sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KUALA BESUT. Show all posts
Showing posts with label KUALA BESUT. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

DIARI ABE KU : UMNO BESUT SATUKAN IKATAN PERSAUDARAAN YANG TERPUTUS SELAMA 32 TAHUN ANGKARA PERBEZAAN POLITIK @TengkuZaihan



31.Okt. 2014..Majlis " Kasih Bertaut". dua adik beradik kembali berbaik semula setelah 32 tahun tidak bertegur sapa oleh kerana perbezaan Parti Politik di Kg Gong Penaga Besut Terengganu..Alhamdulillah Allah telah kembalikan kasih sayang mereka...
Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan 11,Dato Seri Idris Jusoh,yang turut di hadiri oleh Yb Ketua Umno Bahagian Hj Nawi Mohamad ,Ybm Tengku Zaihan..dan pemimpin bahagian serta pemimpin kawasan.


Monday, 20 October 2014

DIARI ABE KU : SIRI KE 2 MENGENANG WIRA KUALA BESUT #AbeKu #KualaBesut




17 Okt. Siri ke 2... Program Mengenang Wira Kuala Besut di Rumah Allahyarham Jusoh Hussain di Kg Alor Teratai... Solat Hajat dan tahlil arwah serta pengkisahan kisah jasa-jasa arwah memperjuangkan nasib anak bangsa kuala besut suatu ketika dahulu.... terima kasih kepada keluarga arwah.. Moga roh arwah ditempatkan dlm kalangan para solehin

- Tengku Zaihan 




Wednesday, 24 July 2013

TERKINI !! PRK #KualaBesut !! KEPUTUSAN SEMASA (TIDAK RASMI) SEMUA PDM !!! @tunfaisal



Berikut adalah keputusan tidak rasmi bagi Pilihan raya kecil Kuala Besut setakat jam 7 malam

TERKINI !! PANAS !! TIMB. PENGERUSI SPR DI TUDUH PENGUNDI HANTU ?? KERETA DI TAHAN PENYOKONG PAS !! #KualaBesut

Penyokong Pas tahan kereta Timbalan Pengerusi SPR


KUALA BESUT - Lebih 100 penyokong parti Pas bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini hari ini.

#KualaBesut !! TERKINI !!! VIDEO PANAS !! MUSLIMAH PAS KAKI PUKUL !! ADUN BN DIPUKUL !!!! MEMALUKAN KAUM MUSLIMAH !! HUH @tunfaisal @ahmadmaslan


Muslimah Ajaran Pas 

#KualaBesut !! TERKINI !! GAMBAR-GAMBAR PANAS SEKITAR HARI PENGUNDIAN TADI !!! @tunfaisal @ahmadmaslan


#KualaBesut !! 5 VIDEO PANAS TERSEBAR BAKAL BUAT PAS TERSUNGKUR DI PINTU KUALA BESUT !!!! @tunfaisal @ahmadmaslan @NajibRazak



TERKINI #KualaBesut !! PEHHH RAHSIA SULIT HUSAM TERBONGKAR DEMI PROKSINYA ? @tunfaisal @ahmadmaslan





Jelas kini Husam Musa dalam keadaan terdesak hingga mengeluarkan surat kepada para pengikut PAS di Kuala Besut dengan menjanjikan sekiranya PAS menang dalam pilihanraya kali ini, PAS akan menjadi Menteri Besar.


#KualaBesut !! GEMPAR !! CHE LONG RUPANYA NAK TARIK DIRI KERANA MARAHKAN HUSAM ?? APA KE BENDA NI PAS OIII ??? @tunfaisal @ahmadmaslan



Apj terkedu bila baca keratan di atas tu , dari no yang tertera memang Apj tahu tu no talifon Che Long sendiri . Che Long nampaknya tak puas hati dengan puak-puak Pas ni , yang duk buruk da buka cerita pasal dia hisap dadah rupanya dari puak-puak Pas yang tak puas hati kerana dia dipilih atas faktor kroni kepada Husam. 

