sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ALOR SETAR. Show all posts
Showing posts with label ALOR SETAR. Show all posts

Monday, 17 June 2013

PANAS !!! GENG PAS KEDAH BERTUMBUK SAMA SENDIRI ?? APA DAH JADI NI !!! JANGAN DUK GADUH MALU KAT RAKYAT BANG NON !!!!

APA DAH JADI NI?? BERGADUH SAMA SENDIRI !!!! 










KAT BAWAH NI SETPOL X MB KEDAH PUNYA KATA 







TIBA-TIBA 



APJ : Aku tak mau komen apa-apa , biar apa yang depa tulis tu menjadi bukti betapa mereka bukan memperbaiki kelemahan akibat kekalahan tapi makin menghancurkan sama sendiri. 

Thursday, 30 May 2013

TUDIAAA !!! PEKAN RABU BAKAL BERUBAH DAH !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


ALOR SETAR - Berkunjung ke bandaraya ini tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Pekan Rabu.

Pekan Rabu Alor Setar, yang menjadi tumpuan masyarakat peniaga dan pembeli sejak 1900, kini menjadi antara lokasi ikonik bagi Kedah.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung ke Pekan Rabu adalah makanan dan kuih tradisional, pakaian tradisional, perkhidmatan tukang jahit, songkok, kraftangan masyarakat setempat, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Menyedari akan betapa penting Pekan Rabu kepada Alor Setar, negeri ini dan pelancong, Kerajaan Persekutuan akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan pembinaan bangunan baru iaitu sebuah kompleks perniagaan yang moden seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara hari ini.

Pekan Rabu, yang menjadi lambang model perniagaan Melayu, akan diberi nafas baru melalui pembinaan semula yang mampu menambahkan lagi peluang perniagaan kepada peniaga seterusnya menjadi tumpuan para pengunjung.

Sejarah Pekan Rabu

Pekan Rabu diasaskan oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali yang pada asalnya beroperasi pada Hari Rabu sahaja.

Bagaimanapun, pada 1932, Pekan Rabu dipindahkan ke tapak sekarang dan menjalankan operasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Bangunan sedia ada dibina pada 1975 dengan kos RM3.2 juta dan telah melalui proses ubah suai pertamanya pada 1995 dengan kos RM6.5 juta apabila dinaiktaraf menjadi kompleks pasar moden.

Antara individu yang pernah berniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Beliau berniaga pisang goreng di Pekan Rabu pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pada 28 Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta, yang melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu.

Kompleks Perniagaan Moden

Setiausaha Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamad Anuar A. Rahim berkata kompleks perniagaan baharu yang akan dibina itu mampu memuatkan 360 premis perniagaan berbanding 347 premis yang sedia ada sekarang.

"Pembinaan ini akan mewujudkan ruang yang lebih banyak kepada peniaga sedia ada dan terbuka kepada peniaga lain dengan syarat Melayu dan adalah anggota koperasi.

"Itu tujuan dan matlamat utama kita bagi meningkatkan taraf ekonomi peniaga selain memastikan peniaga dapat merasai suasana kompleks yang lebih baharu, pencahayaan yang lebih baik malah selesa tanpa masalah kekerapan paip bocor dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Pembinaan semula kompleks itu juga bagi menyelesaikan masalah utama iaitu tempat parkir kereta atau bas agak terhad, yang menyukarkan orang ramai mengunjunginya.

"Kompleks itu akan mempunyai susun atur serta reka bentuk yang memerlukan transformasi agar nampak lebih segar dan moden malah aktiviti perniagaan juga akan diaktifkan seiring dengan 'traffic flow' pengunjung," katanya.

Apabila siap kelak bangunan baharu Pekan Rabu, yang akan mengekalkan keunikkan namanya, akan mempunyai tiga tingkat premis perniagaan manakala tiga tingkat di atas untuk parkir.

Dalam tempoh pembinaan bangunan baru itu, persatuan akan memastikan peniaga-peniaga ditempatkan di lokasi sementara di Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Kedah di Jalan Limbong Kapal, dekat sini bagi meneruskan perniagaan mereka tanpa sebarang masalah.

Mohamad berkata pembinaan kompleks perniagaan itu akan mula dijalankan selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal 2014.

Harapan Harapan Peniaga

Sementara itu, rata-rata peniaga ketika ditemui Bernama merasakan sudah tiba masanya kompleks perniagaan itu menerima satu perubahan yang mampu membawa pulangan modal yang baik kepada mereka.

