sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 12 July 2013

TERKUBURNYA AKTA HASUTAN !!! MENANGNYA DESAKKAN PR TERHADAP KERAJAAN !!!

Apj sedih sangat akta hasutan dimansuhkan , satu persatu kita turut apa jua pemintaan dan desakkan puak pembangkang , lihat sahaja lepas akta ISA dimansuhkan , macam-macam terjadi kat negara kita , ada yang makin kurang ajar , ada yang tak sikitpun takut melakukan kesalahan kerana bagi mereka undang-undang tidak membawa erti apa-apa pada mereka. 

Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Julai tahun lalu, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, kebelakangan ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948
dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak. - Bernama

10 comments:

Anonymous said...

DSN dah banyak kali tertipu dgn pembangkang........TUN juga terbaik.......Punah.......

amat said...

Lama-lama hancur negara DSN ikut apa pembangkang nak , kena ingat agenda sulit DAP ... DSN kena keras !!!

Anonymous said...

Sepatut nya sebelum apa apa akta di hapuskan perlu lah di gantikan dengan akta yg lebih baik berbaning akta yg ada sebab masalah nya jika di hapuskan akta yg ada maka akta yg ada di gubal baru belum tentu dapat kelulusan parlimen. Perlu kah PM gantikan penasihat undang2 beliau.

Anonymous said...

sangat perlu , PM ok tapi dia tak ok bila terlalu dengar cakap orang bawahannya ... yang hancur kita ... dorang nak tengok kuasa politik melayu hancur , sebab tu mereka tekan kerajaan agar hapuskan akta yang diangkap bahaya kepada mereka dan mereka hasut rakyat untuk benci kerajaan .

Hamidjoejoharidaud said...

Nampak gayanya walaupun pembangkang tak jadi kerajaan tapi mereka dah menang..

Anak Melayu said...

BGITULH NAMPAKNYA

Anonymous said...

DSNAJIB TERINGIN NAK JADI KETUA PEMBANGKANG AGAKNYE TU PASAL LAH YG TERLALT MENGIKUT KATA2 PEMBANGANG!

Anonymous said...

Perlu ganti penasihat or Tuan kepada penasihat??? Kalau Tuan kpd penasihat bijak xkan jadi perkara ini..

Anonymous said...

BN menang, tp PR memerintah.. Hihi apalah nasibku ini labu oii.. Tuan Presiden ku menggajikan punaisihat..inilah natijahnya.. Macam pernah dengar ayat ni ' ramai org bodoh di dalam umno skrg ini' tapi di mana ya??? Tanyalah pada Tun M..

Anonymous said...

Dalam soal ini yang patut dihapus kan atau dilupusguna ialah DS Najib sendiri..... Ramai dah geng umno yang mula membenci dan menentang bapa vernakular ini termasuk aku. Lancarkan kempen segera..!!,!,!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive