sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BALING. Show all posts
Showing posts with label BALING. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

BN YOUTH JOB FAIR BALING MERIAH! ! PEMUDA UMNO TEPATI JANJI


Awal bulan ogos lalu sewaktu merasmikan mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Baling,  Naib Ketua Pemuda Umno,  Khairul Azwan Harun (AzwanBro) telah berjanji kepasa semua jentera pemuda dan rakyat Baling bahawa beliau akan membawa BN Youth Job Fair ke Baling. 

Hari ini impian dan janji tersebut telah di tepati kepada rakyat Baling dan kawasan sekitar untuk membantu muda mudi mendapatkan peluang kerja dan membina kerjaya mereka. 

Saturday, 21 June 2014

VIDEO : PESANAN KHAS MB @MukhrizMahathir UNTUK PENDUDUK BALING #MbMesraRakyat MAI TENGOK






Friday, 20 June 2014

TUDIAA !!! BALING AKAN BERGEGAR LAGI !!!! 21-22 JUN 2014 , PAKAT MAI SERBU RAMAI-RAMAI @MukhrizMahathir @azeezputera #MBmesraRakyat




Page rasmi Mukhriz Mahathir Fans Club.. ikuti perkembangan kami secara terus bersama beliau.

Bukan hanya kerjaya beliau, kehidupan peribadi juga kita akan sentuh..

Jangan lupa share dengan kawan-kawan, untuk LIKE page Mukhriz Mahathir FC ..

jangan LIKE yg TIRUAN.. LIKE yg original!! (Pastikan ada LOGO Mukhriz Mahathir FC)





Masa dinanti nanti sudah tiba.. Program Mesra Rakyat #MbMesraRakyatakan turun ke Daerah Baling. YAB DS Hj Mukhriz Tun Mahathir akan turun bermalam dirumah keluarga angkat dan beramah mesra serta turun ke kampung kampung dalam daerah Baling pada 21-22 Jun ini..

Sunday, 6 April 2014

#BALINGBERSELAWAT : GAMBAR-GAMBAR TERBAIK DI MALAM CINTA RASUL BALING #SELAWATPERDANA @azeezputera @tunfaisal


Alhamdulillah Majlis Malam Cinta Rasul , Baling Berselawat malam tadi berjalan dengan meriah dengan kehadiran lebih 15000 pengunjung datang memenuhi setiap ruang Dataran Depan KFC Baling . Majlis di hadiri oleh Ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dato Seri Jamil Khir Baharom , Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 


Bukan sahaja orang dewasa malah begitu ramai remaja , kanak-kanak turut bersama di Majlis ini. Kebanyakkan pengunjung berharap program sebegini diteruskan kerana ia menunjukkan kecintaan terhadap Rasulullah dan penyatuan sesama umat Islam. 


Saturday, 5 April 2014

HOT NEWS : TUDIAA RIUH RENDAH DI BALING SEKARANG #BALING




Alhamdulillah ribuan penduduk Baling dan kawasan sekitar telah mengunjung program Karnival Rakyat Daerah Baling yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam ini. 

Pelbagai agensi termasuk JPJ telah membuka kauter mereka dan mendapat sambutan luar biasa dari pengunjung.  

Apa lagi tunggu,  jom meriahkan program berguna ini.  rugi kalau ketinggalan. 





Malam nanti juga majlis yang ditunggu-tunggu Malam Cinta Allah dan Rasul Baling berselawat menanti kita,  pastinya ribuan umat Islam bakal memeriahkan majlis ini. 






Thursday, 1 August 2013

VIDEO EKSKLUSIF !!! SAPA YANG DUK KATA DEKAT AZEEZ RAHIM BALING , MAI SINI TENGOK APA DIA BUAT !!! TAKAT DUK BUNYI LEBIH BAIK DIAM !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir


Sempena bulan Ramadhan ni , Apj bangga dan terharu dengan sumbangan dan bantuan yang diberikan pada mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim di seluruh negara. Siapa lagi yang boleh membantu selain dari kita. Kitalah Ayah , Emak , Abg , Kakak dan saudara-saudara mereka. 

