sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BOM. Show all posts
Showing posts with label BOM. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Panas !!! Indonesia BOM Kapal Nelayan Malaysia, Malaysia Tak Mahu BOM SAMA ???



Aku tertarik sangat bila membawa berita mengenai pihak berkuasa Indonesia telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik rakyat Malaysia yang dikatakan memasuki perairan mereka. 

BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,”

Sebagai rakyat Malaysia , aku tertarik untuk mengulas mengenai perkara ini, Bagi aku Pihak berkuasa juga patut BOM semua kapal HARAM dari Indonesia yang masuk ke sini tak kira nelayan ataupun mereka yang mahu CARI MAKAN secara HARAM di bumi Malaysia ini. 

Indonesia dah kuatkuasa undang-undang ini, mengaa kita tak boleh lakukan perkara yang sama ??? hari-hari beraa banyak KAPAL HARAM dari Indonesia bawa PATI untuk CARI MAKAN di Malaysia ??? 

ADAKAH KITA SANGGUP??? Teuk DADA LU Fikirlah Sendiri 

Tuesday, 13 August 2013

GEMPAR !!! LAGI KES BOM !!! MANGSA CEDERA !! @NajibRazak



GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya diekori MPV Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar di sini.

Sunday, 28 April 2013

HOT NEWS : PERMAINAN KOTOR PEMBANGKANG DALAM PRU13 #TolakPR #GE13 #BNBagus #PRU13


Kejadian letupan bom di Nibong Tebal & Sekinchan bukti permainan kotor pembangkang

Pembangkang sudah mula sedar mereka tidak mungkin mampu untuk memenangi pilihan raya kali ini. Oleh sebab itu mereka kini sedang rancak merancang untuk menimbulkan suasana tegang sebaiknya sahaja mereka diumumkan tewas.

Dengan hari mengundi yang akan berlangsung tidak lama lagi, pembangkang kini giat mencipta momentum untuk mencetuskan huru-hara. Bukan sahaja mereka secara konsisten sekarang ini menyerang SPR yang didakwa mereka tidak bersih, malah mereka sudah bertindak lebih agresif lagi.

Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong pembangkang mula bertindak ganas di luar batasan demokrasi.

Tindakan mereka yang sudah mula menggunakan keganasan menunjukkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding. Mereka menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

Pembangkang telah menaja kumpulan pengganas politik di negara ini dengan membuat provokasi dan menimbulkan huru-hara. Provokasi ini dijangka akan terus berlarutan sehingga pilihan raya dan SPR akan dijadikan kambing hitam untuk meyakinkan rakyat mereka telah ditipu.

Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka. Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN & UMNO.

Sikap taksub & buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke putrajaya.

Friday, 26 April 2013

BICARA PRU13 : GANAS DAN PR UMPAMA KUKU DAN ISI !! #PRU13 #GE13 #TukarKedah



Belum pun seminggu kempen PRU-13 berlangsung, sudah berlaku beberapa siri provokasi yang menjurus kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak tertentu, mungkin bermaksud untuk menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam.

Di Nibong Tebal, Pulau Pinang umpamanya satu majlis anjuran BN yang dihadiri 3,000 orang terganggu seketika apabila berlaku satu letupan yang mengakibatkan seorang petugas BN tercedera dan suasana menjadi kelam-kabut.

Manakala di Bakri, Johor pula dua orang penyokong DAP bertindak memecahkan cermin van milik parti itu, mungkin bertujuan untuk suasana kebencian terhadap BN. Bagaimana pun tindakan segera para petugas BN melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa membolehkan penjenayah itu ditangkap.

Seandainya kedua-dua pelaku berusia 18 dan 19 tahun itu gagal ditahan, nescaya keesokan harinya bertebaran cerita provokasi menyalahkan BN atas kejadian tersebut.

Sementara itu di Gua Musang, Kelantan pula seorang petugas sambilan RTM meninggal dunia, beberapa jam sebelum itu mangsa telah dipukul oleh seorang penyokong PAS. Di Kuantan, Pahang pula sebuah Bilik Gerakan BN telah di bakar manakala sebuah lagi Bilik gerakan BN di Sekinchan, Selangor dibaling dengan bom petrol.

Beberapa kejadian di atas memberi satu gambaran betapa tindak-tanduk ganas dan di luar norma kehidupan itu sedang diguna pakai oleh pihak tertentu dalam pakatan pembangkang, seperti sengaja untuk mencetuskan ketegangan menjelang PRU-13.

Seandainya keadaan ini gagal dikawal tak mustahil ia akan menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat yang akhirnya memberi kesan langsung yang boleh menjejaskan perjalanan kempen PRU-13.

Jika ia berterusan dan perasaan takut serta bimbang semakin menguasai rakyat, berkemungkinan peratusan keluar mengundi akan menurun dan senario begini akan memberi kelebihan besar kepada PR, sementara BN pula akan merasa bahang kekalahan.

Itu yang dikehendaki oleh segelintir perancang politik dalam PR, yang mana modus operandinya sama seperti mereka menjemput pengganas Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah bertujuan untuk menggugat keyakinan khalayak terhadap kerajaan seterusnya meraih laba keuntungan dari ketakutan yang menguasai hati rakyat.

Tindak-tanduk ganas dan mencetuskan huru-hara sebegini sememangnya sudah sinonim dengan PR, apatah lagi ia tidak sukar dilakukan apabila mendapat dukungan kuat daripada para penyokong tegar yang rata-ratanya agak emosional dan mudah terangsang dengan kata-kata hasutan pemimpinnya.

