana yang bakal membankrapkan negara tercinta ini. Oleh itu sekarang ini juga mari kita bersama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang. Sokonglah Barisan Nasional yang sentiasa menepati janji untuk manfaat rakyat. 

Hidup UMNO , Hidup Barisan, Hidup Malaysia .

Datuk Haji Ahmad Bin Maslan 
Ketua Penerangan UMNO Malaysia 

Tuesday, 20 November 2012

HOT NEWS : NIK AZIZ NYANYUK NAK SAMAN UTUSAN PULAK?? !!! TUDIAAA !! SEMALAM CAKAP HARI NI LUPA !!!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapanUtusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN), Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata:

"Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."





WOIIII NIK AZIZ !!! NI HANTU CAKAP KA ?? ATAU IBLIS DAN SYAITAN MU YANG CAKAP !!!! HUH !!!!

SAH DAH TERUK DAH !!! NYANYUK !!!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...