sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HADI AWANG. Show all posts
Showing posts with label HADI AWANG. Show all posts

Thursday, 13 April 2017

'Sebutlah dengan lidah yang fasih, tuan guru'



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diseru menyatakan secara jelas siapakah pihak yang dirujuknya berunding dengan AS untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

Anggota Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, berkata sebagai seorang ulama dan berjawatan tinggi dalam badan dunia, Abdul Hadi perlu mengemukakan bukti mengiringi setiap tuduhannya.

Kata Zulhazmi, membuat tuduhan tanpa disertakan bukti bukanlah akhlak yang disarankan Islam.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta Abdul Hadi dan seluruh pimpinan PAS supaya menyebut dengan lidah yang fasih lagi sahih, siapakah yang berunding dengan AS untuk mengubah politik Malaysia?

"Sebutlah dengan lidah yang fasih, siapakah yang berunding dengan kedutaan asing dan seterusnya menjemput AS dan negara asing ke Malaysia?" katanya melalui kenyataan media hari ini.

Wednesday, 9 March 2016

Hadi Awang Setuju MB Terengganu Ditukar


PAS Setuju Lantik Semula Ahmad Said Sebagai MB Terengganu

PAS Terengganu setuju untuk memberi sokongan kepada ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, persetujuan itu dengan syarat bekas Menteri Besar itu perlu terlebih dahulu menyertai ahli PAS sebagai wadah perjuangan beliau yang baru.

Menurut Saiful yang juga ADUN Paka, perkara itu telah dipersetujui Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR.

"Kita sedia menukar Menteri Besar Terengganu mengikut saluran undang-undang yang betul kerana kita yakin Menteri Besar yang ada pada hari ini sudah hilang sokongan.

"Hari ini sepatutnya sudah tukar MB. Dato' Seri Ahmad Said sudah baca satu persatu peraturan sidang dewan dan perlembagaan Tubuh Negeri. Namun, ditolak oleh Speaker dengan alasan yang sangat tidak munasabah," katanya selepas Sidang DUN, hari ini.

Apabila ditanya media kemungkinan PAS akan mohon mengadap Sultan Terengganu, Saiful berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

"Kita akan bawa majoriti wakil rakyat di Terengganu mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Tapi ia masih dalam perbincangan. Yang penting, kita cukup majoriti untuk jatuhkan UMNO," katanya. - Harakahdaily

Monday, 1 June 2015

Hadi Awang Sila Undur Dari Presiden - Nizar Jamaluddin



Menjelang pemilihan Pas Khamis depan, kem yang pro-DAP atau lebih dikenali sebagai kelompok Anwarinas di dalam Pas semakin mempergiatkan serangan ke atas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam siri serangan terbaharu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin secara terbuka menyatakan selepas muktamar, Pas perlu diwakili oleh presiden serta barisan pimpinan baharu yang mendukung pakatan.

Beliau yang turut bertanding Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, individu yang memperkecilkan rakan pimpinan dalam pakatan terutama pemimpin DAP tidak layak untuk dikekalkan dan perlu digantikan dengan muka baharu.

Kenyataan keras tanpa berselindung itu hanya berselang sehari selepas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sendiri mula melemparkan kritikan serta sindiran secara terbuka ke atas Abdul Hadi.

“Selepas muktamar apa yang saya mahu lihat ialah muka presiden yang baharu. Presiden perlu baharu dan barisan kepimpinan juga perlu muka baharu. Pas perlu dipimpin oleh ulama (tetapi) siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

“Dia (Abdul Hadi) boleh cakap Arab, Ahmad Awang juga boleh bercakap Arab tapi dia boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, Abdul Hadi tidak boleh,” katanya dalam forum ‘Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca 2015’ di sini malam semalam.

Wednesday, 12 November 2014

DAP MAKIN GOYANG BILA PAS MULA JAUHKAN DIRI DARI PR ?



Dasyat juga penangan Tuan Guru Dato Seri Hadi Awang yang kita lihat makin kurang hadir ke mesyuarat Pimpinan PR sampaikan goyang Dap , kita sedia maklum akan Pas banyak berkecil hati dengan PKR dan DAP yang sentiasa menyerang dan menyalahkan Pas dalam pelbagai hal.

