sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Tuesday, 20 October 2015

FIFA Kena Siasat FAM - TMJ



TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) supaya menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mendakwa badan tersebut gagal menangani korupsi dan menyimpan pendapatan hasil penyiaran.

Menurut Reuters, Tunku Ismail berkata, FAM juga patut dipersalahkan apabila ranking pasukan bola sepak negara jatuh ke tangga ke-171 selepas kalah kepada UAE 10-10 bulan lepas.

"Mungkin Fifa perlu soal-siasat FAM," dipetik kata Tunku Ismail kepada Reuters.

Tunku Ismail memberitahu, tiada siapa yang berminat untuk bergerak ke hadapan atau membawa bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.

"Semuanya untuk kepentingan mereka sendiri dan kedudukan. Sebahagian besar kelab-kelab dikendalikan oleh ahli politik dan mereka semua mahu bermain dengan selamat," kata Tunku Ismail.

Januari lalu, FAM mengikat perjanjian 15 tahun dengan MP & Silva dan syarikat tersebut komited untuk memberi dana sekurang-kurangnya RM1.2 bilion ringgit ke dalam persatuan itu.

Perjanjian itu juga akan dapat melihat liga diswastakan musim depan.

Tunku Ismail berkata, rundingan masih diteruskan antara kelab, MP & Silva dan FAM tentang bagaimana wang itu akan diagihkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicadangkan.

"Sepatutnya dalam setiap liga di dunia setiap kelab yang mengambil bahagian harus mempunyai 90-95 peratus daripada hak penyiaran yang akan membantu mereka untuk mempunyai projek pembangunan belia mereka sendiri, menambah baik infrastruktur dan mempunyai pasukan yang berkualiti," katanya.

"Tetapi masalahnya ialah FAM hanya memberikan 22 peratus kepada pasukan-pasukan, sehingga setiap pasukan hanya akan mendapat 1 juta ringgit, manakala FAM menikmati sebahagian daripada 47 juta.

"Sepatutnya, ia perlu diberikan kepada kelab. Apa yang FAM lakukan pada dasarnya mencuri wang dari kelab dan dunia perlu tahu bahawa. Ia adalah salah." tambah Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata, bantahan beliau ke atas FAM yang dikongsi di media sosial, telah menerima sokongan yang sedikit daripada rakan-rakan presiden kelab dan beliau menyalahkan jurang generasi dan kesungguhan mereka untuk mengekalkan status quo.

Beliau menggesa peminat untuk memboikot perlawanan di seluruh negara jika mereka mahu memberi kesan kepada pihak berkuasa.

"Kejahilan adalah kunci kepada huru-hara. Jika anda mengabaikan sesuatu dan tidak berminat untuk memperbaikinya maka kita selamanya akan menjadi seperti diri kita pada hari ini, " kata Tunku Ismail.

"Jika ahli presiden FAM dan semua Exco (jawatankuasa eksekutif) benar-benar mempunyai kepentingan dan niat yang baik untuk meningkatkan bola sepak Malaysia maka mereka harus melakukan sesuatu mengenainya. Jika tidak, saya rasa mereka tidak perlu ada kerana anda (FAM) memberikan Malaysia nama yang buruk." akhiri beliau.

Wednesday, 3 July 2013

HOT INFO : SAH SINGA TAWAN PUNCAK LIGA !! APA JADI GENG TEMPATAN ? ! @Khairykj @NajibRazak



Pasukan Lions XII dari Singapura mengesahkan kejuaraan mereka dalam Liga Super 2013 apabila mereka membelasah Felda United , 4-0 di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Anak buah V Sundramoorthy muncul juara buat kali pertama dalam Liga Super selepas mengutip 43 mata dengan berbekal satu lagi perlawanan. 

Empat gol Lions XII pada perlawanan itu dijaringkan oleh Azrul Ahmad yang menjaringkan gol sendiri daripada tendangan Shahril Ishak pada minit ke-47 sebelum
Shahril meledak gol kedua (m-57), Fazrul Nawaz (m-60), dan Shahfiq Ghani (m-83).

