sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 22 July 2013

#PRK #KualaBesut !! PAS TAK MAHU JAWATAN MB ADALAH PERANGKAP - @zahid_hamidi @tunfaisal



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengingatkan pengundi PRK Dun Kuala Besut supaya tidak terpedaya dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kononnya parti itu tidak mahu jawatan menteri besar adalah sebagai ‘perangkap’

Zahid berkata, adalah mustahil Pas tidak mahu menuntut jawatan itu sekiranya misi 16:16 dilancarkan dalam kempen PRK kali ini berjaya dicapai.

Menurutnya, beliau berharap pengundi di kawasan itu tidak terpedaya dengan perang saraf dilancarkan pembangkang.

“Mustahil mereka (Pas) tak tuntut jawatan itu jika kedudukan kerusi Dun 16:16

“Saya merayu dan menyeru pengundi-pengundi tidak terjebak dengan kempen-kempen dilancarkan Pas,” katanya pada sidang media selepas melawat Martek Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Zahid berkata, sekiranya formula 16:16 itu terjadi, maka akan berlaku kerajaan tergantung menyebabkan ketidakstabilan politik di negeri ini.

Menurutnya, perkara itu akan menyebabkan kerajaan sukar untuk dibentuk.

“Mereka (Pas) kata 16:16 tak membawa makna apa-apa kepada mereka tetapi saya ingin beritahu kalau formula ini terjadi maka akan berlaku kerajaan tergantung.

“Oleh sebab itu cukup penting bagi tentukan masa depan Terengganu kerana jika tergantung kerajaan tak boleh dibentuk. Oleh demikian tentukan BN menang terus di Kuala Besut,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya pengumuman pelbagai bantuan kerajaan untuk kepentingan rakyat Kuala Besut merupakan hasil daripada pelbagai pendedahan yang diketengahkan mereka, Zahid berkata, ‘memang semua projek dilaksanakan BN adalah hasil permintaan PR’.

“BN cukup baik hati atas permintaan mereka maka semua projek dilakukan. Sebab BN tiada perancangan agaknya pada pandangan mereka.

“Hanya merekalah pintar kononnya. Sedangkan BN prihatin terhadap keperluan rakyat tak kira di peringkat mana,” katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive