sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label 1 malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 malaysia. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

PANAS !!!! MERDEKA CENTRE BUAT ANWAR SAKIT HATI !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


Kajiselidik terbaru Merdeka Centre yang menjalankan kajian dari tempoh 28 April hingga 2 Mei mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima PM Najib dan percaya kepada BN.

61% responden berpuas hati terhadap prestasi PM Najib.

50% responden mempunyai persepsi positif terhadap BN.

Pakatan Rakyat hanya mendapat 34% persepsi positif.

58% merasakan Malaysia, secara keseluruhan, sedang berada di landasan yang betul.

Isu penting dalam kajiselidik ini adalah isu ekonomi, di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di bawah PM Najib.

Inline image 1

Inline image 2

Inline image 3

Thursday, 25 April 2013

PRU13 : VIDEO LUAHAN SEORANG IBU !! SEBUAH PERHARGAAN #GE13 #PRU13 #Vote4BN



Dalam siri terbaru video-video “Bersuara”, Puan Rozita dari PPL Gombak Setia berkongsi pengalaman hidup dengan dua orang anak beliau yang mengidap dyslexia dan asthma.

Beliau melanjutkan rasa kesyukuran terhadap program penjagaan kesihatan serta bantuan menangani kos sara hidup di bawah pentadbiran PM Najib Razak yang banyak membantu golongan berpendapatan rendah seperti beliau.


KAMI PILIH MALAYSIA , KAMI PILIH BARISAN NASIONAL 

Monday, 22 April 2013

VIDEO GEMPAQ !!!! BILA EN ABDUL JALIL BERSUARA !!! HAMPA JANGAN TERKEDU !! #BNBagus #Transformasi #ManifestoBN #BetterNation #GE13 #PRU13 #Vote4BN


Ramai rakyat Malaysia bersyukur dan menghargai usaha-usaha kerajaan BN dalam menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat perubatan swasta.

Video ini memaparkan rasa kesyukuran seorang rakyat, En Abdul Jalil yang menghidap sakit mata apabila program-program transformasi Perdana Menteri DS Najib Razak juga menyentuh aspek penjagaan kesihatan yang dianggap sangat penting.




Wednesday, 17 April 2013

HOT NEWS : GOLONGAN MUDA BERBANGSA CINA SOKONG TRANSFORMASI PM DAN BN #BNBaru #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus


Usaha PM mendekati rakyat melalui media social, terutamanya golongan muda berbangsa Cina, disambut baik.

Kini golongan muda Cina kini lebih berminat untuk ambil tahu tentang politik tempatan dan mereka mengkagumi sikap PM yang lebih terbuka dan peramah.

Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata PM amat memahami jiwa dan aspirasi golongan muda.

LANJUT BUKA SINI 

JOM KITA PAKAT LIKE PAGE DI BAWAH


Friends of BN


Najib Razak Club


Ah Jib Gor


TENTUNYA APA YANG BUAT NAJIB SEKARANG ADALAH UNTUK SEMUA BANGSA DAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN TRANSFORMASI BARU !!!


KAMI SOKONG BN


TUDIA !!! BN BARU DAH BERMULA !!! INI BARU TRANFORMASI NAJIB #BNBaru #BetterNation #GE13 #PRU13 #Transformasi

Calon Baru BN : 33 % Parlimen , 49 % DUN Berdepan PRU 13


KUALA LUMPUR, 15 April -- Barisan Nasional (BN) membariskan seramai 33 peratus calon baru untuk peringkat Parlimen dan 49 peratus untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ujarnya, walaupun BN meletakkan calon-calon baru namun ia masih membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada terdiri daripada mereka yang ada pengalaman berkhidmat sama ada sebagai wakil kerajaan atau wakil rakyat.