Apj ucapkan tahniah kepada Lions XII atas kejuaraan ini. Pencabar terdekat Johor Darul Takzim melakar kemenangan 2-0 bertemu Negeri Sembilan tetapi belum cukup untuk menandinggi kehebatan Lions XII untuk berada di puncak Liga. 

Untuk rekod , Lions XII tidak pernah tewas di gelanggang sendiri sepanjang kempen liga super untuk tahun 2013. Apj rasa FAM patut membina banyak padang tiruan agar permainan lebih seimbang. Faktor bola laju ketika bermain dipadang tiruan berbeza sekali dengan rumput biasa. 

Saturday, 1 June 2013

PEHHH !!! FAM KENA LAGI !!! TAK PATUT FAM NIH !!!! ROMBAK FAM !!!!

Khairy Jamaluddin

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama

Thursday, 30 May 2013

INI TIDAK ADIL !!! 60 RIBU PAHANG , 20 RIBU JOHOR ?? @KhairiKJ

Pahang lawan  JDT

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi 60,000 tiket kepada Pahang daripada 80,000 tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan separuh akhir Kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) melahirkan rasa kurang senang Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) apabila mereka mendakwa badan induk bola sepak itu bersikap berat sebelah.

Kenyataan dikeluarkan PBNJ hari ini menyebut FAM sepatutnya menjadi organisasi pentadbir bola sepak Malaysia yang telus dan adil, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila badan induk bola sepak itu seolah-olah menyebelahi Pahang.

Katanya, tujuan bermain di gelanggang berkecuali adalah supaya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan, namun FAM jelas menunjukkan bahawa mereka berat sebelah berkenaan agihan tiket dan bersikap menyebelahi Pahang.

"Tindakan FAM yang memberikan mereka keistimewaan bermain dan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil termasuk agihan tiket tidak seimbang seolah-olah Pahang tidak bersalah di atas insiden yang berlaku di Stadium Darul Makmur.

"Harus diingat bahawa Pahang dihukum kerana gagal mengambil langah-langkah keselamatan yang cukup dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28hb Mei yang lalu, tetapi...ini bukanlah satu denda, tetapi hadiah buat PBNP," jelasnya.

Tambahnya: "Agihan tiket juga tidak seimbang, dengan 60,000 tiket diperuntukkan bagi Pahang dan lebihan 20,000 tiket lagi untuk jualan umum, dan tidak dkhususkan untuk penyokong Johor.

"Sebaliknya PBNJ perlu membuat rayuan bertulis kepada FAM untuk mendapatkan peruntukan tiket dan itu pun atas budi bicara FAM.

"Secara realitinya, penyokong Johor yang dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda," katanya.

Hari ini, satu mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan di Wisma FAM membuat keputusan bahawa sejumlah 60,000 tiket untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini akan diberikan kepada PBNP.

Penolong Setiausaha Agung (Tempatan) FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud berkata jumlah berkenaan diberikan kepada PBNP berdasarkan hak mereka selaku tuan rumah.

Terdahulu, perlawanan tersebut yang sepatutnya diadakan di Stadium Darul makmur, Kuantan, Isnin lepas tidak dapat diteruskan berikutan kekecohan penyokong.

Pada masa sama, PBNJ turut menyelar sikap FAM yang lebih mengutamakan mendapatkan hasil jualan tiket untuk Pahang berbanding keselamatan penyokong.

Ini kerana katanya, meskipun PBNJ telah memohon supaya perlawanan pada hari Sabtu ini diadakan dalam stadium tanpa penonton, kerana mengutamakan keselematan penyokong, memandangkan situasi masih lagi tegang daripada insiden Selasa lepas, namum perkara itu tidak diendahkan oleh badan induk bola sepak itu.

"Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab, PBNP atau FAM?.

"Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor, atau mana-mana negeri yang lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan dan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada persatuan-persatuan bolasepak yang berkenaan.

"FAM telah menunjukkan bahawa mereka boleh berat sebelah berkenaan agihan tiket. Adakah pengadil juga boleh menjadi berat sebelah, kerana mereka di bawah bidang kuasa FAM," ujarnya.

