sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

VIDEO : MALAYSIA MENGUTUK KERAS KEKEJAMAN ZIONIS TERHADAP PALESTIN @NajibRazak @MukhrizMahathir



Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin di Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, YAB Timbalan Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman rejim zionis menyerang Umat Islam Palestin.

"Malaysia mengambil satu pendirian yang cukup jelas daripada awal waktu zaman Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kita mengambil tindakan yang agak luar biasa memberikan sokongan bukan sahaja dari segi moral tapi material sampailah ke hari ini ".


Friday, 6 June 2014

HOT NEWS : SINGAPURA SUDAH HAMPIR PASTI KUASAI MALAYSIA MELALUI PENANG , KL DAN JOHOR ??

Terkejut apabila membaca teks ucapan Adun Kempas di Perenggan 15 - 22 yang telah saya merahkan . Adakah perkara ini benar2 belaku ??



Teks Ucapan 
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri TengkuAbdul Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor.
1hb Jun 2014/ 2 Sha'ban 1432H



Bismillahirahmanir Rahim.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.


Yang Berhormat Datuk Speaker,


1. Izinkan saya bagi pihak rakyat diKempas merakamkan ucapan terima kaseh kami kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan di bangunan Sultan Ibrahim tempoh hari.



2. Saya telah hayati dengan penuh keprihatinan titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku. Ternyata DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar amat peka dengan situasi negara khususnya di negeri Johor Darul Taqzim.


3. Anak Johor terus menjunjung duli bersetia kepada Baginda Sultan.


Datuk Speaker


4. Sejujurnya, saya mewakili rakyat Johor di bumi Kempas mengucapkan syabas kepada Dato’ Menteri Besar yang melafazkan ikrar dan janjinya untuk tidak mengizinkan pembinaan gedung perjudian berupa “casino” di mana-mana tempat di bumi Johor ini.


5. Sebagai rakyat negeri Johor, kami merasa lega dan amat bersyukur kerana memiliki seorang Menteri Besar yang kental jiwa raganya untuk tidak merelakan sebarang elemen kemungkaran berlaku di negeri ini.


6. Namun begitu, adalah menjadi harapan kita agar lafaz ikrar Datuk Menteri Besar diterjemahkan secara total, di mana selain tidak mengizinkan pusat perjudian ala casino dibangunkan, kita juga mahukan sebarang kegiatan perjudian seperti bercorak mesin judi yang masih terdapat di beberapa premis atau rumah kedai segera dihapuskan tanpa sebarang toleransi, samada oleh pengusaha kecil mahupun syarikat2 besar yang sudahpun bertapak di Johor sebagai yang mempunyai lesen dan sudah tentunya berkeyakinan akan mendapat kelulusan dari pejabat daerah untuk berfungsi dimasa akan datang.


7. Kebimbangan saya berputik apabila sejak akhir akhir ini, bumi Johor sudah dilihat sebagai destinasi tumpuan kalangan beberapa orang “Tauke Perjudian” berlesen yang berselindung disebalik melakukan pelaburan hartanah. Jika kita tidak bersiap siaga, ada kemungkinan mereka turut membangunkan perisian perjudian di tempat yang sudah pun berlesen menjual arak secara terbuka. 


8. Janganlah mentang mentang tempat tersebut di benarkan menjual arak secara terbuka, kita bagi pula permit membuka tempat "slot machine" dengan izin di tempat yang sama. Ingatlah jangan kita cuba mengalihkan dosa kita kepada kerajaan pusat semata2 kerana lesen itu dikeluarkan oleh mereka. Perlu kita ingat bahawa jika permit tidak di keluarkan oleh pejabat daerah, walaupun ada lesen dari kerajaan pusatpun, mereka tidak boleh beroperasi mengikut kepada undang undang. 


9. Sia-sia sahjalah jika kita berusaha untuk menukarkan hari percutian kita kepada hari Jumaat untuk mendaulatkan Agama Islam di negeri Johor ini, jikalau kita benarkan pula tauke perjudian memulakan empayar perniagaannya disini.


10. Bukanlah menjadi hasrat saya untuk menzahirkan rasa tidak yakin di atas kepekaan serta ketegasan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, namun ada kalanya kita harus saling tegur menegur dan ingat mengingati antara satu sama lain.