"Ini adalah kerana imbangan daripada pengalaman amat penting sebab kita bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan sebagai sebuah parti dengan mandat yang baru bagi menubuhkan kerajaan akan datang tetapi kita juga perlu mempunyai mereka yang mampu untuk mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya.

APJ : BN membuktikan kesungguhan melakukan transformasi politik dengan memperkenalkan 33% muka baru untuk Parlimen dan 49% untuk DUN.

HEBAT BN , KAMI SOKONG CALON PM 

Tuesday, 16 April 2013

HOT NEWS !!! PASUKAN TERBAIK UNTUK MENCIPTA TRANFORMASI BARU UNTUK MALAYSIA #PRU13 #GE13 #BNBagus


KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.

BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.

Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini Isnin.

Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: "Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat."

Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA hari ini.

Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.

MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.

Esok, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.

Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.

Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi.

Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.

Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen BN terbaru dan keempat yang tidak akan bertanding. Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.

Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas. Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai.

Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ - kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.

PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A. Chandrakumanan dipilih sebagai calon.

Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri - Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.

Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.

Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN esok.

Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.

Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April.

Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.

Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.

Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.

-- BERNAMA

Monday, 15 April 2013

GEMPAR !!! KERETA KEBAL BN DI SANGKA REPLIKA RUPANYA BOLEH BERGERAK !!!! #BNBagus #PRU13 #GE13


13/4/2013 Dalam sejarah kereta kebal mega dibina hasil kelab 1 Malaysia Sungai Kecil sekali lagi mengemparkan pihak lawan apabila kereta kebal yg dibina disangka replika akhirnya berjaya digerakkan dengan kuasa engine.

Satu perarakan dibuat malam tadi bersama lebih dari 100 penduduk bersama wartawan.perarakan hampir 3 KM.objektif untuk menarik lebih ramai anak muda untuk menyokong kerajaan BARISAN NASIONAL.

BN HEBAT 

Friday, 5 April 2013

TUDIAAA !!! JOM TETAPKAN RANCANGAN MASA DEPAN KITA ESOK !!! #PRU13 @NajibRazak


Salam 1Malaysia,

Dengan pengumuman pembubaran Parlimen oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, kita bakal menghadapi pilihan raya tidak lama lagi. Pilihan raya adalah hak dan peluang bagi kita untuk menentukan pucuk pimpinan yang akan mengemudi hala tuju negara kita ke arah kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Esok, Sabtu 6 April 2013, Perdana Menteri akan melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU-13. Manifesto ini adalah satu janji BN kepada rakyat Malaysia, sekiranya diberikan mandat untuk sekali lagi mentadbir negara bagi tempoh yang akan datang.

Majlis Pelancaran Manifesto BN tersebut akan diadakan pada pukul 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV1 serta Astro Awani.

Untuk perkembangan lanjut mengenai pelancaran manifesto tersebut, ikuti tweet terkini menerusi laman Twitter @NajibRazak dan seterusnya layari 1Malaysia.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut kandungan manifesto tersebut.

Lihat sini untuk mengetahui pencapaian-pencapaian Perdana Menteri selama ini.

Wednesday, 3 April 2013

FUHH SEMPAT JUGA PM LUANG MASA BERSAMA KELUARGA @TheCurve @NajibRazak #Najib4PM


Kata Perdana Menteri 

Seronok kerana dapat meluangkan masa lapang pada hari hujung minggu seperti hari ini bersama keluarga. Sebentar tadi, saya dan keluarga bersama-sama menikmati makan tengahari di Little Penang Café, The Curve. Peluang untuk bersama-sama mereka hari ini adalah cukup bermakna buat saya kerana keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya. Syukur Alhamdulillah kerana saya dianugerahkan sebuah keluarga yang penyayang serta sentiasa memberi sokongan kepada saya. - 31hb Mac 2013

Jom tengok lagi  disini 

APJ : TERBAIK PM , KELUARGA MEMAHAMI TUGASAN ANDA !! 

Saturday, 9 February 2013

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...