Untuk rekod, JDT menang 1-0 ke atas Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

Pemenang perlawanan itu akan menentang juara bertahan, Kelantan pada final Piala FA, 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas pasukan itu menundukkan jiran mereka, Terengganu dengan keputusan agregat 6-5, Isnin lepas. SINAR

Wednesday, 29 May 2013

VIDEO PANAS !!! KES DI STADIUM DARUL MAKMUR !! TIKET LEBIH ATAU APA CERITA NIH FAM !!! #KakiBola



Apj salah seorang peminat sukan bolasepak negara ini. Malam ni nak cerita hal kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang , pertemuan antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang menjadi tumpuan malam tadi. 

Apj menonton dari siaran tv1 yang disiarkan secara lansung malam tadi. Semangat ingin menyaksikan siapa yang layak beraksi di pentas Final Piala FA bertemu dengan Kelantan nanti menaikan lagi semangat ingin menonton.  

Setelah menunggu hampir setengah jam , masih lagi tidak dimulakan perlawanan tersebut gara-gara terlebihnya penonton yang datang di Stadium itu. Perasaan muak mula mai dah selepas hampir sejam menunggu.

Itu baru menonton di rumah bayangkan kalau berada di stadium ketika itu !! pehhh menyirap beb !!!  Dalam hati ni tertanya kenapa boleh sampai begitu ramai yang datang dan boleh masuk , terlebih cetak tiket ke apa benda ni !! Takkan pihak FAM tak sedar kot penyokong terlebih masuk !! Ni tempat presiden FAM wooo !! 

Kejadian ini semenangnya memalukan Presiden FAM sendiri kerana 'kesilapan' mencetak lebihan tiket sampai boleh penyokong tak muat nak duduk dan terpaksa redah pagar masuk dalam kawasan trek lumba lari !! adehhh apa cerita ni weiii !!! sengaja atau apa nih !!! 

Apapun kejadian ni di harap tidak berulang dan FAM mesti mengambil tindakkan sewajarnya agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi .. Malu mutu pentadbiran bola sepak negara di tahap budak sekolah rendah main bola sampai lebih pulak masuk stadium nih !! 

Perlawanan malam tadi terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang akan diberitahu oleh FAM. Sedikit yang mendukacitakan aku adalah semangat sukan yang semakin pudar akibat pergaduhan disana tadi. 

Jom saksikan dua video di bawah nih !! 




Esok jangan keluar surat khabar yang menjadi punca utama penangguhan perlawanan ini berpunca dari natang nih !! kikikiki


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA 

Tuesday, 21 May 2013

TUDIAA !!! PEMAIN BOLA SEPAK LIGA M DI UGUT BUNUH !!! APA KES NIH !!!



BEBERAPA pemain yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan daripada bookie bola sepak. – Gambar hiasan



“JIKA ada mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menerima ugutan bunuh, mereka hendaklah melaporkannya segera kepada pihak berkuasa.”

Demikian tegas Pengerusi Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat (gambar kecil) semalam.

Katanya, langkah tersebut adalah untuk keselamatan mana-mana pemain dalam Liga M yang diancam oleh bookie bola sepak.

Aseh menegaskan demikian ekoran dakwaan beberapa pemain sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak semalam.

Pemain terbabit dipercayai mahu membuat laporan polis selepas dilaporkan menerima ugutan tersebut.

Sumber dalaman pasukan tersebut yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, keselamatan para pemain tersebut termasuk ahli keluarga mereka mula diancam apabila gagal memenuhi tuntutan atau arahan sindiket perjudian itu dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas insiden tersebut, sumber berkenaan enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkannya kepada FAM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas lanjut, Aseh mendedahkan, FAM dengan kerjasama pihak berkuasa akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci dalam usaha mereka membanteras gejala yang tidak bermoral itu.

“Ini merupakan satu perkara yang serius. Jika dakwaan itu benar, saya nasihatkan pemain-pemain terbabit tampil membuat laporan polis.

“Perbuatan tidak bermoral seperti gejala mengatur keputusan perlawanan adalah musuh No.1 sukan bola sepak negara.

“Jika aktiviti seperti ini berterusan, bilangan penonton yang hadir ke stadium akan merosot.