Mereka juga ada hak untuk merasa nikmat bergembira dihari raya walaupun kita tahu kesedihan yang teramat dalam hati mereka mengenangkan Ayah dan Ibu yang sudah pergi tatkala mereka masih lagi belajar mengenai erti kehidupan. 

Sunday, 19 May 2013

TUDIAA !!!!! MB KEDAH BARU ARAH HENTI SERTA MERTA TEBANG BALAK !!!! SYARIKAT MANA TU YANG TERLIBAT ?? #HanyaDiKedah


Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri ini supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Katanya beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.



"Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.

"Pada masa hadapan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi...saya ingat dah cukup. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah. Bagi saya pokok yang tegak berdiri lebih besar nilainya daripada pokok yang ditebang. Ada potensi dan peluang untuk industri pelancongan dan sebagainya," katanya.

Isu pembalakan tidak terkawal oleh kerajaan negeri sebelum ini merupakan satu isu yang membelenggu rakyat Kedah terutama di kawasan-kawasan terlibat.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk Rektornya Prof Datuk Dr Jamil Osman dalam usaha menyelesaikan masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Katanya beliau telah meminta Exco terlibat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain supaya memberikan perhatian mengenai masalah berkenaan.

"Beliau akan memberikan laporan yang lebih menyeluruh kepada saya untuk kita memutuskan hala tuju baru bagi Kuin. Kita juga berbincang dengan pihak lain yang terlibat dengan Kuin. Paling penting kita kena jaga kebajikan pelajar, kakitangan barulah pengurusan," katanya.

Kuin merupakan satu lagi masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Kakitangan Kuin berhadapan masalah dengan pihak pengurusan yang mereka dakwa melakukan penyelewangan termasuk gagal membayar caruman kepada pihak ketiga walaupun ada pemotongan dibuat dalam slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukar kehidupan para pelajar yang terpaksa berpindah randah.

"Jumlah RM46 juta setahun itu sebenarnya memberi kesan kepada rakyat. Bayangkan berapa banyak rumah untuk rakyat memerlukan yang boleh dibina dengan wang sebanyak RM46 juta itu," kata Mukhriz. - Bernama

Friday, 17 May 2013

VIDEO HOT : EXCO PENERANGAN KEDAH YANG MELETOP !!!! #HanyaDiKedah

Tahniah YB Datuk Tajudin kerana telah di lantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan..


Thursday, 4 April 2013

GEMPAR !!! CIKGU NON DISERANG DI MEMALI !!! CEHH PAS TERKUTUK !!! #PRU13 #TukarKedah


Seperti yang kita jangka, sudah tentu kedatangan Cikgu Non berceramah di Kampung Memali akan diganggu oleh tegar Pas yang dunggu. Namun Cikgu Non tenang, sambil mencabar 'makhluk' yang cuba menganggu ceramah beliau.

Jika terbukti saya membuat kesilapan, moga sedia ada yang membetulkannya. Saya mewakilkan diri untuk mencari titik kebenaran dan perpaduan ummah. Biarlah kita sama-sama seiring bersama orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah.

Sesuai dengan apa yang saban hari kita membaca dan berdoa kepada Allah pada akhir surah Fatihah,‘Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.’

Pendedahan tentang keresahan ini sebenarnya mewakili ribuan lagi ahli-ahli Pas yang kurang senang dengan perkembangan politik tanah air sekarang. Ribuan ahli Pas sedang bingung dengan perubahan sikap pimpinan mereka. Bagaimanapun, ada sesuatu yang menghalang mereka dari membuat teguran.