11. Saya ingin menyarankan dalam kita menjanjikan bumi Johor ini terhindar dari sebarang elemen perjudian yang mungkin cuba di bawa oleh pelabur dari luar atas nama pembangunan, seharusnya setiap kegiatan ekonomi hendaklah dikongsi sama rata sama rasa.


YB Datuk Speaker


12. Kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia selama ini terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama mengamit pelaburan.


13. Walaupun kita mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor dari negara mana sekali pun, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing tersebut. Soalan utama yang harus dijawab adalah samada pelaburan tersebut boleh memenafaatkan rakyat Johor seperti menyediakan peluang2 pekerjaan, menjana peluang perniagaan industri kecil, dan sederhana, di sektor perkhidmatan sokongan (support services) melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, pemindahan teknologi dan sebagainya.


14. Penjualan hartanah kepada pelabur asing tidak dilihat seperti mempunyai nilai tambahan secara langsung maupun tidak langsung kepada rakyat dibumi Johor. Sebaliknya ia hanya menguntungkan pihak yang membuat transaksi tersebut dan sekaligus menghijrahkan Rakyat yang kurang berkemampuan ke kawasan2 luar bandar dan terpencil kerana kos kehidupan dikawasan bandar sudah tentunya akan meningkat kelak. Ini belum lagi diambil kira budaya yang hendak di bawa oleh warga asing yang mungkin tidak serasi dengan Rakyat tempatan, jika mereka berhasrat untuk membanjiri kawasan dan bandaraya yang terlibat.


Datuk Speaker


15. Baru baru ini saya juga terbaca laporan berita di dalam dan luar negara mengenai ujudnya percaturan kuasa asing terhadap untung nasib bumi bertuah ini.


16. Laman sesawang luar negara tersebut menyiarkan berita seorang hartawan hebat dari negara jiran telah memeterai memorandum persefahaman @ MOU dengan pihak tempatan di Johor bagi mengujudkan sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar.


17. Khabarnya syarikat milik jutawan itu juga sedang “mengintai” peluang melebarkan jaringan perniagaannya bukan hanya untuk membekalkan tenaga pengawal keselamatan dengan kekuatan sejumlah enam ratus orang lengkap bersenjata, malahan ia bakal mengujudkan jaringan peralatan serba canggih termasuk sistem perisikan.


18. Pasukan kawalan keselamatan milik jutawan tersebut hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar, jika beliau berjaya memperolehi kontrak tersebut.


19. Dan jika tidak silap kefahaman saya, berita tersebut turut menyatakan syarikat milik jutawan negara jiran itu juga, di jangka memperolehi kontrak untuk membekalkan anggota dan sistem keselamatan dan jaringan peralatan di negeri Pulau Pinang dan ibunegara kita Kuala Lumpur atas nama perkongsian intelektual. Fikirkanlah, Wilayah Iskandar, Pulau Pinang dan Kualal Lumpur, Tiga wilayah yang strategic yang boleh menyenangkan kegiatan "international sabotage" jika perlu. 


20. Dan jika benarlah seperti yang diberitakan, ini bererti negeri Johor tidak lagi berperanan sebagai benteng utama negara. Malahan negeri Johor berkemungkinan menjadi jambatan terpenting bagi negara ini melebarkan jaringan wilayahnya secara langsung.


21. Dengan menerima pakai sistem keselamatan serta kehadiran gerombolan pengawal keselamatan milik syarikat tersebut di bumi ini nanti, dapatkah di jamin bahawa setiap rahsia kerajaan terpelihara dari sebarang kegiatan intipan? Mampukah pihak berwajib yang bertanggung jawab terhadap kedaulatan dan kerahsiaan negara menjamin kesiagaan kita?


22. Janganlah hendaknya percaturan politik serta salah urus tadbir meletakkan untung nasib masa depan kepimpinan, bangsa dan rakyat Johor berada di laluan sukar dan menghampiri suatu jurang kehancuran yang sebenarnya boleh kita elakkan sekarang sebelum ianya terjadi. Insh'Allah.


Datuk Speaker

Friday, 30 May 2014

ARTIKEL : CINA BINA TAMADUN , TAMAK-DUN ??


