sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label LIWAT. Show all posts
Showing posts with label LIWAT. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Amerika Jangan Belagak Pandai - @azwanbro



Siapa yang tak kenal perangai Amerika yang suka mencampuri urusan negara lain, dalam kes Anwar yang dijatuhkan hukuman menjara 5 tahun kerana MELIWAT Saiful yang juga bekas pembantunya. Amerika dilihat mempertikaikan institusi kehakiman Malaysia kerana hukuman itu.

Kesalahan MELIWAT adalah satu perkara yang menyalahi undang-undang di Malaysia dan haram disisi agama Islam. Di Amerika memang tak payah cakap la bukan saja liwat DIHALALkan malah semua perkara mereka izinkan.

Dari dulu Amerika memang mempertahankan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah sekutu rapat mereka dan mengharap Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia agar mudah tunduk atas setiap arahan.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Amerika Syarikat berperangai seperti kanak-kanak kerana mempertikaikan dan mencampuri urusan negara orang lain.

Amerika juga dilihat sebuah negara ekstremis kerana menjadi penyibuk dan menjaga 'tepi kain' negara secara keterlaluan yang melampaui batasan diplomatik serta demokrasi sedia ada.



"Anwar dan Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) bukan rakyat Amerika, jadi mereka tidak payah hendak menyibuk hal negara kita. Ini soal Anwar dan bekas pembantu dia dahulu dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau rakyat Amerika.

"Pentadbiran Rumah Putih juga dangkal sistem demokrasi dan kehakiman kita. Negara Uncle Sam berlagak pandai seolah-olah mereka arif sangat apa yang sedang berlaku.

"Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu," katanya

Tuesday, 10 February 2015

Kantoi !! MAT SABU MENGAMOK PADA TOK GURU HADI ISU ANWAR



Panas gila kem Pas la ni no , satu team yang di bela oleh Anwar dan DAP .. satu lagi team yang memang pejuang Pas betui-betui. Huh 

Tadi kecoh jugak kem Pakatan Anwar apabila Satu kenyataan rasmi dari Presiden PAS mengenai Pas tidak menyeru mana-mana ahli untuk hadiri sokongan pada Anwar esok di Putrajaya. 

Kita pun tau Kem Pas sejati memang tak ngam dengan PKR dan DAP tp masalah paling besar Pas adalah group Pasma dan kita tau Mat Sabu adalah antara manusia yang mahu jatuhkan Tok Guru Hadi Awang .. 

Cuba kita lihat sendiri mesej daripada Setpol Tok Guru yang terpaksa kata surat tu palsu kerana Abg Mat Sabu kita marah .. 

Hoho apa dah jadi .. dah macam mat Sabu pulak yang jadi presiden Pas ..  adohhh makin parah Pas la ni .. dah jadi dua puak ...

Pada aku inilah kesannya apabila Pas bergabung dengan PR dulu .. bila Dap dan Pkr tak boleh makan geng2 Ulama Pas akhirnya mereka cari jalan untuk pecahkan Pas .. 

Betulahkan .. manusia ni bila dijamu dengan pangkat,harta, duit ringgit segala perjuangan lebur mcm tu saja .... 

Apapun eson kita boleh lihat siapa yang dibela oleh PR dan sapa Pro ulama Pas ... adiosss

LIWAT TETAP LIWAT 


Sunday, 20 April 2014

PANAS !!! ANWAR LIWAT SAIFUL BANYAK KALI - HAKIM BALIA



Insiden liwat yang berlaku terhadap Saiful Bukhari Azlan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kejadian pertama tetapi ianya telah berlaku semenjak dua bulan lebih awal dari Jun 2008.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, keputusan tersebut dicapai setelah mendapat laporan dari dua pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (PW3) dan Dr Fazuin Rahimi (PW23) yang menjadi saksi pendakwaan dalam kes liwat-2 Anwar.

"Kedua-dua PW3 dan PW23 mengakui bahawa PW1 (Saiful) memberitahu mereka bahawa beliau telah diliwat oleh individu berprofil tinggi sekurang-kurangnya dua bulan dan kali terakhir insiden tersebut berlaku pada 26 Jun 2008," kata Balia menerusi keputusan bertulis yang dikeluarkan semalam.

Balia mengetuai panel hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat-2 Anwar bersama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Keputusan akhir perbicaraan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun namun hukuman tersebut ditangguh menerusi mitigasi yang dipohon peguam mendiang Karpal Singh sementara menanti proses rayuan.