“Kita akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama menjaga keselamatan pemain terbabit sebelum diancam dengan lebih teruk oleh pihak yang tidak bertanggungjawap itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Untuk rekod, Liga M pernah melalui detik hitam apabila menyaksikan 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan ekoran skandal rasuah pada tahun 1994.

Akibatnya, seramai 58 pemain dikenakan pergantungan selama satu sehingga empat tahun oleh FAM.

Selain itu, 21 pemain dan jurulatih diberhentikan khidmat mereka dan beberapa pemain lagi digantung seumur hidup serta dibuang daerah, selain tidak dibenarkan menyertai kejohanan di bawah kelolaan FAM.

Tahun lalu pula, seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Ini kerana FAM mendapati berlaku unsur-unsur rasuah dan polemik mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan pada saingan tahun 2011.

Ketua jurulatih skuad tersebut, Yusarman Yusof, menerima hukuman gantung seumur hidup oleh FAM.

Tuesday, 26 February 2013

EDISI BANTAI !!! FAM KAFANKAN PEJUANG SUKAN TULEN !!




Taring FAM semakin tajam dengan kekebalan Akta Artikel 88 status 2010-2014 FAM , Akta yang dilihat boleh mengecutkan perut para pengiat dan pencinta sukan bola sepak supaya 'DIAM' dan tutup mulut jika tidak berpuas hati dengan FAM .

Ramai pencinta sukan sejati yang telah 'gugur' di tangan pintu neraka 'artikel 88' ini. Mereka tiada ruang untuk meluahkan isi hati mereka, jika mereka ingar padahnya akan di humban ke neraka 'artikel 88' ini .

FAM makin menyerlah dengan akta artikel 88 ini , mungkin antara akta yang terbaik 'membunuh' pejuang sukan sebenar di rantau ini , lagi membanggakan kita adalah rangking dunia bolasepak Malaysia terus naik ke belakang.

Kadang-kadang terasa bosan jugak dengan cerita pejuang sukan di hukum kerana mengkritik FAM secara terbuka tetapi perkara ini semakin menjadi-jadi sekarang , seorang demi seorang pejuang sukan gugur di pintu neraka FAM.

Tiada suara yang harus didengar oleh peminat sukan jika terdapat apa-apa masalah dalam pentadbiran FAM



Mujurlah ada penyokong yang masih lagi bersemangat bersorak di medan perang bersama pemain-pemain bolasepak Malaysia , jika mereka juga dikenakan akta ini tentu baguskan , senyap sepi stadium. 

Cerita terbaru tentang hukuman mengikut akta ini adalah kes Datuk Seri Shahidan Kassim, sebelum itu mangsa yang sudah dikafankan FAM adalah Tan Sri Annuar Musa , Raja Ahmad Zainuddin , dan juga Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri .

Saya  nak ucapkan takziah kepada pejuang-pejuang tulen sukan bola sepak Malaysia yang tersungkur dan hampir dikapankan FAM  : - 


Dato Seri Shahidan Kassim yang dari dulu berjuang dan berhabis jutaan wang ringgit demi bola sepak terutama di Perlis , dalam keadaan tiada bantuan dan sokongan kerajaan Negeri Perlis beliau tetap kuat pertahankan bola sepak di Perlis. 



Pejuang Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa digantung tugas selama 30 bulan kerana 'keceluparan' melanggar akta kekebalan artikel 88. Di humban ke pintu neraka oleh FAM .


Datuk Raja Ahmad juga sudah dikafankan oleh akta artikel 88 FAM 


Kerjaya Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri dikuburkan dengan pergantungan selama 7 tahun dari (2001 - 2005 ) dan ( 2007 - 2010 )


Saya sebenarnya dah lama menantikan agar akta ini lebih adil dengan menghukum sesiapa sahaja yang mengkritik FAM kerana ramai yang mengkritik FAM , cuma FAM gantung semua peminat sukan yang mengkririk FAM , hukuman kepada peminat bolasepak Malaysia adalah 2 tahun dilarang masuk semua stadium di Malaysia ini , apa macam setuju ??


APJ : jaringan aku baru ni dapat jugak menyelamatkan maruah belia dari Malaysia dari dikalahkan belia Thailand ~~ kkikiki ( ada FAM kisah ?? ) 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...