Bagi Fazli Serat, 50, pemilik kedai Baju Melayu berkata perniagaannya di kompleks perniagaan itu merupakan tradisi keluarganya sejak 1970-an dan menjadi harapan tradisi itu dapat diteruskan selepas ini.

"Saya cuma harapkan yang terbaik sahaja, mungkin ada sedikit masalah apabila melibatkan pemindahan sementara nanti namun siapa tak nak lihat bangunan yang baru, cantik dan tambah selesa pula, tak sabar rasanya," katanya yang memiliki tiga premis perniagaan bersambung di sini.

Hashimah Nyak Bakar, 52, berkata apabila kompleks itu siap untuk beroperasi nanti, beliau mengharapkan perniagaan kosmetik yang dijalankan sejak 10 tahun akan bertambah maju.

"Ada rasa takut juga tapi saya terima saja sebab akan dapat bangunan baru, mungkin lebih ramai pengunjung akan datang sini.

"Saya juga yakin dengan pembinaan semula Pekan Rabu ini, sebab setiap tiga kali sebulan, pihak koperasi akan datang menjelaskan perkembangannya," katanya.

Jika sebelum ini, kebimbangan ramai terhadap usaha pembangunan semula Pekan Rabu adalah berkenaan penyelesaian sesuatu perkara antara agensi kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertindak sebagai agensi pelaksana dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan kerajaan negeri Kedah, yang ketika itu dipegang oleh pakatan pembangkang.

Dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri Kedah kembali kepada BN, isu pentadbiran untuk kerja-kerja menaiktaraf itu sepatutnya tidak menjadi halangan untuk warga bandaraya ini melihat sebuah kompleks perniagaan orang Melayu yang moden. - Bernama

Sunday, 20 January 2013

GEMPAR !!!! PEMIMPIN PEMUDA BERSAMA RAKYAT KEDAH #TUKARKEDAH @khairykj @tunfaisal













Jumaat lalu dalam Program sehari di Kedah , Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaluddin telah melawat beberapa tempat di negeri Kedah antaranya Alor Setar dan Sik . YB Khairy sampai di Kedah lebih kurang jam 8.30am dan terus ke Ibu Pejabat Umno di Alor Setar dan mengadakan mesyuarat bersama Pemuda-pemuda Umno Bahagian seluruh Kedah , hadir bersama juga Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Kedah.

Selesai mesyuarat Yb Khairy terus bertemu rakyat di Mergong Alor Setar. Selesai majlis Yb bersama rombongan terus ke Sik Kedah dan solat jumaat di Kampung Gajah Putih di Sik sebelum terus ke Kampung Padang Pulut Sik.

Hampir 1500 rakyat terutama Pemuda Umno Sik telah menyaksikan YB Khairy merasmikan gelanggang futsal di kampung berkenaan .

Terima Kasih YB Khairy .

Friday, 4 January 2013

PANAS !!! AKHIRNYA AIR MATA MADRASAH SALIHIAH TERHENTI !!


Masih ingat dengan peristiwa Madrasah Salihiah? Madrasah yang berumur 103 tahun, terletak diatas tanah wakaf. Madrasah ini juga yang mahu dirampas oleh Pas untuk dibangunkan tanah wakafnya menjadi Shopping Mall.

Punca begini, waris tanah wakaf tersebut, memberi amanah kepada MAIK untuk uruskan Madrasah terbabit, namun MAIK salahguna amanah dengan menjual tanah wakaf tersebut kepada taukeh cina dari Penang untuk projek Shopping Mall.

Semuanya atas nasihat dan saranan dari Pas Kedah. Patutkah sebuah jabatan agama, menjual tanah wakaf yang diwakafkan untuk dijadikan madrasah dan surau? Kalau dijual untuk dibangunkan menjadi tempat yang elok-elok takpa juga. Tapi, tapak wakaf madrasah dan surau, hendak dijadikan shopping mall, yang dah tentunya akan ada banyak maksiat.

Bersungguh-sungguh Pas Kedah dan MAIK mahu merampas tanah wakaf. Dengan harapan, mereka boleh robohkan Madrasah dan surau terbabit untuk jadikan shopping mall. Lawak betul, sebuah parti Islam dan jabatan agama Islam, mahu rampas tanah wakaf untuk dijadikan shopping mall? ha ha ha.. dunia sudah terbalik!

Disebabkan kejadian pelik itulah, waris tanah wakaf dan rakyat Kedah yang prihatin bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah. Malah mereka bertekad untuk mempertahankan Madrasah sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Pelbagai onak dan duri yang mereka hadapi untuk mempertahankan madrasah salihiah. Pelbagai orang politik, NGO dan segala agensi mereka merayu untuk bantu bersama namun segala usaha gagal.