ARTIKEL saya yang lepas telah mengkritik wacana sebahagian Melayu tentang Cina sebagai penceroboh. Kali ini, saya mengajak orang Cina pula untuk memakai kaca mata ‘sebahagian Melayu ini’. Orang yang bijak tidak akan menolak kritikan musuh begitu sahaja kerana boleh jadi di sebalik pujian daripada seorang sahabat mengandungi racun berbisa.

Harmoni antara bangsa bermula apabila sesuatu bangsa bukan sekadar bertoleransi dengan diversiti tetapi apabila mereka terlibat dalam energetic engagement with diversity (definisi pluralisme oleh Harvard University). Walaupun budaya Barat secara umumnya menganggap Islam sebagai agama pengganas, tetapi ramai mahasiswa Barat mempelajari bahasa Arab sehingga melahirkan orientalis-orientalis yang sangat terkenal.

Mereka sama sekali tidak memberi alasan Islam is terrorism untuk tidak mempelajari bahasa Arab. Barat sedar budaya ilmu, walaupun ada yang non-commercial, adalah sifat asas tamadun.

Tetapi budaya positif Barat ini tidak menjadi mainstream Cina. Bila ditanya “Mengapa masih ramai Cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia,” pasti akan ada yang menyindir, “Bagaimana kami boleh menganggap bahasa Melayu itu bahasa Malaysia sedangkan kami sering dianggap sebagai pendatang, penceroboh?”

Sunday, 20 April 2014

HOT NEWS : OBAMA TIDAK AKAN JUMPA ANWAR IBRAHIM



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak merancang untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungannya ke Kuala Lumpur minggu hadapan.

Namun demikian pegawai rasmi Amerika Syarikat tidak menolak sekiranya ada pertemuan di peringkat rendah.

Obama akan mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat Malaysia apabila tiba di sini pada 26 April depan.

Ditanya sama ada Obama akan meluangkan masa terhadnya di Malaysia untuk pertemuan itu, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice berkata ia sebarang perancangan dibuat.

"Saya rasa presiden tidak merancang untuk pertemuan tersebut - namun mungkin ada pertemuan lain di peringkat yang lebih rendah," kata Rice.

Obama walau bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.

Saturday, 13 July 2013

PANAS !!! PERJANJIAN TPP HANYA MUSLIHAT AMERIKA - TUN M !!! @NajibRazak @Mustapa_Mohamed

Perjanjian TPP hanya muslihat Amerika, kata Tun M



SHAH ALAM - Malaysia diminta mengabaikan tarikh akhir di mana perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dimeterai bersama 12 negara Pasifik lain Oktober depan, hujah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara, malah bukanlah sebuah perkongsian yang sama rata.

"Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober itu patut diabaikan dan biar China menyertainya," katanya menerusi blog chedet.cc semalam.

Bekas pemimpin utama negara itu turut menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini.

Pada hematnya, perjanjian TPP hanyalah sebuah perjanjian yang merugikan negara.

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani perjanjian TPP, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," katanya lagi.

Semalam dalam Wacana Sinar Harian siri ke-22, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP akan mengambil kira tiga perkara utama iaitu perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana.

"TPP masih dalam proses rundingan dan belum pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan menandatanganinya jika TPP akan mengorbankan kepentingan negara," katanya.

Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama seperti peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang diperoleh.

"Kita negara perdagangan ketiga di belakang Hong Kong dan Singapura, kita sangat bergantung kepada perdagangan kerana kita ada (hasil bumi) tapi kita tak mampu buat semua," jelasnya.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan komitmen kepada rundingan yang bermula sejak lebih dua tahun lalu dan dijangka mencapai kata akhir persetujuan menjelang rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Asia Tenggara Oktober depan. sinar 

apj : jika muslihat jangan hancurkan negara 

Friday, 21 June 2013

SERU SELURUH NEGARA ADAKAN SOLAT HAJAT LINDUNGGI NEGARA SEBENTAR LAGI !!!! @NajibRazak @MukhrizMahathir

Solat hajat lindungi negara


Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut.

Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan.

"Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

"Saya berharap semua masjid dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi sekarang tidak dirampas oleh pihak yang kecewa dengan keputusan Pilihan Umum Ke-13 lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pembangkang dilaporkan tetap berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram itu walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan itu pada Sabtu ini.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu.

Tegas beliau, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada.