Jelas sekali luahan sms di atas tentang kekecewaan Che Long yang dilihat jadi kuda tunggangan Pas , Duit habis berpuluh ribu untuk kempen jadi calon , pastu kena 'gam' pulak mulut . Jahanam la kalau macam ni , belum apa-apa dah jadi kecoh , Pas Dun Kuala Besut sendiri marah kerana calon pilihan mereka tak diambil oleh Pas Pusat . Pas Terengganu haya jadi pak turut saja , terpaksa ikut apa kata Pas Pusat dan Pas Kelantan yang dilihat mendominasi PRK Kuala Besut ni. 

Bab kena tutup mulut ni memang menjadi isu hangat , macam mana nak jadi pemimpin kalau mulut kena tutup , hadoii apa dah jadi dengan Pas ni , main tangkap muat saja , demi kepentingan politik peribadi , yang jadi mangsa adalah rakyat. 

Tuesday, 23 July 2013

#KualaBesut !! WAL HALALKU WAL HARAMMU !! MINYAK MOTO FREE DARI PAS BUKTI PAS TELAN AIR LIUR BASI !!! @tunfaisal @ahmadmaslan

Tengah hari tadi Pas telah memberi 'hadiah' minyak moto percuma kepada penunggang motosikal berumur 21 tahun ke atas yang pastinya boleh mengundi bagi Dun Kuala Besut.
Apa yang Apj nak ceritakan adalah mengenai sikap Pas yang dulu ludah apa yang BN beri pada rakyat kononnya semua yang BN bagi adalah rasuah dan gula-gulakan rakyat.

Nah la ni apa yang mereka buat di Besut ?? Pemberian minyak percuma dikira apa pulak? Nak kata hadiah pemenang bertuah tak jugak , Nak kata menang nombor ekor lagilah jauh.
Apapun Allah dah bayar cash pada Pas , apa yang dikutuk, dituduh , dikeji pada Umno dulu dah kena muka mereka balik .

Rakyat patut menerima hak dan pemberian dari pemimpin.Siapa lagi nak bantu rakyat jika tidak pemimpin-pemimpin baik dari mana parti sekalipun.

GEMPAR PRK !!! OP BONGKAR RAHSIA-RAHSIA CHE LONG TERDEDAH ? TUDIAAA !!! #KualaBesut @ahmadmasalan @tunfaisal



Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.


KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.
(SILA KLIK SINI).

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 

1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :

a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.

11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.


13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

dari blog : kulaan niring 

PANAS!!! BAHAYA 16:16 YANG WAJIB KITA TAHU !! #PRK #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan

Tolak 16:16 demi masa depan negeri dan rakyat Terengganu.

GEMPAR !!! ESOK 12 TGH HARI CALON PAS BAGI RASUAH PADA RAKYAT UMUR 21 KE ATAS ?? APA CITE NI BOH ?? #PRK #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan

Pehhh !!! penuh risalah yang disebarkan mengatakan esok calon Pas Kuala Besut nak beri minyak pecuma kepada penunggang motosikal di Besut. Mana-mana rakyat yang tak leh mengundi dilarang , hanya umur 21 tahun ke atas saja yang boleh isi minyak free ni. 

Apj cuma tersenyum masa dapat risalah nih , bukan apa , dulu sikit punya teruk Pas dok kata Umno beri rasuah , habis yang depa buat ni nak panggil apo ?? pemberian kasih sayang minyak free ?? adehhh itulah sikap Pas , apa yang Umno beri pada penduduk semua rasuah tapi time depa kiro hadioh untuk rakyat , huh !! 

Apj esok nok jadi ore pertamo pegi boh minyak moto sewo nih !! kikiki free de !!! sape tak nok ke !! mace Pas selalu kato apo kerejae beri kito sapu kikiki , ehhh sudah kawe royak pantai timur pulok doh , maklumloh dah seminggu kat Besut nih !!! hihi 

Apj harap esok ramailah penunggang motosikal berbaris buh minyak kat caltex tu !! beratus motopun takpo takde sekate. 


Esok jage takde pulok , kami tak sabar nak isi minyak free nih , bukan hari-hari dapat , time ni je , hihi Kita jumpa disana , disana , diiiii saaaanaaa .. 