Laporan polis, laporan SPRM, malah memfailkan kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan madrasah terbabit. Di mahkamah pun pihak madrasah menghadapi pelbagai rintangan.

Akhirnya mereka hanya berharap pada jalan terakhir, iaitu mengadap menyembah duli yang maha mulia Sultan Kedah, yang kini menjadi YDP Agong.

Setelah mereka adukan permasalahan mereka pada Yang Dipertuan Agong, akhirnya YDP Agong dengan bijaksananya menyelesaikan perkara yang genting ini dengan mudah.

Setelah berbincang panjang lebar diantara pihak Istana dan pihak madrasah. Pihak madrasah setuju untuk memberikan tanah wakaf terbabit pada kerajaan negeri untuk dimajukan.

Kerana, Kerajaan Negeri perlu ganti tanah wakaf terbabit dengan saiz yang sama dan tidak jauh dari tapak asal wakaf. Maksudnya dalam qariah yang sama. Kemudian, MAIK terpaksa memulangkan wang rm1.43juta kepada pewaris madrasah. Kerana tanah wakaf itu asalnya milik pewaris madrasah. Jadi duit itu hak pewaris.

Akhirnya segala permasalahan selesai begitu saja. Semua ini atas kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Kalau harap kerajaan negeri Kedah, sampai kiamat pun tak selesai hal ini.

Apa yang kerajaan negeri Kedah tahu, rampas tanah, buat serupa hak mak bapak depa punya, tanpa sebarang ganti rugi atau ganti tapak. Selamatlah Sultan Kedah dengan adil menyelesaikan permasalahan ini.

Harap lepas ni tidak ada lagi sengketa yang berlaku kat madrasah tu. Cuma sedikit terkilan dengan kerajaan Pas Kedah, kenapa nak tunggu Sultan Kedah selesaikan? Pas Kedah taktahu hukum hakam ke?

Atau Pas Kedah lebih nampak hukum DUIT dan harta DUNIA dari hukum akhirat. Jadi mereka pun sanggup gadaikan tanah wakaf untuk meraih sumber kewangan.

Teruk betui la Kerajaan Pas Kedah ni. Mengaku Islam tapi kerja tak macam orang Islam pun.

Alhamdullilah.. selesai sudah masalah Madrasah Salihiah. Apakah KUIN juga perlu mengadap bantuan dari YDP Agong untuk selesaikannya?

Kalau semua YDP Agong nak selesaikan, Pas Kedah jadi kerajaan buat apa?

lagi : kedahkekl

Monday, 26 November 2012

EKSKLUSIF : RAHSIA AZIZAN TERBONGKAR KES KUIN !!! JAMIL JAHANAMKAN KUIN !!! #TUKARKEDAH



Majlis Perpisahan Tn Hj. Shaya'a sebagai CEO Insaniah Holdings dan kini dia nak beli pulak KUIN sekali dengan Azizan Razak dan Jamil..???!!


 Sebelum ni memang ada dakwaan bahawa KUIN akan dijual kepada sebuah syarikat di Turki.


Tapi, pernahkah kita tengok bukti dakwaan tersebut? Emelnya adalah seperti di bawah..


Dalam emel itu, jelas ada komplot yang mahu memperdagangkan KUIN yang menjadi aset kebanggaan Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah sebelum ini.

Melalui emel ni jugak kita dapat tengok seorang yang bernama Shaya'a Othman telah menyatakan dia ada memasukkan sebanyak RM200,000 sebagai sumbangan pendahuluan dari Caprice Group yang berpengkalan di Turki.

Siapakah Shaya'a Othman? Dia adalah bekas CEO Insaniah Holdings yang kini bekerja di Caprice Group di Istanbul, Turki.

Di dalam emel itu apakah niat Caprice Group melalui Shaya'a "menderma" sebanyak RM1 juta untuk membina sebuah masjid baru untuk Insaniah? Baik hati sangat sampai "menderma" sebanyak RM1 juta?

Mula-mula dia serahkan RM200,000 dan akan masukkan lagi duit dalam akaun Insaniah sebanyak RM100,000 sampai cukup RM1 juta, itu katanya. Apa tujuan "derma" tu? "Derma" atau "RASUAH" sebenarnya?

Jawapannya terjawab di akhir perenggan emel tersebut yang menyatakan bahawa...

