sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label JANJI DITEPATI. Show all posts
Showing posts with label JANJI DITEPATI. Show all posts

Friday, 5 April 2013

TUDIAAA !!! JOM TETAPKAN RANCANGAN MASA DEPAN KITA ESOK !!! #PRU13 @NajibRazak


Salam 1Malaysia,

Dengan pengumuman pembubaran Parlimen oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, kita bakal menghadapi pilihan raya tidak lama lagi. Pilihan raya adalah hak dan peluang bagi kita untuk menentukan pucuk pimpinan yang akan mengemudi hala tuju negara kita ke arah kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Esok, Sabtu 6 April 2013, Perdana Menteri akan melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU-13. Manifesto ini adalah satu janji BN kepada rakyat Malaysia, sekiranya diberikan mandat untuk sekali lagi mentadbir negara bagi tempoh yang akan datang.

Majlis Pelancaran Manifesto BN tersebut akan diadakan pada pukul 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV1 serta Astro Awani.

Untuk perkembangan lanjut mengenai pelancaran manifesto tersebut, ikuti tweet terkini menerusi laman Twitter @NajibRazak dan seterusnya layari 1Malaysia.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut kandungan manifesto tersebut.

Lihat sini untuk mengetahui pencapaian-pencapaian Perdana Menteri selama ini.

Saturday, 8 December 2012

HOT NEWS : ZAHRAIN BUAT ANWAR BERANG !!!!



Jika sebelum ini heboh desas desus menyatakan Datuk Seri Zahrain bakal menyertai UMNO segalanya terjawab tengahari tadi sewaktu jamuan makan tengahari bersama YAB Perdana Menteri.YAB Perdana Menteri yang dalam rangka lawatannya ke Pulau Pinang hari ini bukan saja diberikan sambutan yang cukup meriah oleh puluhan ribu rakyat Pulau Pinang dari pelbagai bangsa malah beliau turut menerima borang keahlian UMNO daripada Datuk Seri Zahrain bersama 300 orang pengikutnya.


Bukan sesuatu yang biasa apabila perkara seumpama ini berlaku dan bukan satu perkara kecil kerana kemasukan Datuk Seri Zahrain kembali bersama UMNO ada sebabnya.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Ahli Parlimen Bebas ini antara yang paling lantang sewaktu bersama PKR pada 2008 sehingga menewaskan pencabarnya dari BN dengan majoriti 11,209 undi dalam pilihan raya yang lalu , kemudiannya bertindak keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas seterusnya menjadi antara pemimpin yang paling lantang mengkritik Pakatan Haprak.


Antara sebab yang perlu anda semua ketahui adalah Zahrain sebenarnya terpanggil untuk kembali bersama perjuangan UMNO bertitik tolak daripada ucapan YAB Datuk Seri Najib dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini yang ikhlas dan benar-benar komited dalam usaha mempertahankan survival bangsa Melayu , agama Islam dan semestinya seluruh rakyat dan negara Malaysia.


Oleh kerana itu Zahrain yang mengakui sebak sewaktu mendengar ucapan Presiden UMNO membulatkan tekad dan muhasabah diri untuk kembali berjuang bersama UMNO demi Bangsa,Agama dan Negara.




Perhimpunan kali ini luar biasa sebab saranan yang dibawa oleh presiden parti bukan hanya tertumpu kepada orang UMNO tetapi orang Melayu keseluruhannya. Saya hadir dalam perasmian dan sebak mendengar ucapan presiden.


Kita harus sedar bahawa kedudukan orang Melayu hari ini di persimpangan dilemma. Presiden dengan tepat telah mengingatkan bukan sahaja orang UMNO, tetapi orang Melayu dan Islam tentang pembangkang yang tak peduli dengan isu kelansungan orang Melayu, tetapi lebih kepada impian seseorang untuk menjadi Perdana Menteri.


Dalam PRU yang lalu pembangkang banyak menang kerana ramai orang Melayu membelakangkan UMNO. Tapi hari ini orang Melayu sudah nampak bahayanya kalau pembangkang diberi kuasa.Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baca seterusnya

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...