Prosiding kontroversi itu menyaksikan kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan mempertahankan hujah mengenai sampel DNA yang diperoleh dari rektum Saiful yang akhirnya dibenarkan diguna di mahkamah sebagai bukti selepas mendapati spesimen yang diambil tidak dijejaskan oleh Supt Jude Pareira sepertimana yang didakwa oleh peguam pembelaan.

Thursday, 10 April 2014

VIDEO PANAS : ISU LIWAT , ANWAR MENGAMOK DI PARLIMEN !! #LIWAT


Tudiaa !! Kecoh lagi kat Sidang Dewan Rakyat semalam  Anwar Ibrahim tidak dapat mengawal kemarahannya sejurus Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh mengaitkan kes liwatnya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Persaraan Hakim.

Che Mohamad dalam perbahasannya berkata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum dijatuhkan hukuman

"Andaian dibuat di mahkamah persekutuan belum diputuskan dia (Anwar) rasakan dia bersalah," katanya yang memetik kenyataan Anwar pada Dewan Rakyat semalam

Kenyataan itu membuatkan Anwar kelihatan berang lantas terus bangun mencelah dengan mengatakan belaiu menafikan pernah mengaku bersalah dalam kes tersebut.

Keadaan semakin gamat apabila beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak bertikam lidah sebelum ianya berjaya dikawal Speaker Dewan Rakyat, Dato' Seri Pandikar Amin Mulia.


Anwar bukan kita tak tau jenis baran tahap gaban , jenis tak reti nak bersabar dan jelas sekali menunjukkan keperibadian sebenar dia , tak mustahil Wan Azizah selalu kena tengking dengan dia ni kan !!! 

Wednesday, 9 April 2014

LIWAT : DENDAM KARPAL SINGH TERHADAP ANWAR DAH DIBALAS ???



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, dendam lama Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terlaksana merujuk perbahasan beliau berhubung kes liwat di Dewan Rakyat pada tahun 1997 sebanyak tiga kali sewaktu Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, ini kerana ketika pilihan raya kecil di Pulau Pinang sekitar awal tahun 1990-an, Anwar telah menyarankan pengundi agar tidak memilih kaum Banggali kerana telah membunuh Indragandi, Rajiggandi dan Mahatmagandi yang telah menimbulkan sifat sensitif terhadap kaum tersebut.

"Dia mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap Anwar di dalam parlimen dengan mengukitkan kes serta memberitahu PAS untuk memalukan Anwar Ibrahim seperti mana Mat Sabu menggelarkan Anwar Al- Jubri juga di parlimen.

Monday, 31 March 2014

PANAS !!! 'ANWAR HARUS BERTAUBAT ' KARPAL SINGH WAJIB DEDAHKAN SEBELUM DIA MENINGGAL DUNIA !!!


Setiap kali saudara Ramesh Rao bersuara setiap kali itulah bergegar telinga pemimpin pembangkang menahan kepanasan . Ketegasan dan bercakap melalui fakta membuatkan beliau disegani rakan dan musuh . 

Banyak isu yang beliau bangkitkan sampai ada ketika buat pemimpin PR panas ponggong . Kali ini Saudara Ramesh telah membedil Karpal Singh tentang isu Anwar Ibrahim. 

Kata beliau , Karpal Singh harus bertaubat , dan menceritakan kepada rakyat Malaysia kejadian sebenar mengenai isu yang dikatakan Karpal pada 22 OKT 1997 di Parlimen depan Tun M dan Anwar sendiri. Selepas tu Karpal telah membuat sidang akhbar pada tahun 2009  bahawa ' Anwar Ibrahim harus bertaubat ' (video) dibawah 


Sebelum Karpal Singh mati dia kena bercakap benar kepada seluruh rakyat Malaysia tentang apa yang dikatakan Karpal seperti dalam video tersebut. Barisan Nasional bukan punca atau pencipta kes liwat Anwar Ibrahim. 

Karpal Singh yang memaksa Tun Mahathir untuk siasat Anwar Ibrahim di Parlimen dulu , itu semua orang dengar dan tahu . Akibat dari desakan pemimpin DAP itulah Tun Mahathir terpaksa menyiasat dan sampailah terbongkar segala rahsia  sulit Anwar . 

Sepatutnya Karpal yang wajib menjawab isu ini !! kerana dia antara orang yang desak Tun untuk siasat kerana Karpal ada maklumat !! Tun Mahathir sendiri pada mulanya tidak percaya Anwar melakukan liwat seperti apa yang dicakap oleh Karpal dan beliau enggan melakukan siasatan kerana terlalu percayakan Anwar dan sayangkan Anwar . 