Monday, 22 July 2013

#PRK #KualaBesut !! PAS TAK MAHU JAWATAN MB ADALAH PERANGKAP - @zahid_hamidi @tunfaisal



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengingatkan pengundi PRK Dun Kuala Besut supaya tidak terpedaya dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kononnya parti itu tidak mahu jawatan menteri besar adalah sebagai ‘perangkap’

Zahid berkata, adalah mustahil Pas tidak mahu menuntut jawatan itu sekiranya misi 16:16 dilancarkan dalam kempen PRK kali ini berjaya dicapai.

Menurutnya, beliau berharap pengundi di kawasan itu tidak terpedaya dengan perang saraf dilancarkan pembangkang.

“Mustahil mereka (Pas) tak tuntut jawatan itu jika kedudukan kerusi Dun 16:16

“Saya merayu dan menyeru pengundi-pengundi tidak terjebak dengan kempen-kempen dilancarkan Pas,” katanya pada sidang media selepas melawat Martek Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Zahid berkata, sekiranya formula 16:16 itu terjadi, maka akan berlaku kerajaan tergantung menyebabkan ketidakstabilan politik di negeri ini.

Menurutnya, perkara itu akan menyebabkan kerajaan sukar untuk dibentuk.

“Mereka (Pas) kata 16:16 tak membawa makna apa-apa kepada mereka tetapi saya ingin beritahu kalau formula ini terjadi maka akan berlaku kerajaan tergantung.

“Oleh sebab itu cukup penting bagi tentukan masa depan Terengganu kerana jika tergantung kerajaan tak boleh dibentuk. Oleh demikian tentukan BN menang terus di Kuala Besut,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya pengumuman pelbagai bantuan kerajaan untuk kepentingan rakyat Kuala Besut merupakan hasil daripada pelbagai pendedahan yang diketengahkan mereka, Zahid berkata, ‘memang semua projek dilaksanakan BN adalah hasil permintaan PR’.

“BN cukup baik hati atas permintaan mereka maka semua projek dilakukan. Sebab BN tiada perancangan agaknya pada pandangan mereka.

“Hanya merekalah pintar kononnya. Sedangkan BN prihatin terhadap keperluan rakyat tak kira di peringkat mana,” katanya.

Sunday, 21 July 2013

PANAS !!! VIDEO KEZALIMAN PAS KUALA BESUT DIDEDAHKAN !!! #PRK #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan

VIDEO PANAS #PRK !!! MAK CIK BUAT CALON PAS DAN HUSAM TERKEDU !!! #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan



VIDEO PANAS LAGI #PRK #KualaBesut TAKI HINA SULTAN TGANU ?? DERHAKA ? @tunfaisal @ahmadmaslan



Takiyuddin cuba menjadi batu api dengan memainkan sentimen daerah, kononnya kerajaan negeri BN menganaktirikan rakyat Besut melalui perlantikan Menteri Besar. Beliau cuba menabur fitnah yang Idris Jusoh sengaja dipinggirkan dari terus menjadi MB selepas kemenangan BN PRU12 kerana beliau anak Besut tapi sedarkah Takiyudin yang hak untuk melantik MB adalah dibawah bidang kuasa Sultan Terengganu?

Dari percakapan beliau, nyata Takiyuddin SEDAR yang Sultan yang berkuasa melantik siapa yang baginda berkenan untuk menjadi MB.

Namun beliau tetap membangkitkan pemilihan MB itu sebagai satu isu menganaktirikan warga Besut, tidak kah itu seperti beliau mempertikaikan kuasa Sultan?

Apa sebenarnya yang sedang Takiyudin cuba sampaikan? Mencabar kuasa Sultan?




Apj : Sultan lambang kekuatan Melayu !!! DAULAT TUANKU 

VIDEO PANAS #PRK !!! CLOROX BOLEH CUCI DAKWAT KEKAL !!! APA JADI NI SPR ? #N01KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan @NajibRazak






Fuhhh ternyata Clorox memang boleh cuci dakwat kekal , video kat atas tu ternyata membuktikan hal yang dihebohkan Pakatan Rakyat tentang dakwat kekal ni dulu. 

Ini bukti nyata dan jelas bagaimana dakwat kekal yang digunakan semasa pengundian awal di Kem Tentera PRK Kuala Besut  mudah dicuci terutama jika menggunakan bahan peluntur seperti Clorox. 

Hebat bukan dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ini mudah dibasuh dengan clorox tapi hanya boleh dicuci tapi tak hilang hehe .. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...