"Kalau pemerintah tidak baik sekalipun dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat," ujarnya.

APJ : Seru kearah kebaikkan bukan seru kearah kehancuran ... 

Tuesday, 18 June 2013

PEMIMPIN-PEMIMPIN HARUS CONTOHI SIKAP PALANIVEL !!!

Datuk Seri G. Palanivel

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menyatakan akan bertanding sebagai presiden parti itu buat kali terakhir pada penggal ini. Katanya beliau tiada masalah jika disenaraikan atau tidak dalam pemilihan presiden MIC pada 22 November depan selepas penamaan calon pada 1 November.

Jika terpilih kali ini adalah penggal terakakhir beliau sebagai presiden kerana beliau sudah berumur 64 tahun.

Apj puji sikap Palanivel kerana beliau menjadikan faktor umur untuk bersara dari politik tidak seperti sesetengah pemimpin lain yang kubur sudah kata maripun masih mahu kejar jawatan dan pangkat. 

Pemimpin lama harus memikirkan masa depan negara dengan memberi kesegaran pada pemimpin muda untuk memimpin negara dan mereka menjadi penasihat bagi memajukan negara. 

Saturday, 8 June 2013

TERKINI !!! DELA KRITIKAL PULAK !!!

Nelson Mandela kini kritikal

Nelson Mandela

JOHANNESBURG - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kini berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.

Mandela, 94 mula jatuh sakit dalam bebrapa hari lalu dan keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria.

Menurut jurucakap Presiden, Mac Maharaj, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

April lalu, beliau keluar dari hospital selepas ditahan di wad selama 10 hari akibat mengalami pneumonia.

Penyakitnya kini berulang kembali sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan.

“Mandela kini sedang menerima rawatan pakar dan segalanya dalam keadaan baik,” katanya kepada BBC.

Tuesday, 4 June 2013

GEMPAR !! WANITA DAJAL DI TAHAN !!!

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam kenyataan di sini berkata wanita itu ditahan untuk membantu siasatan.

SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia mengesan dan menahan wanita itu hasil siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai, kata kenyataan itu.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog mendedahkan identitinya," kata suruhanjaya itu.

SKMM itu turut meminta rakan-rakan wanita itu untuk tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

Suruhanjaya itu menegaskan ia memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi Diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis telah dibuat selepas komen-komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar dalam laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena Hari Keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

Saturday, 1 June 2013

DAULAT TUANKU l: YANG DI-PERTUAN AGONG MAHU RAKYAT AKUR KEPUTUSAN PRU13

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini malam ini.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. - Bernama

APJ : MENJUNJUNG KASIH TUANKU 

Friday, 31 May 2013

DAULAT TUANKU : YDP AGUNG DAN PERMAISURI DI MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPERNA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda di Masjid Negara, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad diadakan selepas solat Maghrib.

Kira-kira 2,500 umat Islam membanjiri perkarangan masjid yang terletak di tengah ibu kota itu sejak 6.30 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Orang kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan wakil kedutaan asing.

Tuanku Abdul Halim, 85, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, ditabalkan pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka Baginda pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970 ketika berusia 42 tahun. - Bernama 

DAULAT TUANKU 

Wednesday, 29 May 2013

TUDIAA !!! AKMAL RIZAL JADI PELAKON PULAK DAH !!!!

Bintang Bola Sepak Akmal Rizal Jadi Pelakon


PETALING JAYA: Bekas penyerang bola sepak kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli memperluaskan lagi kerjayanya apabila menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.

Akmal, 32, berkata, sebagai permulaan, dia bersetuju melakukan penampilan khas menerusi drama berjudul Klon untuk siaran RTM bagi membawa watak sebagai tenaga pengajar bola sepak.

"Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka.

"Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini dan sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti," katanya.

Tambah Akmal, walaupun hanya dua hari penggambaran, ia cukup bermakna untuk dia menimba pengalaman bekerja sebagai pelakon yang sememangnya berbeza berbanding beraksi di padang bola.

Bagaimanapun, Akmal masih belum bersedia untuk bergelar pelakon sepenuh masa memandangkan dia masih lagi mempunyai komitmen dalam sukan bola sepak.

"Memang rasa seronok apabila berlakon, kepuasannya sangat berbeza dan saya senang dengan kerja-kerja seperti ini walaupun banyak masa yang akan digunakan.

