sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PAS KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label PAS KELANTAN. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

HOT VIDEO : DAP SERU PAS KEMBALI KE PANGKAL JALAN NEGARA BERKEBAJIKAN BUKAN NEGARA ISLAM DAN TOLAK HUDUD ?? TUDIAA


Aku sikit pun tidak rasa terkejut bilamana Nga Kor Meng, cina Dap yang selalu diajar menghafal ayat-ayat suci Al-Quran oleh puak Pas untuk menghina umat Islam lain terutama Umno di pentas-pentas ceramah mereka. 

Aku ingat setelah bertahun cina Dap ini di ajar oleh Pas,  dia dah faham mengenai Islam tetapi malangnya itu hanya lakonan untuk puak-puak Pas bertakbir bila cina ini membaca ayat Quran. Malang sungguh agama Allah dipergunakan Pas untuk politik dunia.



Nga Kor Meng semalam meminta Pas menfokuskan penubuhan Negara Berkebajikan bukan negara Islam dan melaksanakan hudud. 

Penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sunday, 16 March 2014

PANAS !!! ISU HUDUD , KENAPA PAS LENGAHKAN PELAKSANAAN HUDUD - MD ALWI #HUDUD #Kajang #PRKKajang



Pas Kelantan didakwa cuba melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman hudud dengan pelbagai alasan termasuk halangan politik, perlembagaan dan juga mencetuskan isu darurat sepertimana berlaku Majlis Gerakan Negara (Mageran) 1978.

Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sejarah membuktikan Umno tidak pernah menolak hudud, sebaliknya Pas sering kali memberikan alasan.

“Dulu Pas kata pihak yang tidak melaksanakan syariat Islam adalah orang mungkar… kata Umno tolak hudud. Sekarang, dia bagi alasan Pas sebuah parti yang patuh kepada Perlembagaan negara dan takut peristiwa Mageran berulang jika hudud dilakukan.

“Buat apa takut pada Mageran? Mageran hanya berlaku jika rakyat buat demonstrasi besar-besaran sehingga negeri huru-hara, namun alasan itulah yang rakyat percaya kerana kata-kata itu keluar dari Pas,” katanya semasa berceramah dalam Majlis

Penerangan Pasca Sidang Dun Kelantan di Balai Rakyat Dun Kok Lanas, di sini, malam kelmarin.

Tuesday, 23 July 2013

GEMPAR PRK !!! OP BONGKAR RAHSIA-RAHSIA CHE LONG TERDEDAH ? TUDIAAA !!! #KualaBesut @ahmadmasalan @tunfaisal



Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.


KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.
(SILA KLIK SINI).

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 

1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :

a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.

11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.


13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

dari blog : kulaan niring 

Friday, 21 June 2013

GEMPAR !!! MUFTI KELANTAN KATA PESERTA BLACKOUT 505 SEPERTI ORANG HILANG PUNCA #BLACKOUT505 @Tunfaisal


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peserta perhimpunan haram pakatan pembangkang Sabtu ini di Kuala Lumpur sebagai golongan yang sudah hilang 'punca'.

Beliau berkata, golongan tersebut sebenarnya sukar untuk diperbetulkan dan sebarang saranan termasuk mengadakan solat hajat yang jauh lebih baik daripada perhimpunan itu tetap tidak memberikan sebarang faedah kepada mereka.

Sebaliknya kata beliau, peserta perhimpunan itu tetap akan melakukan apa yang mereka fikirkan, meskipun mendapat tentangan banyak pihak.

"Mereka memang suka begitu. Dahulu sebelum pilihan raya, sudah ada perhimpunan sebegini, saya ingat akan berakhir. Namun, selepas pilihan raya, mereka masih lagi tidak puas hati. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati.

"Sekarang saya nampak kalau kita hendak menentang situasi ini, kita terlalu bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ulama, padahal itu hanya melibatkan isu politik dan sepatutnya ahli politik yang perlu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

APJ : betul cakap mufti Kelantan , peserta ini tidak pedulikan solat hajat yang lebih baik dan suka akan kekacauan seperti yang sudah-sudah. Cukuplah ikut syaitan dan iblis dari dap dan pkr tu wahai ahli PAS . 

