sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AKTA HASUTAN. Show all posts
Showing posts with label AKTA HASUTAN. Show all posts

Friday, 28 November 2014

#PAU2014 : AKTA HASUTAN DAN JAMINAN NAJIB


Hari ini bergema dewan di PWTC apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Ramai yang tidak mahu Datuk Seri Najib mansuhkan akta ini kerana negara makin lemah dari segi undang-undang akibat pemansuhan akta ISA. 

Perdana Menteri turut menegaskan, akta itu akan ditambah baik dengan memasukkan dua peruntukan khas iaitu melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain tidak dibenarkan disentuh.

Dalam masa sama tambah Najib, akta itu juga akan diperkuatkan dengan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Semoga dengan jaminan ini kita semua dan seluruh rakyat Malaysia akan berasa lebih aman dan tenang tanpa provokasi melampau baik dari pelampau politik mahupun agama. 

Nak jaga manusia ni bukan senang , jika longgar undang-undang kita maka naik tocanglah manusia ni. Tahniah Datuk Seri Najib kerana sudi dengar suara akar umbi bukan suara puak Pakatan tu.

Monday, 30 June 2014

TUN M : JIKA AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN




Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.

Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini.

“Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

Monday, 15 July 2013

AKTA KERHARMONIAN NASIONAL MAMPUKAH MENGHALANG HASUTAN-HASUTAN BIADAP ? @Zahid_Hamidi @PDRMsia @NajibRazak

Apj amat berharap selepas Akta Hasutan dimansuhkan tahun lepas dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional boleh menjamin tiada lagi ada yang berani menghasut dan melakukan perkara yang boleh menjadi perbalahan antara kaum di Malaysia. 

Kita boleh lihat sekarang , bermacam-macam perkara yang terjadi , hasutan melampau seolah masing-masing tidak menghiraukan perpaduan antara kaum di negara kita. Mereka menganggap undang-undang dan akta yang ada diMalaysia ni boleh dicabar dan dipermainkan. 



Gambar kat atas ni adalah contoh kes-kes yang boleh dikenakan atas Akta Hasutan atau Akta Keharmonian Nasional . Banyak lagi sebenarnya yang boleh di tunjukkan , Apj teringat kes seorang wanita berbangsa cina dan rakan-rakannya yang menghina YDP Agung dahulu , bagaimana kes ini ? selepas dipanggil untuk siasatan , lenyap sahaja kes ini . Tidak lut kah akta atau undang-undang yang ada ? 


Kes terbaru yang membuatkan orang Islam di Malaysia terasa hati dan marah dengan Alvin dan Vivian yang menanyangkan gambar mereka sedang menjamu selera dengan sup babi dan menulis pada gambar perkataan ' Selamat Berbuka Puasa ' dan ada tanda log 'halal' dari JAKIM. 

Apj terdengar SKMM dan pihak berkuasa akan memanggil kedua manusia biadap ini , adakah selepas siasatan kes ini akan lenyap seperti yang kita lihat sebelum ini ? kita tunggu dan lihat akan siasatan kes ini nanti . 

Apj siarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri semalam tentang Akta Keharmonian Nasional :

Akta Keharmonian Nasional yang mungkin menggantikan Akta Hasutan 1948 akan menitikberatkan empat perkara utama sekali gus mengekang mana-mana pihak daripada terus mempertikaikan peruntukan undang-undang tersebut yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, empat perkara itu meliputi kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Akta Hasutan telah diputuskan untuk dipinda kepada satu akta yang mungkin dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang tidak akan berkompromi terhadap empat perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan tahlil serta solat Maghrib di Masjid Al-Khairiah di pekan Selekoh.

Pada 11 Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang antara lain bertujuan mencari mekanisme keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara serta menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

 Apj tidak mahu pulak selepas Akta Keharmonian Nasional ditubuhkan, perkara sama tetap berulang , dan semestinya akta ini dapat membendung kes-kes berunsur hasutan ini. Jangan membiarkan akta ini hanya menjadi barangan perhiasan ataupun seperti kayu reput yang tak ada nilai. 

Bukan menafikan tindakkan pihak berkuasa tetapi apa yang jadi dahulu bukan makin kurang kes-kes hasutan ini tapi bertambah banyak pulak kes baru yang timbul . Kerana apa ? kerana 'siasat dan diam ' itulah puncanya . Seolah akta yang ada ni hanya ada nama tapi tiada fungsi . 

Apa yang Apj nampak sebenarnya , kes-kes ini melibatkan satu kaum sahaja yang menang besar di bawah payung parti biaDAP tu , dan kes-kes seperti ini keluarga 'peguam' merekalah yang menjadi 'peguam bela' kepada manusia kurang ajar tu . 

Mereka jugalah yang bersemangat dan berkeras mahu Akta Hasutan dimansuhkan dan disokong oleh 2 lagi parti suruhannya. Kita tewas apabila menurut sahaja kehendak puak-puak ni dan sekarang , nah !! inilah yang terjadi . 


Friday, 12 July 2013

TERKUBURNYA AKTA HASUTAN !!! MENANGNYA DESAKKAN PR TERHADAP KERAJAAN !!!

Apj sedih sangat akta hasutan dimansuhkan , satu persatu kita turut apa jua pemintaan dan desakkan puak pembangkang , lihat sahaja lepas akta ISA dimansuhkan , macam-macam terjadi kat negara kita , ada yang makin kurang ajar , ada yang tak sikitpun takut melakukan kesalahan kerana bagi mereka undang-undang tidak membawa erti apa-apa pada mereka. 

Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Julai tahun lalu, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, kebelakangan ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948
dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak. - Bernama

Wednesday, 29 May 2013

PANAS !!! LA KENA TAHAN LAGI !!! HAMEK KAW KAW !! HASUT LAGI !!!




Tamrin dan Haris

SHAH ALAM - Aktivis Pas Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali dua individu terbabit.

"Safwan Anang turut ditahan," tulis beliau.

Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," Tamrin dipetik sebagai berkata.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Dalam perkembangan terkini, Tian juga kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi

SINAR 

Thursday, 23 May 2013

PANAS TERKINI !! TIAN CHUA DAN HARIS DITAHAN !! HAMIK KAW !!!

GAMBAR LAMA 

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini.

Kartunis Zunar turut menulis dalam dalam laman mikro Twitter miliknya mengesahkan penahanan mereka berdua.

Dipercayai penahanan ini berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," tulis Tian menerusi Twitter beliau setengah jam yang lalu.

Beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara Haris yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) dikatakan ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...