Wednesday, 26 March 2014

VIDEO PANAS !!! PEMOHOHAN KES LIWAT DITOLAK , ANWAR GELAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN ANJING UMNO !! BODOH ANWAR !!! #LIWAT



RAKYATNEWS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelarkan keputusan lima panel Hakim Mahkamah Pesekutuan yang menolak permohonannya berkaitan dengan kes liwat yang membabitkan beliau.

Anwar berkata, keputusan tersebut berat sebelah dan hanya bersifat politik untuk mengaibkan beliau selain tidak dibuat berdasarkan undang-undang.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi terhadap saya dilihat sebagai keterlaluan apabila menerima suatu perkara yang bukan fakta dan undang-undang tetapi lebih bersifat politik.

"Saya agak pelik kerana kesemua panel hakim menggunakan hujah yang pada saya hanya digunakan oleh UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memalukan saya.





"Perkara ini sangat bahaya dan saya ingin memberitahu supaya Ahli Parlimen Pembangkang dan semua Ahli Dewan Rakyat memandang serius perkara ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau merujuk terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi tadi yang menolak permohonan semakan beliau untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.

Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu.



Sunday, 16 March 2014

PANAS !!! ANWAR BENGANG MAJLIS PEGUAM AKUI DIA TERLIBAT DALAM KES LIWAT !! #PRKKajang #MH370



Majlis Peguam secara tidak langsung telah mengiyakan perlakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantu peribadinya apabila mempersoal mengapa hanya Anwar dikenakan hukuman oleh mahkamah sedangkan mangsanya (Mohd Saiful Bukhari Azlan) tidak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata tindakan Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan ke atas Anwar sebagai tidak wajar, kerana ia berlaku secara suka sama suka, telah mengiyakan perlakuan sumbang itu benar-benar berlaku.

"Orang tidak sedar Majlis Peguam mempersoalkan mengapa hanya Anwar. dikenakan hukuman sedangkan mangsanya tidak dikenakan hukuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Beliau menegaskan, Majlis Peguam sentiasa memihak kepada ketua pembangkang itu dalam banyak perkara dan dalam kes ini, secara tidak sedar ia sudah mengiyakan perbuatan liwat membabitkan Anwar.



Katanya, dalam kes itu tidak timbul soal suka sama suka kerana yang penting ialah perbuatan liwat adalah satu kesalahan undang-undang dan Saiful sudah membawa kes ini ke mahkamah untuk mencari keadilan.

Tuesday, 11 March 2014

TUDIAA !!! MAJLIS PEGUAM SAHKAN ANWAR KAKI LIWAT ??? BIAR BETIK !!!!



BLOG JIWA PARADOX - Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas. Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.

Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim. Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak, lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.

Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga. Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.

Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370. Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti. Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370. Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.


Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut:

“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa.”

Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.

Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba menghalalkan liwat.

Monday, 10 March 2014

TUDIAA !!! ANWAR KELAM KABUT FAIL RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN TENGAH HARI TADI !!! #LIWAT




Hari ni , Anwar Ibrahim memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan oleh peguamnya, Ram Karpal Singh kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Anwar yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu dijamin oleh rakannya, Yaakob Ibrahim.

Yaakob hadir awal pagi ditemani abang Anwar, Rosli Ibrahim dilihat menjelaskan wang jaminan itu.

Anwar hadir untuk menandatangani dokumen jaminan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Dharma Fikri Abu Adam.

VIDEO PANAS !!!! SELURUH MP PR MAHU BOIKOT SIDANG PARLIMEN ESOK HANYA KERANA SI KAKI LIWAT !!!!


MACAI ANWAR IBRAHIM MEROYAN !!! 

ANWAR KAKI LIWAT 

Saturday, 8 March 2014

TUDIAAA !!! MIN ALI KATA ANWAR BERSALAH LIWAT SAIFUL ??? #LIWAT



KAJANG 6 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dilihat mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung keputusan rayuan kes liwat II melibatkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka diputuskan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya petang ini.

Pada satu majlis di salah sebuah Bilik Gerakan Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi, Ahli Parlimen Gombak itu menjangkakan Anwar bersalah dan bakal dijatuhkan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

"Ada kemungkinan hukuman dijatuhi selepas solat Jumaat esok. Maka saya merayu kepada umat Islam khususnya, mari kita solat hajat supaya Anwar bebas daripada fitnah jahat yang ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bilik Gerakan PR di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kantan bersempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Hadir sama Ketua Wanita PKR merangkap Timbalan Pengarah PRK Kajang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat, Yang Dipertua PAS Gombak Salehuddin Nasir, ADUN Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan mantan Presiden Pertama Angkatan Belia Islam (ABIM) Dr. Razali Nawawi.