Majoriti ahli Pas berpegang kepada daripada mendatangkan mudarat yang besar, biarlah kekal mudarat yang kecil. Oleh itu diam, tutup mulut. Kalau bising-bising dekat luar, jadilah nasib seperti Dato’ Dr. Hasan Ali yang dihumban keluar dari tingkap Pas.


jom lagi hebat disini 

Friday, 29 March 2013

VIDEO EKSKLUSIF 2 : YANG TAK PERNAH KITA LIHAT PASAL TRAGEDI MEMALI !!! BUKTI DIDEDAH #TolakPas #TukarKedah





APJ : PARTI AJARAN SESAT 

VIDEO EKSKLUSIF 1 : KISAH MEMALI YANG TAK PERNAH KITA TAHU DI DEDAH DEMI PENGATAHUAN UMUM !!! #TolakPas #TukarKedah





Ini video part one dari UMB News. Perkara yang tidak semua kita tahu mengenai Memali. Kita asyik mendengar cerita sebelah sana saja, rupanya Memali didalangi dengan ajaran syiah. Malah macam ada yang tak betul dikalangan orang kampung Memali ni.

Kalau mengikut Islam, kalau nak berperang, wanita dan kanak-kanak sepatutnya duduk dirumah atau tidak terlibat. Tetapi dalam insiden Memali ni, wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai duduk dibahagian hadapan.

Kita semua dapat lihat dengan jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tapi mereka yang mula bertindak aggresif menganggu polis.

Mungkin orang kampung Memali terpengaruh dengan 'amanat Haji Hadi' yang kononnya mahu menubuhkan negara Islam. Hingga pada waktu itu difatwakan mati pun syahid. Tetapi macam mana pula status 'syahid' orang kampung Memali kini? Bila Pas menukar perjuangannya kearah negara kebajikan?

Sebenarnya tidak ada erti syahid, jihad atau perjuangan Islam dalam politik Pas. Semuanya hanya temberang nak berkuasa saja. Mangsanya orang kampung dan orang-orang yang tak tahu nak berfikir. Kalau benar Pas perjuangkan Islam tak mungkin dia boleh tukar prinsip negara Islam dan hudud sekalian lama.

Untuk PRU ke 13 ni, Pas dah gugurkan hudud dan negara Islam semata-mata untuk bersama Dap. Dimana lagi Islam Pas kalau apa yang diperjuangkan dulu sanggup dibuang atas arahan Dap? Fikirlahh..



Temubual dengan bapa Ibrahim Libya:

Ternyata, bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

Monday, 4 March 2013

EKSKLUSIF : VIDEO KERAJAAN PAS KEDAH ZALIMI PENDUDUK BUKIT HIJAU , BALING #TukarKedah

Baling 03/03/12 - Akibat tidak tahan dengan masalah air yang di alami lebih dari 100 buah rumah, lebih kurang 100 lebih penduduk Kampung Bukit Hijau telah mengadakan himpunan bantahan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang di lihat mengambil sikap lepas tangan dengan permasalahan yang sedang di hadapi penduduk kampung akibat pembalakan yang tidak terkawal.

Menurut penduduk kampung terbabit yang di kenali dengan gelaran Pak Su, Pihak Kerajaan Negeri pernah berjanji sebelum melakukan pembalakan akan mengambil balak di bahagian bawah dari kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau. Namun apa yang terjadi selepas pembalakan adalah sebaliknya .

Janji hanya tinggal janji apabila pembalakan tetap berlaku di bahagian atas yang menjadi tempat takungan air Masyarakat yang di gunakan seharian penduduk kampung tersebut.

Apabila di tanya soalan " Apakah wakil Kerajaan Negeri kedah atau YB di kawasan tersebut yang mewakili PAS Kedah pernah tampil menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung berkenaan ??

" Wakil dari Kerajaan Negeri tidak pernah tampil menyelesaikan permasalahan ini. Malahan Wakil Rakyat kawasan tersebut yang mewakili PAS tidak pernah mengambil tahu permasalahan air yang sedang di hadapi penduduk kampung " katanya.

Melalui tinjauan yang di buat pihak Team Media Kedah. Kawasan tersebut telah di penuhi dengan kayu-kayu balak lama di kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau yang gagal di bawa keluar dan di percayai kayu balak terbabit gagal di lesenkan Jabatan Hutan.