"Malah ia mencabar diri kita dalam melihat sejauh mana kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya.

Klon yang turut dibintangi pelakon Tasha Shilla, Rozita Che Wan, Reza Hasbi dan Azza Elite itu diarahkan oleh Mazri Mustafa dan masih menjalani penggambaran sehingga 26 Jun ini.

Akmal merupakan antara bekas pemain bola sepak negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa selain pernah beraksi di kelab bola sepak Perancis sebelum ini.

Selepas meninggalkan skuad kebangsaan, dia kini bersama pasukan Kedah untuk bersaing dalam Liga Malaysia. 


Sunday, 26 May 2013

HOT NEWS !! WAJIB BACA !! BUKTI CINA MALAYSIA LEBIH RASIS ??


World Value Survey baru-baru ini memaparkan hasil tinjauan mengenai sikap sosial penduduk di 80 buah negara berdasarkan penilaian yang dibuat selama lebih tiga dekad.Utusan Malaysia memetik tinjauan tersebut yang antara lain menunjukkan bahawa kaum Cina,terutamanya di Hong Kong merupakan kaum paling rasis di mana 71.8% dari mereka enggan tinggal bersebelahan dengan bangsa lain.

Dalam pada itu,Malaysia pula mencatatkan 20% – 39.9% penduduk dengan sikap yang sama iaitu kurang toleransi dalam perkauman.Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa kedudukan Malaysia ini diperolehi kerana 23% dari penduduk negara ini adalah kaum Cina.Hasil tinjauan World Value Survey sebenarnya menepati pemerhatian secara rambang dan rawak berkenaan sikap kaum Cina di mana-mana sahaja.Di Malaysia adalah yang paling jelas kerana jangankan berjiran dengan kaum lain,kaum Cina di sini juga berkeras dan berdegil untuk terus mengasingkan anak-anak mereka dari kaum lain melalui Sekolah Vernakular.Ini adalah bukti paling kukuh bahawa kaum Cina tidak punya toleransi,enggan berinteraksi serta menolak sebarang bentuk perpaduan dengan kaum lain.Bukti lain pula boleh dilihat dari aktiviti ekonomi negara ini yang mana dikuasai kaum Cina.


Bukan rahsia bahawa syarikat-syarikat swasta yang diterajui Cina menjadikan ‘kaum’sebagai faktor utama dalam mencari pekerja.Ini dilakukan dengan meletakkan bahasa ibunda mereka sebagai kelayakan penting untuk bekerja di tempat mereka dan di masa yang sama mengenepikan terus bahasa kebangsaan.Dengan cara ini,mereka akan dapat menghadkan pekerja kepada kaum mereka sahaja.Alasan kononnya bahasa Mandarin adalah penting di dalam dunia hari ini adalah alasan paling dangkal kerana terbukti Singapura yang menjadi kiblat orang Cina Malaysia juga langsung tidak mengiktiraf Mandarin.Malah negara itu meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan ekonomi Singapura tetap berkembang maju.

Singapura juga tidak ada sekolah Cina untuk tujuan ‘memelihara’ budaya Cina.Namun, itu tidak bermakna Cina Singapura tidak turut berkongsi sikap perkauman saudara mereka di seberang sini.Satu-satunya sebab kenapa Singapura tidak mendirikan sekolah Cina atau menjulang Mandarin sebagai bahasa utama ialah kerana di Singapura,kaum Cina sudah punya kuasa mutlak.


Ini menjelaskan sikap sebenar kaum Cina secara keseluruhan iaitu mereka bukannya begitu berminat untuk memelihara budaya atau bahasa mereka, tetapi yang menjadi tonggak hidup mereka hanyalah soal ‘kaum’ iaitu dari segi kedudukan atau kuasa kaum mereka.Alasan memelihara budaya hanyalah untuk menutup agenda dan sikap rasis mereka.Oleh itu,kita lihat di dalam perniagaan juga sama di mana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan kaum lain menyaingi mereka secara sihat.