Dalam perkembangan sama, Azmin ketika ditemui pemberita mengeluarkan kenyataan sebaliknya apabila meletakkan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah dan akan dibebaskan dari sebarang pertuduhan tersebut.

"Kita yakin berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukakan hari ini dan disambung esok, Anwar akan terus dibebaskan daripada pertuduhan ini. Malahan keyakinan kita ini berjaya diyakinkan berdasarkan keputuskan mahkamah tinggi sebelum ini.

"Sejak dari awal kita tegaskan Anwar tidak bersalah dan tiada sebab untuk kita buat persiapan selain daripada itu," tegasnya.

Sementara itu, Azmin ketika berucap dihadapan kira-kira 80 hadirin beberapa minit sebelum itu mendakwa sistem kehakiman telah diperalatkan oleh UMNO dan BN atas alasan parti lawan itu takut kepada Anwar Ibrahim.

TERKINI !!! PUAK PR AKAN LANCARKAN REFORMASI ESOK DI SETIA CITY CONVENTION CENTRE !!! MOHON TINDAKKAN @PDRMsia




Sehingga jam 1 pagi tadi masih belum berhenti himpunan Anwar di stadium Kajang , Anwar terus memaksa pengikutnya turun ke jalan raya menentang kerajaan dalam Reformasi 2.0 . Aku dapat maklumat esok mereka akan lancarkan Reformasi 2.0 ini di Setia City Convention Centre .

Pemuda Pakatan Rakyat seperti Pas , Dap dan Pkr telah mengeluarkan kenyataan untuk melancarkan Roformasi 2.0 ini esok , di khabarkan mereka akan turun ke Stadium Merdeka dan pada 9 Mac selepas pelancaran esok di SCCC . 

Aku harap pihak PDRM bertindak secepat mungkin menghalang pergerakkan kumpulan ini yang di khabarkan mahu menghuruharakan negara !!! 


ANWAR KAKI LIWAT 




VIDEO PANAS !!! PUAK ANWAR MULA MENYALAK SAKAN !!!!



Selesai sahaja hukuman  di jatuhkan kepada Anwar , hampir 50 orang penyokong Anwar mula berpekik dan melaungkan 'Reformasi' , mereka seolah dirasuk dan langsung tidak mempercayai Qada dan Qadar Allah bahawa pemimpin mereka itu bakal ke Penjara Sungai Buloh Selangor . 

Suasana di luar Mahkamah Putrajaya bertukar tegang selepas Mahkamah Rayuan memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan dibaca Hakim Balia Yusof yang mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan tersebut.

Ketua Pasukan Pendakwa Raya Tan Sri Dr Mohamad Shafee Abdullah berkata, kes ini harus diselesaikan segera kerana telah berlanjutan terlalu lama sejak 2008.

Selepas keputusan dibacakan, isteri Anwar merangkap Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah sedih bersama anak-anaknya lalu meniggalkan kamar mahkamah.

Hukuman akan diputuskan hakim petang ini selepas mendegar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Monday, 3 February 2014

PENDEDAHAN GEMPAR !!! AZMIN PERNAH DISODOMI OLEH ANWAR SEWAKTU DI AMERIKA ??? BIAR BETUL MIN ???



Aku terbaca satu status di facebook menunjukkan satu keratan pendedahan mengenai Azmin yang dikatakan pernah DISODOMI oleh Anwar semasa berada di Amerika satu ketika dulu. Status yang dimuat naik oleh sorang bernama YAHAYA ISMAIL

Azmin harus menjawab isu yang dimainkan ini yang boleh menjejaskan reputasinya. Sebelum ini Azmin juga terut terpalit dengan beberapa keping gambar menunjukkan sesorang yang menyerupainya bersama seorang perempuan melakukan ONANI di sebuah Apartment di ibukota. 


Thursday, 1 August 2013

TERKINI !!! VIDEO PANAS BUAT ANWAR MELOMPAT MENGENAI 40 RIBU BANGLA DIDEDAH !!! KONSPIRASI @anwaribrahim PIHAK BERKUASA TUNGGU APA LAGI ?? @NajibRazak @shaberyc @zahid_hamidi @yuktesvijay @RameshRaoAKS



Satu demi satu pendedahan yang Yuktes buat terhadap salah laku Anwar Ibrahim , kali ini kes 40 ribu bangla yang dimomokan Anwar semasa PRU13 dahulu , sehinggakan rakyat Malaysia yang berkulit gelappun dituduh Bangla. 

Contohnya seperti video di bawah , momokkan manusia jembalang seperti Anwar ini berjaya menjadi hantu dikepala rakyat terutama yang berbangsa Cina. Bangsa Cina terjerat dengan manusia seperti Anwar ini. 




