sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AGONG. Show all posts
Showing posts with label AGONG. Show all posts

Thursday, 8 December 2016

Surat Jemputan Dan Surat Pembatalan Jemputan Dari Majlis Raja2 Kepada Tun Mahathir


Kecoh di Media Sosial apabila surat jemputan dan surat pembatalan jemputan kepada Tun Mahathir dari Majlis Raja-raja untuk majlis istiadat melafaz dan menandatangani sumpah jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V yang di-pertuan Agong  tersebar dengan meluas. 

Ramai rakyat kecewa dengan tindakan pihak Majlis Raja-raja membatalkan jemputan sedangkan diawalnya jemputan sudah dibuat. 

Kemungkinan ada tangan-tangan hitam yang tidak mahu Tun Mahathir hadir di majlis itu. Institusi Diraja Negara telah tercemar dengan campur tangan politik kotor. 

Thursday, 11 June 2015

Agong Hadiri Majlis Santapan Malam Mesyuarat Majlis Raja-Raja



Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-238 di Istana Negara, malam ini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil Sultan.

Antara yang hadir ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, wakil Sultan Johor, Tunku Bendahara Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para menteri besar, ketua menteri dan isteri masing-masing juga menghadiri majlis santapan malam itu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini dipengerusikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

-- BERNAMA

Thursday, 26 June 2014

AGONG , PERMAISURI RASMI WISMA YAYSH @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur #KedahSerataRata


Pagi tadi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan merasmikan Wisma Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di Jalan Mahkota, Lebuh Raya Darulaman

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di wisma itu disambut Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.


Wisma YAYSH akan digunakan sebagai pusat kegiatan pelbagai aktiviti anak-anak yatim pada masa akan datang.

Tuesday, 25 June 2013

JANGAN PERSOAL KEDUDUKAN AGAMA ISLAM !!!!

Agong: Jangan persoal kedudukan agama Islam

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan agar kedudukan agama Islam tidak dipersoalkan dan diselewengkan untuk kepentingan mana-mana pihak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.

Baginda turut bertitah agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan.

"Kerajaan beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasiah Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut memuji usaha Malaysia untuk mengeratkan hubungan baik dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

"Beta berharap agar melalui konsep Gerakan Kesederhanaan Global, Malaysia terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan kerjasama Asean serta membantu mewujudkan keamanan, kesejahteraan global terutamanya di rantau ini dan di dunia.

"Beta juga menghargai komitmen kerajaan dan rakyat yang sentiasa memberi bantuan kemanusiaan serta sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali hak mereka sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat," titah baginda.

Baginda turut menyatakan penghargaan terhadap kesetiaan, dedikasi, keikhlasan dan sumbangan anggota perkhidmatan awam, Anggatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak ke arah pembangunan serta kemakmuran negara.

Titah baginda lagi, ketenteraman awam dan keselamatan negara tetap menjadi keutamaan kerajaan.

"Kerajaan juga perlu terus berusaha memperbetulkan jurang antara persepsi dan hakikat tahap keselamatan negara.

"Di peringkat antarabangsa pula, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi jenayah merentasi sempadan dengan meningkatkan kerjasama strategik dengan negara-negara lain," titah baginda.


-DAULAT TUANKU - 

Tuesday, 4 June 2013

GEMPAR !! WANITA DAJAL DI TAHAN !!!

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam kenyataan di sini berkata wanita itu ditahan untuk membantu siasatan.

SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia mengesan dan menahan wanita itu hasil siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai, kata kenyataan itu.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog mendedahkan identitinya," kata suruhanjaya itu.

SKMM itu turut meminta rakan-rakan wanita itu untuk tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

Suruhanjaya itu menegaskan ia memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi Diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis telah dibuat selepas komen-komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar dalam laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena Hari Keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...