Beberapa kali mereka dikesan mengsabotaj usahawan Melayu secara halus walaupun pada hakikatnya,kaum Melayu tidak pernah menyoal monopoli mereka selama ini.Malah,mereka juga akan menuduh kerajaan sebagai rasis jika sesuatu projek dianugerahkan kepada syarikat Melayu,walaupun terdapat lebih ramai dari kaum mereka yang telah mendapat peluang yang sama.Buruknya sikap kaum ini ialah mereka menjerit-jeritkan inginkan saingan sihat tetapi mereka juga akan pantas mengecam dan menghalang segala usaha ke arah mewujudkan saingan yang sihat itu.Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja rasis, tetapi hipokrit dan penindas.Secara ringkasnya,kaum Cina sebenarnya tidak akan berpuas hati selagi tidak berada di tempat teratas.


Apabila mereka berhijrah ke mana-mana negara,termasuk negara barat,perkara pertama yang mereka lakukan ialah mewujudkan ‘kawasan’ mereka sendiri yang dipanggil China Town.Kedai-kedai di China Town tidak akan memberi peluang pekerjaan kepada kaum lain kerana ingin benar-benar hidup dalam kelompok mereka sendiri,berasingan dari kaum asal dan kaum-kaum pendatang lain.Dari situ mereka membentuk ‘kuasa’ sendiri melalui kongsi-kongsi gelap serta bersikap samseng dan tidak menghormati ‘orang luar’walaupun hakikatnya merekalah ‘orang luar’ itu.Bagi mereka yang pernah bekerja atau berurusan dengan syarikat dari negara China,pasti tahu bahawa kaum Cina amat sukar melafazkan ‘maaf’ atau ‘terima kasih’ walaupun kepada pelanggan sendiri dan inilah sikap semulajadi Cina iaitu ‘keras’ tiada toleransi,tidak hormat dan tidak prihatin pada orang lain.

Sikap ini masih berakar umbi jauh ke dalam jiwa dan minda kaum Cina walaupun mereka telah lama meninggalkan tanah asal mereka.Cuma kadangkala sikap itu sukar dilihat kerana telah sedikit terpengaruh dengan budaya kaum lain.Namun,hari ini,sikap ‘keras’ kaum Cina ini kembali menyerlah di dalam generasi Cina Malaysia hari ini akibat pergaulan mereka yang terhad di SJKC.Kesimpulannya,kaum Cina adalah punca ketegangan kaum di Malaysia dan di mana-mana jua.Mereka mungkin kelihatan‘normal’ dalam kumpulan kecil,tetapi apabila mereka ramai,mereka akan menimbulkan ketidakselesaan dan keresahan dalam masyarakat akibat sikap mereka yang ‘keras’ dan sukar serta enggan bergaul dengan kaum lain.


RENUNG-RENUNGKAN 

DARI BLOG 

Wednesday, 15 May 2013

HOT NEWS : TIGER PDRM KETUA POLIS NEGARA YANG BARU !! TERBAIK


Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada 17 Mei ini.

Sementara timbalan KPN yang baru pula ialah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Khalid sebelum ini.

Sebelum bergelar timbalan KPN, Khalid berkhidmat sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Khalid, 56, juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor.

Beliau mengambil alih jawatan timbalan KPN bermula April 2011.

Sementara Mohd Bakri pula sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

sinar online

APJ : HARAPAN BESAR NEGARA 

Tuesday, 14 May 2013

PANAS !!! RAKYAT MALAYSIA DAH PEBETULKAN BENDERA YANG DITERBALIK OLEH KAUM BIADAP DAP !!! HIDUP MALAYSIA !!!


Pada kaum biaDAP yang terbalikkan bendera Malaysia , kami Rakyat Malaysia dah pebetulkan balik bendera Negara Kami . 

SAYA PILIH MALAYSIA 


Korang KAUM BIADAP ni tau ka lagu Negara Malaysia ?

Sunday, 12 May 2013

67 - WALAU KITA DIHINA #BNBagus #UMNO67




Walaupun melayu dihina
Walaupun melayu dicerca
Melayu tetap bangkit bersama 
Demi agama bangsa dan negara

Hidup Melayu
Hidup Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia

Tuesday, 7 May 2013

TERKINI !!! ANWAR TERKEDU AMERIKA IKTIRAF KEPUTUSAN PRU13 MALAYSIA #PRU13 #BNBagus


WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."

Saturday, 4 May 2013

VIDEO !!! CINTA PADAMU

RINDU PADAMU 

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

( 1 )
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...