Nampakkan apa yang jadi seperti video kat atas tu ?? Memang kurang ajar !! Video di bawah pula pendedahan eksklusif Yuktes Vijay mengenai 40 ribu Bangla !! 

Monday, 22 July 2013

KES LIWAT II : ANWAR TAKUT PELANTIKKAN SHAFEE ? BARU KENA BUKU DAN RUAS !!


vs


Apj teruja untuk mengikuti perkembangan kes rayuan dakwaan liwat melibatkan Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula hari ini tetapi terpaksa di tangguhkan apabila ketua peguam bela Anwar iaitu Karpal Singh cuti sakit dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. 

Macam-macam pulak si Karpal ni kan , kalau dah tak mampu baik berhenti saja dari jadi peguam , buang duit rakyat saja duk tangguh-tangguh ni , mereka jugak yang selalu kata kerajaan duk habis duit rakyat tapi depa yang selalu perabih duit rakyat !! huh 

Apj  tertarik dengan kenyataan Anwar dalam twitternya yang membantah pelantikkan peguam kanan , Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu. 

Barisan peguam Anwar juga membantah dengan pelantikkan Datuk Shafee , kita semua tahu bahawa Datuk Shafee adalah seorang peguam yang tegas dan memenanggi banyak kes panas di Malaysia ni , tentunya geng-geng Anwar ni kecut perut terutama Anwar sendiri yang takut dengan pelantikkan Datuk Shafee ni.

Kes ini terpaksa di tangguh ke 1 ogos depan , Apj harap tak ada pulak peguam-peguam Anwar yang sakit , nenek meninggal la , bini nak beranak la lepas ni. 

Allah tu Maha Kaya Anwar , satu hari pasti akan tiba . 

Tuesday, 2 July 2013

PANAS !!! AIR MANI DI PELAPIK TEMPAT DUDUK !!!

Mahkamah: Air mani dikesan di pelapik tempat duduk

KOTA KINABALU - Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.

Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.

Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada hari pertama perbicaraan kes Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.

Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, saksi kedua itu berkata beliau menerima barang-barang kes tersebut pada 19 Mac lepas daripada ahli kimia Aishah Abdul Aziz.

Katanya Aishah menerima eksibit itu daripada Pegawai Penyiasat Balai Polis Inanam Silvia Martin Dalog.

Beliau berkata barang kes yang diterima ialah 19 sampul surat bersama satu bungkusan kertas.

Biling yang juga pegawai sains berkata analisis yang dijalankan mengikut prosedur biasa kes rogol, dari 21 hingga 22 Mei, menggunakan dua teknik iaitu ujian 'Kastle-Meyer' dan 'Phosphatase'.

Terdahulu, saksi pertama Koperal Edward Darwin memberitahu mahkamah beliau menerima laporan kes rogol yang dibuat oleh anggota keluarga mangsa pada 8.24 malam, 18 Feb lepas di Balai Polis Inanam.

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh yang hadir di mahkamah dengan ditemani isteri pertamanya manakala Datuk Mariati Robert bertindak sebagai peguam pemerhati Persatuan Undang-undang Sabah. Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

apj : Semoga pembelaan untuk kanak-kanak tersebut . 

Thursday, 27 June 2013

HOT !!!! 'PAK GUARD' CABUL DAN LIWAT GADIS !!!! APA NAK JADI NI DUK LIWAT ORANG !!!!

'Pak Guard' mengaku tidak bersalah cabul pelajar

gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar kolej, minggu lepas.

Mohammad Nazri Mohd Damin, 28, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17 tahun 11 bulan itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan melakukan seks luar tabii di dalam tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bangunan Times Square, Jalan Imbi di sini pada 6 petang, 17 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh amat berat membabitkan jenayah seksual.

Namun, peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh menanggung keluarganya dan tidak mengenali mangsa.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan yang tidak membenarkan tertuduh, keluarga dan rakan menghubungi mangsa serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada hari Jumaat setiap minggu.

Mahkamah menetapkan 25 Julai untuk sebutan. - Bernama

APJ : SAPA LA YANG BAWA BUDAYA LIWAT KAT MALAYSIA NIH !!! HURNN !! 

Sunday, 26 May 2013

GEMPAR !!! AKHIRNYA TERIMA NIKAHNYA !!! PEHHH !!!




Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan Man dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa kepada Nik Suryani iaitu Megat Deraman Megat Stan pada pukul 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.

Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu.

Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam ini sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan. - UTUSAN ONLINE

apj : selamat pengantin baru bro 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...