"Saya faham KUIN sedang menghadapi masalah kewangan dan jika Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk menjual KUIN maka syarikatnya boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih pegangan saham universiti itu sebanyak 90% dan menawarkan agar semua pihak pengurusan universiti itu dikekalkan di dalam kumpulan syarikat itu.

"Kami juga akan membuka cawangan (KUIN) di Turki serta merta"

Dari itu, kita faham bahawa Shaya'a cuba "memancing" untuk membeli KUIN dari Kerajaan Negeri Kedah dan mengambil alih sebanyak 90%. Jadi, aku boleh menyifatkan derma berjumlah RM1 juta itu adalah bertujuang untuk "merasuah" pengurusan tertinggi KUIN untuk menjual KUIN padanya.

Siapa pengurusan tertinggi KUIN kalau bukan Azizan Razak, Jamil dan konco-konconya?

Penat-penat Kerajaan BN bina dan tubuhkan KUIN, tapi dalam masa 4 tahun PAS memerintah saja KUIN sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing sehingga datang syarikat luar yang "simpati" dan mahu membeli universiti berpotensi tinggi tu..!!!

Memang teruk betul PAS Kedah! Apa yang bernilai di dalam Kedah ni semua depa nak jual! Balak depa sapu bersih sampai tinggal tunggul pun depa tak tinggal. KUIN pun depa nak jual jugak..???

Sebenarnya, aku dapat tahu Azizan pernah terfikir untuk menjual KUIN. Katanya, kalau terdesak sangat, payah-payah dia jual saja KUIN tu...itulah yang terbit dari mulut Azizan Razak, MB Kedah yang "paling banyak tau" tu...

Kalau macam ni la punya gaya, kalau rakyat Kedah bagi lagi PAS memerintah Kedah, dengan negeri ni pun depa jual nanti. Tu pun hangpa sokong lagiiiii...???

EKSKLUSIF : NAMA-NAMA INSAN MALANG HASIL KEKEJAMAN PAS KEDAH #TUKARKEDAH



kesian kat adik-adik ni, dah la bayaq berpuluh ribu , tapi Ijazah tak laku ... Azizan kata saya tak tau !!!


Selepas menceritakan bagaimana para pelajar ijazah sarjana muda Tahfiz Al-Quran dianiaya oleh Rektor KUIN, Azizan, Taulan dan Exco-Exco Kedah, aku dedahkan pula mereka-mereka yang dizalimi ini...

Gambar di atas merupakan para pelajar malang berkenaan dan di bawah aku sertakan nama serta no matrik kad depa...

1) Anwar Ridhwan Ahmad Syukri - 880408-26-5423 - M091080019


2) Mohd Abd Hyafiz Abd Hamid - 870328-01-5679 - M092006619


3) Mohd Shuhaimi Abd Mokhtar - 861018-02-5113 - M092030019


4) Mohd Zabidi Saaidin - 851225-08-5419 - M092028519


5) Mohd Hafizuddin Ayob - 881125-02-5563 - M092028819


6) Mohd Naim Osman - 880610-14-5337 - M092029619


7) Wan Mohd Ali Imran Othman - 8590107-08-5157 - M09202951

Aku publish identiti depa adalah supaya seluruh puak-puak PAS Kedah kenal dan boleh membantu depa dalam masa terdekat. Ingatlah depa ni teraniya dan tertipu dengan mainan Rektor KUIN dan Azizan yang sering mempertahankan Rektor tu...

Perkara ni dah dibawa ke atas, namun Azizan, Taulan, Amiruddin, Phahrolrazi, Hamdan, mahupun Manikumar sekalipun gagal membantu budak-budak ni.

Adik-adik kita ni ada yang terpaksa kerja kat kedai serbaneka 24 jam, ada yang kena balik kampung motong getah, ada yang kena kerja kat kedai makan dan ada pulak yang kena jadi driver taxi kat Kuala Lumpur... kesian la kat depa... depa ada ijazah, tapi PAS Kedah tipu depa...

Kalau pemimpin PAS Kedah pun tak boleh tolong, apatah lagi Sanusi Md Nor atau Zul Yahya..lagi la depa tak leh tolong! Depa tolong buncitkan perut depa dan perut bini-bini depa boleh laaa...


Aku mohon kepada sesiapa saja, sama ada PAS atau UMNO, tolonglah adik-adik kita ni. Depa ni beragama Islam, berbangsa Melayu dan mengaji Kitabullahil Karim. Besar pahala kalau tolong adik-adik kita ni...InsyaAllah...

Blog : TMK DUKE

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...