Pas seringkali di ugut , di hina oleh pemimpin Dap tambah-tambah soal hukum-hukum Agama. Dap di lihat sangat biadap dan kurang ajar dengan Pas. Itu antara sebab Pas makin jauhkan diri dengan PR. 

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat semalam sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Friday, 7 November 2014

TUDIAA !!! DAP BEDAL HADI AWANG LAGI !!! SAPA NAK BANTU HADI NI ??




Loke berkata pemimpin pusat DAP kecewa dengan pandangan yang dikemukan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung isu ketidakhadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya isu ketidakhadiran Presiden PAS bukannya isu “remeh” tetapi melibatkan soal kesinambungan dan “survival” politik Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bukan sahaja isu ketidakhadiran beliau secara fizikal dalam mesyuarat tetapi yang lebih serius ialah ketidakpatuhan terhadap keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Bagaimanakah Pakatan Rakyat dapat berfungsi dengan efektif dan melangkah ke hadapan sekiranya keputusan yang telah dicapai bersama dalam mesyuarat boleh dinafikan oleh Presiden salah satu parti kompenen secara “unilateral” yang tidak hadir dalam mesyuarat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Thursday, 2 October 2014

HOT NEWS : DEWAN ULAMA PAS KAJI KEDUDUKAN TAHALUF SIYASI



Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

Saturday, 20 September 2014

HADI AWANG : DAP DAN PKR JANGAN KHIANATI PAS


Hadi Awang : 'Jangan Khianat Kami'

PAS menggesa PKR dan DAP agar tidak mengkhianati tahaluf yang dijalankan sepertimana mereka tidak belot dengan kerjasama yang dibuat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sepanjang sejarah perjuangan PAS tidak pernah khianat kepada rakan tahalufnya.

"Sebagai menghormati tahaluf, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

'Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Abdul Hadi juga mengingatkan ahli dan pemimpin PAS bahawa tahaaluf yang dilaksanakan mestilah memperkuatkan PAS bukan sebaliknya.

Friday, 26 April 2013

HOT NEWS PRU : PSM BERANG DENGAN HADI !!! PASAI APA PULAK HAMPA NI SATU KAPAI Woiiii !!! #TolakPR #PRU13 #GE13 #BNBagus



VS 


PSM naik berang dengan kenyataan Hadi Awang

Isu pertindihan kerusi antara parti PAS dan PKR dalam PRU 13 masih belum diselesaikan secara baik. Kenyataan terbaru daripada Presiden PSM menunjukkan wujud kecelaruan antara pucuk pimpinan PKR dan PAS dalam menyerahkan watikah pencalonan kepada calon untuk DUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sewaktu membuat sidang media di Kota Damansara telah menuntut Hadi Awang menjelaskan dakwaannya mengenai calon PKR yang terlibat dengan ideologi "Komunisme". Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM telah menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan Hadi Awang yang merujuk kepada PSM terlibat dengan ideologi "Komunisme".

Kenyataan Hadi itu juga membuatkan kepimpinan PSM naik berang. PSM juga mahu Hadi Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

PAS seharusnya lebih tegas dalam hal ini dan memberi kata dua kepada Pakatan  Rakyat sama ada memilih mereka atau PSM. Ini kerana kepimpinan PAS menolak fahaman komunisme dalam PR, yang mana sebelum ini Mat Sabu dengan jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan Mat Indera membunuh tentera Melayu di Bukit Kepong.

Hadi juga seharusnya membuat pencerahan berhubung perkara itu, dengan menyatakan pendirian Majlis Syura Ulamma PAS apakah hukumnya bekerjasama dengan mereka yang berfahaman komunisme yang terang-terang menolak amalan agama dan bertentangan dengan hukum  Islam.

Adakah PAS akan memberi teguran keras kepada PSM atau sebaliknya tunduk kepada arahan DAP?