Lihat sajalah apa yang berlaku ketika demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 di mana kereta peronda polis telah di serang dan diterbalikkan mengakibatkan seorang anggota polis mengalami kecederaan. Dalam demonstrasi yang sama juga, para penyokong PR sengaja merempuh halangan polis tanpa menghiraukan arahan Mahkamah.

Selang beberapa bulan kemudiannya, mereka melakukan pula aksi tunjuk punggung di Dataran Merdeka semasa sambutan Ambang Malam Merdeka sementara kelompok yang lain pula mengibarkan bendera rekaan sang saka rakyat bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Ini semua jelas menunjukkan betapa kroniknya penyokong PR yang seakan telah sinonim dengan tindak-tanduk ganas dan sudah agak sebati dengan tingkah laku di luar norma kehidupan.

Golongan luar tabii sebegini sesungguhnya tidak layak dibiarkan untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Namun di masa yang sama, percayalah pasukan keselamatan tidak akan sesekali berpeluk tubuh membiarkan keamanan yang sudah berdekad lamanya di kecapi ini hancur begitu sahaja.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia menyedari perkara ini dan memberi dukungan sepenuh jiwa raga kepada Kerajaan BN sambil mengambil langkah susulan dengan menjauhi diri dari PR demi kebaikan bersama.

Letupan Bom: Langkah Awal PR Cetus ‘Malaysia Spring’ #PRU13 #GE13



Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal dua hari lepas seharusnya membuka mata semua, bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan ‘Malaysia Spring’ iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar.   Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah, kini wajar memikirkan semula perkara ini.

Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat ‘Arab Spring’, malah seruan ke arah ‘Dataran Tahrir’ juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri.  Antara yang terakam ialah:

1.      Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut,  “’Malaysian Spring’ sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil”.  Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring.

2.      Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata, “Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi, hak untuk membangkang dan hak kebebasan.  Dalam hal ini, ‘Arab Spring’, khasnya, adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam.  Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi.”

3.      Pada 15 April 2013, dalam satu wawancara dengan US Business Channel, CNBC, Anwar sekali lagi menyebut mengenai ‘Arab Spring’ namun dalam nada yang agak ‘ringan’, katanya, “Apa yang kita perlukan ialah pentadbiran yang baik bagi mengukuhkan institusi demokrasi.  Peralihan dalam demokrasi adalah melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan dengan Timur Tengah atau ‘Arab Spring’”.  Jelas, Anwar agak ‘cuak’ dan lebih berhati-hati akhir-akhir ini dalam memperkatakan semangat ‘Arab Spring’ yang sebelum ini begitu giat disemarakkannya di kalangan pengikut-pengikutnya.  

Namun, menyaksikan keganasan yang berlaku di sana sini, pergaduhan sehingga ada yang membawa maut, penemuan berbagai jenis senjata di kalangan pekerja pilihanraya pembangkang di Pulau Pinang oleh polis, termasuk kejadian letupan bom membuktikan bahawa Anwar bukan berjenaka atau berkias.

Bukti juga boleh dilihat melalui siri demonstrasi-demonstrasi yang didalangi PR selama ini.   Apa yang mengecewakan Anwar ialah ‘Malaysia Spring’ masih lagi gagal dilaksanakan kerana peserta tidak seramai yang dijangka, dan mereka-mereka yang sanggup mengganas pula tidaklah seramai mana.  

Berdasarkan kenyataan Anwar sendiri serta rentetan demonstrasi yang didalanginya, maka tiada sebab bagi penyokong pembangkang untuk terus menafikan niat sebenar pemimpin mereka iaitu untuk melihat Malaysia bermandi darah dan hancur lebur.  Tidak perlu menidakkan hakikat ini kerana seruan ‘Dataran Tahrir’ dan ‘Arab Spring’ itu sendiri sudah cukup menjelaskan senario yang diinginkan mereka.

Justeru, sebelum penyokong pembangkang membiarkan diri terbakar dek emosi bencikan kerajaan, wajarlah terlebih dahulu merenung nasib yang menimpa rakyat Mesir sesudah ‘Dataran Tahrir’.    Dataran Tahrir bukan sahaja menyaksikan ramai yang terkorban, tercedera, hilang tempat tinggal, tempat kerja tetapi juga ekonomi negara terus merudum, pengangguran meningkat berkali ganda dan perniagaan lingkup.  Rakyat Mesir kini secara terbuka menyatakan kekesalan apabila kerajaan baru ternyata lebih ‘tertutup’ dari yang sebelumnya malah sehingga ke hari ini masih belum mampu memulihkan keadaan.  

Hakikatnya, tiada satu pun negara-negara Arab yang melalui ‘Arab Spring’ yang memperlihatkan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya.  Maka, Malaysia tidak perlulah melalui nasib yang sama semata-mata untuk membantu Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Thursday, 25 April 2013

PRU13 :VIDEO PANAS !!! PEMBANGKANG MULA MAIN GANAS DALAM PRU #TolakPR #GE13 #PRU13 #Vote4BN

Inline image 3




Letupan di Nibong Tebal membuktikan pembangkang mula menggunakan taktik-taktik berunsur keganasan untuk menumbangkan BN.

Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan.

Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki.
Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

TOLAK KEGANASAN , TOLAK PAKATAN RAKYAT 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...