Monday, 17 June 2013

HOT NEWS : TITIK PERMULAAN KERJASAMA KELANTAN DAN KERAJAAN PUSAT !!! @NajibRazak


Semalam semasa merasmikan istiadat pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan ke13 , Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V menyarankan kerajaan Kelantan dan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri itu bagi kemudahan rakyatnya. 

Baginda bertitah antara kerjasama itu adalah pembinaan jalan Central Spine Road (CSR), lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai serta kemudahan bekalan air bersih di negeri itu.

“Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur lain perlu diteruskan sebagaimana dirancang,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga mahukan kerajaan negeri mempergiatkan usaha menarik pelabur ke negeri itu selepas kejayaan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bilion pada tahun lepas iaitu peningkatan lebih 170 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sektor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri terutama di jajahan Pasir Puteh,” titah baginda.

Dalam hati kecil Apj agar titah Sultan Kelantan ini dapat kembali menyatupadukan pemimpin tanpa mengira politik kepartian agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang diberikan Kerajaan. 

APJ : Semoga ini menjadi titik persamaan bukan perbezaan. 

Thursday, 9 May 2013

GEMPAR !!! HUSAM MUSA DIKERAT BAGI JAWATAN EXCO KELANTAN ?? BERLAKU CAH KETING DALAM PAS KELANTAN ? !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Kemarahan penyokong Husam makin memuncak semalam , mereka berkumpul menyatakan bantahan kepada pucuk pimpinan PAS Kelantan kerana tidak menyenaraikan Husam dalam Exco Kerajaan PAS Kelantan. 

Ada juga diantara mereka berkata berlaku 'cah keting ' bagi menjatuhkan Husam Musa atas petukaran Menteri Besar Kelantan. 

KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.

Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.

Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur. - Bernama

Wednesday, 8 May 2013

TUDIA ANALISA MUDAH !! STRATEGI DAP DALAM PRU MENJADI !!! POWER GILA DAP MENUNGGANG PAKATAN !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


ANALISA MUDAH PRU13 



NAMPAKKAN PENGUASAAN DAP DALAM PRU13 !! 

HOT !! KALAH DI PUTRAJAYA , TUMBANG EXCO DI KELANTAN !!! ITULAH NASIB MU WAHAI HUSAM !!! KAU INGAT PASAL VIDEO IZZAH TU WAHAI HUSAM ?? BERAPA JUTA HARGANYA ?


Husam digugur kerana tak dapat restu Sultan Muhammad Ke-V – Menteri Besar Kelantan

Ketua Pemuda PAS Kelantan turut ditolak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa digugurkan daripada senarai nama Exco kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat ‘restu’ Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob ketika berhadapan dengan beberapa penyokong setia Husam yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, di rumahnya petang ini.

Menurut Ahmad, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

Jelas beliau, selain Husam nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut, namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN Pas Salor, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai penyingkiran nama Husam itu.

Terdahulu pertang ini, Mohd. Nuri dalam satu sidang akhbar menyatakan penyingkiran itu dibantah oleh masyarakat di Salor kerana berpendapat Husam layak untuk terus menjadi Exco kerajaan berdasarkan kepada pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden Pas- sumber sahih

Sunday, 5 May 2013

TUDIA !! BN PENGKALAN CHEPA MENGAMOK !!! #TukarKelantan #TolakPR #PRU13

SALAM, KEPADA SEMUA PENGUNDI PENGUNDI P.020 PENGKALAN CHEPA, N.05 KIJANG, N.06 CHEMPAKA, & N.07 PANCHOR ESOK MERUPAKAN HARI YANG AMAT PENTING BAGI KITA SEMUA DEMI AGAMA , DEMI BANGSA &NEGARA SERTA ANAK CUCU KITA BUAT LAH PILIHAN YANG TEPAT.