Kita sama-sama nantikan jawapan Hadi dalam menyelesaikan isu ini. Selama ini mereka melaungkan pentadbiran cara Islam, namun apabila berlaku kejadian seperti ini, PAS masih membisu tanpa sebarang keputusan.

Friday, 19 April 2013

HABIS LA HANG HADI AWANG !!! TENGOK LA KENA TIBAI NANTI !!!! #TolakPAS #TolakPR #PRU13



Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang

Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.

Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.

Menyedari hakikat itu, tidaklah pelik apabila PAS kini lebih memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah Presidennya, Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu.

Pada PRU-12 2008 yang lalu, Hadi bernasib baik berjaya menawan semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PAS di Terengganu. Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747 undi sahaja.

Sebelumnya pada PRU-11 2004, Hadi tewas di tangan Giant Killer, Datuk Abdul Rahman Bakar. Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar diterima hakikatnya oleh PAS.

Pada PRU-13 ini pula pencabar Hadi ialah Datuk Yahya Khatib, yang merupakan EXCO Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita diyakini bakal mengulangi sejarah hitam yang pernah dialami Presiden PAS itu pada PRU-11 2004.

Pertarungan di Parlimen Marang pada PRU-13 ini antara Hadi dengan Yahya boleh diumpamakan seperti gergasi melawan kancil, secara kasar ia kelihatan condong memihak kepada Hadi tapi realiti semasa tidak sebegitu.

Dengan track rekod Yahya yang berjaya menurunkan peratusan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu, di samping aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai hubungan mesra dengan penduduk setempat, jelas sekali beliau adalah sandaran terbaik untuk BN merampas semula Parlimen Marang.

Hadi yang berbekalkan kemenangan majoriti 2,747 undi pada PRU-12 sukar untuk meningkatkan sokongan pengundi kali ini apatah lagi sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli dan penyokong PAS beralih arah dan mula mendekatkan diri dengan UMNO termasuklah di kubu kuatnya dalam DUN Rhu Rendang.

Semua empat DUN dalam Parlimen Marang menunjukkan aliran sokongan pengundi berpihak kepada BN, malah para pengundi baru termasuk mereka yang merupakan anak kepada penyokong kuat PAS pun cenderung untuk menyokong UMNO dan mengundi BN.

Jika senario semasa dijadikan sandaran menilai kedudukan BN dan PAS, nyata Yahya berada dalam posisi yang baik untuk membenamkan Hadi sekaligus bakal digelar sebagai Giant Killer yang baru.

Seandainya ia menjadi kenyataan, selepas PRU-13 pastinya Hadi bakal berdepan dengan kemelut dalaman parti yang parah dan menjadi titik noktah kepada hayat politiknya kelak.

AMANAT SONSANG LAGI JIJIK !!! 

Tuesday, 16 April 2013

TUDIAA !!! Pemimpin pembangkang masih menggunakan sentimen Yusuf Qardhawi #TolakPR #GE13 #PRU13


Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamarudin, mengesahkan kewujudan surat sokongan daripada ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal digunakan sebagai strategi untuk memancing sokongan pengundi Melayu pada PRU13.

Namun begitu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.

 15/04/13 – Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamarudin mengesahkan kewujudan surat sokongan daripada ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal digunakan sebagai strategi untuk memancing sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

“Memang surat Qardhawi kita dapat awal, itu tidak menjadi masalah kita akan menggunakan surat itu untuk disebarkan agar memberikan keyakinan bahawa Keadilan (PKR) ini adalah parti yang…mendapat sokongan daripada seorang ulama tokoh dunia.

“Jadi itu saya rasa akan dapat melonjakkan lagi sokongan kita terutama dikalangan orang Melayu, orang Islam dalam negara kita,” katanya kepada Antarapos.

Menurut Zuraida surat itu adalah bukti Qardhawi “merestui” perjuangan Anwar untuk memenangi PRU.

“Memang kita sudah sebutkan bahawa Qardawi merestui perjuangan Anwar. Jadi kalau kita nak sebarkan sebagai bahan kempen tidak menjadi masalah,” tegasnya.

lajut jom BACA SINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...