sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SULTAN KEDAH. Show all posts
Showing posts with label SULTAN KEDAH. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

JANGAN PERSOAL KEDUDUKAN AGAMA ISLAM !!!!

Agong: Jangan persoal kedudukan agama Islam

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan agar kedudukan agama Islam tidak dipersoalkan dan diselewengkan untuk kepentingan mana-mana pihak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.

Baginda turut bertitah agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan.

"Kerajaan beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasiah Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut memuji usaha Malaysia untuk mengeratkan hubungan baik dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

"Beta berharap agar melalui konsep Gerakan Kesederhanaan Global, Malaysia terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan kerjasama Asean serta membantu mewujudkan keamanan, kesejahteraan global terutamanya di rantau ini dan di dunia.

"Beta juga menghargai komitmen kerajaan dan rakyat yang sentiasa memberi bantuan kemanusiaan serta sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali hak mereka sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat," titah baginda.

Baginda turut menyatakan penghargaan terhadap kesetiaan, dedikasi, keikhlasan dan sumbangan anggota perkhidmatan awam, Anggatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak ke arah pembangunan serta kemakmuran negara.

Titah baginda lagi, ketenteraman awam dan keselamatan negara tetap menjadi keutamaan kerajaan.

"Kerajaan juga perlu terus berusaha memperbetulkan jurang antara persepsi dan hakikat tahap keselamatan negara.

"Di peringkat antarabangsa pula, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi jenayah merentasi sempadan dengan meningkatkan kerjasama strategik dengan negara-negara lain," titah baginda.


-DAULAT TUANKU - 

Tuesday, 4 June 2013

GEMPAR !! WANITA DAJAL DI TAHAN !!!

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam kenyataan di sini berkata wanita itu ditahan untuk membantu siasatan.

SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia mengesan dan menahan wanita itu hasil siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai, kata kenyataan itu.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog mendedahkan identitinya," kata suruhanjaya itu.

SKMM itu turut meminta rakan-rakan wanita itu untuk tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

Suruhanjaya itu menegaskan ia memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi Diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis telah dibuat selepas komen-komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar dalam laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena Hari Keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...