SELAMAT MENGUNDI , TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA SEMUA. IKHLAS DARI KAMI CALON CALON SERTA SELURUH JENTERA PILIHANRAYA BN P.020.

Sunday, 28 April 2013

HOT NEWS : TUDIAA GELOMBANG TUKAR KELANTAN BUAT PAS GOYANG !!! #TolakPR #TukarKelantan #PRU13





Kelantan Akan Kembali Ke Pangkuan BN (Utusan)


ANGIN perubahan yang sedang melanda Kelantan ketika ini pasti mencetuskan gelombang kesedaran rakyatnya untuk mengembalikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tidak dinafikan Kelantan dianggap kubu kuat Pas apabila parti tersebut kembali menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990. Namun, rakyat Kelantan mulai sedar mandat yang mereka berikan kepada Pas sejak 23 tahun lalu adalah satu kesilapan.

Seperti yang dijelaskan tokoh veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad kepada Utusan Malaysia semasa berkunjung di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur kelmarin, populariti Pas yang diterajui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kini jatuh merudum. Rakyat semakin resah ekoran kegagalan kerajaan Pas Kelantan membawa perubahan fizikal dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan pembangunan infrastruktur.

Keyakinan Hussein itu bukan sekadar spekulasi yang bersandarkan kepada cakap-cakap kosong di warung kopi semata-mata. Pengalaman beliau dalam politik khususnya di Kelantan amat luas dan mendalam. Hussein pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang selama 32 tahun dan Ketua Penerangan UMNO selama 15 tahun.

"Harapan Kelantan untuk kembali ke pangkuan BN kali ini adalah cerah sebab yang bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah 'Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.'

"Saya kata begitu sebab kesemua calon yang diletakkan di Kelantan mewakili kepimpinan Najib," katanya penuh bersemangat.

Menurut beliau, rakyat Malaysia termasuk di Kelantan dapat melihat sendiri kesungguhan Najib melaksanakan transformasi dalam pentadbirannya sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dan 'faktor Najib' itu memberi bonus yang besar dalam membantu calon-calon BN di Kelantan untuk memenangi hati pengundi.

"Saya percaya ahli-ahli Pas yang tegar akan kekal dengan parti itu tetapi sebahagian besar pengundi di atas pagar sudah nampak apa yang dilakukan oleh BN di bawah kepimpinan Najib.

"Golongan ini akan menyokong UMNO dan sokongan mereka sudah cukup untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan.

"Selain itu, rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki mula menunjukkan perubahan sikap. Jika dulu mereka menentang BN namun sekarang sikap itu bertukar 180 darjah," jelasnya.

Veteran UMNO berusia 79 tahun itu berkata, kerajaan Pas Kelantan juga menerima tamparan hebat apabila golongan ulama pondok yang pernah menjadi penyokong tegar parti tersebut telah berubah arah dan menyatakan sokongan mereka terhadap UMNO secara terbuka.

"Kehendak Allah SWT yang membuka pintu hati pemimpin-pemimpin agama di pondok di negeri yang dianggap sebagai serambi Mekah ini. Sekarang, golongan ulama pondok sudah nampak kepalsuan Pas. Sebab itu mereka kembali ke jalan yang benar.

"Sudah tentu perkembangan terbaharu membabitkan ulama pondok itu akan membawa perubahan di Kelantan. Ini satu petanda yang baik. Saya pernah menjadi calon pilihan raya dahulu. Hendak dapatkan dua pengundi yang menyokong BN di sebuah pondok pun susah tetapi sekarang ramai yang sokong kita," ujarnya.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, Pas semakin rancak mengulangi janji-janji lapuk seperti melaksanakan hudud, membangunkan negeri malah tergamak menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih parti itu. Bagi Hussein, rakyat Kelantan semakin bijak dan tidak akan mudah diperdayakan oleh Pas dengan janji-janji palsunya.