Selain dari permasalahan air, beberapa penduduk kampung juga tampil di berhimpun terbabit adalah di sebabkan kegagalan Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kawasan kaki Gunung Inas.


Wednesday, 30 January 2013

KES TANAH KUPANG : PAS KUPANG BODOH LAGI BAHALOL !! UGUT NAK SAMAN PENEROKA !!! TUIHHH !!! SAMAN LA !!! LAIN KALI TELITI DULU SEBELUM SEBUT NAK SAMAN !! MALU SIAL PAS KUPANG BODOH #SlmtknGngInas #tukarkedah


Setelah pendedahan dilakukan oleh media berkenaan kes penipuan YB Pas ambil duit orang kampung, kononnya untuk keluar geran tanah.

Pendedahan tersebut boleh baca kat SINI dan SINI. Kalau tak baca sudah tentu anda semua tak tahu cerita sebenar.

Selepas pendedahan tersebut, blog Kamera Kupang telah mendedahkan jawapan dari Pejabat Adun Pas Kupang. Maknanya Cikgu Joe dah panas pungkoq dengan pendedahan media terhadapnya.




Memang puak pencacai Pas ini bodoh takdak dah. Korang kena dengar betul apa pakcik Tahak Lahamad kata, malah kami ada rakaman pakcik Tahak dalam video kat bawah.

Pakcik ni tak cakap pun dia yang mohon tanah tu...tapi nama beberapa orang anaknya yang memohon. Resit yang dikeluarkan bukan atas namanya tapi atas nama anak-anaknya. Cuma dia yang mengusahakan tanah-tanah tu.

Tak percaya, dengar betul-betul apa pakcik Tahak tu kata.



Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi.

he he he.. nampaknya Cikgu Joe dah mula rasa panas punggung. Tu la orang suruh buat kerja elok-elok, tapi hangpa dok tipu orang kampung. Kalau nak kata hangpa tolong orang kampung pun agak-agak la. Dah hampir 3 tahun, senyap dan sunyi tanpa berita.

Malah tanah di Gunung Inas tu dah diberikan pada orang lain. Bukan ini saja bukti kami, kami ada banyak lagi bukti wahai Cikgu Joe. Kalau Azizan nak jawab, biar dia jawab. Kita tengok apa kata MB taktau apa tu nak bersuara juga.

He he he.. Islam konon.. Islam pala angguk dok muhung orang merata!


APJ : PEKAK LA PAS NI !!! 

Monday, 28 January 2013

EKSKLUSIF : VIDEO KEMARAHAN PENDUDUK MAKIN KEMUNCAK KEPADA YB ADUN PAS KUPANG !!! TINDAKKAN AKAN DIAMBIL !! #SlmtknGngInas #tukarkedah


Kemarahan penduduk yang ditipu oleh YB ADUN PAS KUPANG semakin memuncak dan mereka bersatu untuk mengambil tindakkan kepada Pejabat Adun PAS Kupang ~ 



BALING - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.

Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.

Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.

"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.

"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.

"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan







APJ : YB JOE ingatlah ye ~ bukan selalunya kita boleh terbang tinggi dan tak semua orang kampung boleh ditipu . Jangan jadi manusia berbin atau berbintikan syaitan 

ADUN PAS KUPANG TIPU GERAN TANAH : PAKCIK TUA LUAH PERASAAN BERGOLOK BERGADAI !!!! #SlmtknGngInas #tukarkedah


Pak Tahak antara 110 orang peneroka tanah di kaki Gunung Inas yang ditipu oleh Adun PAS Kupang kerana janji-janji manis YB PAS Kupang berkenaan. Mereka diarahkan membayar bermacam-macam perkara bagi proses untuk mendapatkan geran tanah yang diterokai mereka. 

Ada antara mereka sanggup membayar rm 1000 hingga 10 ribu ringgit untuk mendapatkan geran tanah berkenaan. Bukan bari sebulan atau 2 bulan perkara ini terjadi tetapi sudah hampir 2 tahun penduduk yang membayar kepada pejabat Adun PAS Kupang masih tidak mendapat apa-apa lagi geran atau surat dari pejabat tanah.


Menurut Pak Tahak 70 , beliau terpaksa berhutang dan bergolokgadai bagi menjelaskan rm 10000 untuk mendapatkan geran tanah yang diteroka beliau kepada pejabat Adun PAS Kupang. Pak Tahak ternyata kecewa kerana PAS yang mendaulatkan Islam telah menipu penduduk yang susah seperti beliau dan rakan-rakannya.


Kerana tidak lagi mampu bersabar mereka berkumpul dan berdialog bersama penasihat undang-undang unit media baru iaitu Tun Mohd Ammar dan wakil daripada UMNO bagi mendapat pandangan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

Mereka sepakat menubuhkan Badan Bertindak bagi menghantar memorandum kepada Menteri Besar Kedah dan membuat laporan POLIS dan SPRM beramai-ramai.

APJ : buat YB Jo , Time kamu sudah berakhir ~~~

Sunday, 27 January 2013

EKSKLUSIF : PENDUDUK DITIPU YB PAS KUPANG !! APA NI YB YANG MENDOKONG ISLAM KATANYA ??? #TUKARKEDAH #SlmtGngInas @umbkedah

Kisah permohonan tanah tu, kisah dah lama, hampir dua tahun lepas. Kita tengok apa jadi lepas dua tahun?

Penduduk kampung Iboi ditipu!! Mana boleh Pejabat Adun Pas Kupang boleh gantikan kerja pejabat tanah. Ada penduduk kampung yang telah membuat semakan di Pejabat Tanah Daerah Baling, memang tidak ada langsung permohonan dan semua bayaran yang mereka buat entah pergi ke mana.

Sudah la orang kampung ini bukan dari kalangan orang yang berada. Hanya hidup mencari makan dengan kerja-kerja kampung. Dah la susah, lagi mereka ditipu. Ditipu pulak oleh YB Pas yang mereka pilih dan percaya. Tengok gambar dibawah, berapa ramai agaknya yang kena tipu.



Uihh.. ramai juga yang kena tipu, atas rayuan penduduk kampung yang kena tipu. UMNO Kedah dan UMNO Baling telah bekerjasama dengan UMB Kedah untuk membuat dialog bersama peguam (penasihat undang-undang UMB).

Dialog bersama peguam untuk memastikan bahawa benarkah mereka ditipu, apa tindakan yang mereka boleh buat selepas ini, dan jalan penyelesaian kepada segala permasalahan ini.



Memang kesian Mc tengok semalam, ramai orang kampung meluahkan perasaan. Malah ada penduduk kampung yang menangis disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Adun Pas Kupang.

Bayangkanlah, hasrat mereka untuk memiliki tanah dikecewakan begitu saja. Ada yang habis berpuluh ribu ringgit tuntuk membayar permohonan tanah, tetapi setelah lebih dua tahun menunggu, mereka kecewa. Malah apabila disemak, permohonan di pejabat tanah tidak pernah dibuat. Apakah itu bukan penipuan?




Gambar diatas adalah resit pembayaran yang dikeluarkan oleh pejabat Adun Kupang, banyak kan? Peguam bersama Ketua Pemuda UMNO Baling dan Adun Bayu membuat semakan keatas resit yang dikumpul.


Setelah semakan dibuat, memang jelas resit pembayaran dibuat oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang beralamat di Pejabat YB DUN Kupang.

Sememangnya ada kesalahan undang-undang yang dilakukan disini. Mana boleh Pejabat DUN mengutip bayaran permohonan tanah yang sepatutnya dikeluarkan oleh pejabat tanah.

Malah resit yang dikeluarkan, bukan resit rasmi dan permohonan yang mereka lakukan dua tahun lepas, tidak pernah didaftar langsung di pejabat tanah.

Ini membuktikan bahawa Pas menipu penduduk kampung, rakyat Baling dan rakyat Kedah. Pembaca boleh tengok video Adun Bayu yang mempunyai pendapat tersendiri.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...