"Hudud pun tidak dilaksanakan dalam Pas. Pernahkah pemimpin Pas dihukum hudud? Sekarang heboh isu pemimpin kanan Pas dituduh tetapi apakah tindakan yang diambil oleh Pas?" katanya.

Mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai Pas dan bekas ahli-ahli UMNO termasuk bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas, Hussein yang cukup memahami tepuk dan tampar politik tanah air menganggap senario itu sebagai 'irama biasa' setiap pilihan raya umum atau kecil.

"Golongan ini kalau kita beri langit pun mereka tetap tidak akan berpuas hati. Itulah tandanya orang yang tidak bersyukur.

"Tetapi kita tidak perlu risau kerana tindakan mereka itu tidak memberi kesan sedikit pun kepada parti malah bilangan pengikut mereka saya percaya setakat boleh dibilang dengan jari.

"Cuma satu sahaja yang saya hendak nasihatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan. Berilah sokongan kepada calon-calon kita sama ada yang baru atau lama demi memastikan kemenangan parti.

"Kita harus ingat semasa kita bertanding dahulu, mereka bekerja keras membantu kita. Kenapa bila mereka bertanding, kita tidak boleh melakukan perkara serupa?" ujarnya.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Hussein sempat meninggalkan sedikit pesanan kepada orang Melayu di Kelantan: "Jaga kepentingan diri kita dahulu sebelum menjaga kepentingan orang lain. Kita mesti membantu diri sendiri dan kita boleh melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13."


Friday, 19 April 2013

HOII HUSAM !! MU INGAT DOK VIDEO NIH ?? MU NOK BOHONG ORE PUTRAJAYA PULOK KO ?? HUDUH PERANGAI MU !!!

Inline image 4

Dato’ Husam sahkan bertanding di Putrajaya anggap satu simbol keberanian PAS cabar BN di pusat pemerintahan negara.
Tindakan ini dilihat sebagai beliau lari setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan.
Sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan dan nampaknya beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah/menetap di Putrajaya





DEMO LO NI TAK SUPO DULU , DULU MENIPU SEKARE LAGI KUAT MENIPU !!!

ORE PUTRAJAYO TOLAK MU MENTOH-MENTOH KAWE !!!!

APJ : AWAT BURUK SANGAT BUNYI KELANTAN AKU NIH !! ADEHH 

Monday, 1 April 2013

HOT VIDEO : TANGISAN CUCU CICIT CIK SITI WAN KEMBANG !!! APO NI DEH !!!! PANAS !!! #TukarKelantan #GelombangMerah






Imej Kelantan sebagai kononnya “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya satu pembohongan. Semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini.


Sikap angkuh kerajaan PAS Kelantan punca gelaja tidak bermoral semakin merosakkan rakyat negeri itu.Sudahlah PAS Kelantan , rakyat sudah bosan dengan pembohonganmu itu ..

TUKAR KELANTAN GELOMBANG MERAH 

VIDEO PANAS !!!PAK LEBAI HAMPAS LANGGAN PELACUR DI KLATE !! HAMPAS BAWA RAKYAT KE NERAKA !! #TukarKelantan #GelombangMerah





SUBHANALLAH APA PAS BUAT NIH WEII !! MUDOH BULIH PELACOR NI WEII !!


Sunday, 17 February 2013

PANAS !!! VIDEO BELASAN RIBU RAKYAT KELANTAN KELUAR BERHIMPUN SAMBIL LAUNGKAN TUKAR !!!! BUKAN (R) LA ABE WEIII !!!


Kemarin mencatat sejarah apabila belasan ribu rakyat kelantan keluar beramai-ramai di jalan raya dan berhimpun di hadapan pejabat Umno kelantan , jeritan TUKAR bergema di setiap penjuru sehingga menaikkan bulu roma sesiapa saja yang lalu dan mendengar laungan perubahan yang akan rakyat Kelantan lakukan dalam PRU13 ini.

Aku juga teruja kali ini... Bangga dengan mereka .. apa lagi orang kelantan jom TUKAR !!!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...