sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MELAKA. Show all posts
Showing posts with label MELAKA. Show all posts

Sunday, 13 November 2016

Panas !! Lepas Diugut Pemimpin Umno , Kereta Dibakar Dalam Majlis PPBM Bersatu






Saya Ada menerima ugutan Dari Seorang Pemimpin UMNO Cawangan Krubong Tengah yang mengugut agar saya tidak menghadiri majlis ceramah kelompok di sebuah Rumah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia terutama untuk mempromosi Program Bicara Rakyat Bersatu Melaka 26 Nov Ini.

Thursday, 9 January 2014

HOT INFO !! 10 EXCO DAPAT KEREKA BARU !! @idrisharon66




Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

“Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya.

“Kos penyelenggaraan kereta lama itu juga sangat tinggi. Tiga buah kereta yang diselengara sama harga dengan sebuah kereta baharu dan itu merupakan satu pembaziran.

“Saya yakin dengan penggunaan kereta baru ini, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, di samping menjimatkan wang untuk membaikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat Wisma Negeri di sini, semalam.

Tuesday, 25 June 2013

PANAS !!! ISU JONKER WALK , DAP CUMA MAIN ISU PERKAUMAN !!! LAHANAT !!!!

Post Pic


13 tahun dahulu sewaktu Kerajaan Negeri Melaka melarang kenderaan memasuki jalan Jonker Walk kerana menjadikan kawasan itu sebagai kawasan membeli belah DAPlah yang pertama membantah katanya mengorbankan pengguna jalan raya dan mementingkan peniaga-peniaga cina di situ . 

Sekarang lain pula jadinya DAP menjadi hero selepas Kerajaan Melaka dalam mesyuarat exco telah memutuskan untuk menutup Jonker Walk kerana faktor menghormati kehendak rakyat,  kepentingan awam dan elakkan lalulintas kerana Jonker Walk terletak ditengah-tengah bandar . 

DAP terut mencanang cerita kononnyya Kerajaan Melaka ingin membalas dendam atas faktor kekalahan BN di bandar-bandar besar kepada DAP dan kekalahan bekas Ketua Menteri Melaka dahulu Datuk Seri Ali Rostam. Nampak sangat betapa rasisnya perkataan DAP dengan menuduh ini adalah balas dendam. 

Jonker Walk sememangnya dimanopoli oleh peniaga-peniaga Cina tapi penutupan ini dianggap satu perkara balas dendam oleh DAP walaupun ini kehendak masyarakat setempat. Dulu di Pulau Pinang , peniaga Melayu meniaga tepi lautpun kedai diroboh oleh kerajaan Pulau Pinang kenapa DAP tak jadi hero selamatkan peniaga-peniaga Melayu disitu ? dan apabila Jonker Walk ditutup hanya kerana peniaga-peniaga  Cina berniaga disitu merekalah HERO utama . 

Itulah sikap bermuka-muka DAP , semua yang BN buat tak betul dan mereka sahaja yang betul , kalau Melayu makan rasuah habis semua akhbar mereka melaporkan tapi berlambak-lambak cerita orang Cina beri rasuah dan makan rasuah satu habukpun mereka tak siarkan atau tuliskan. 

Kalau nak cerita bab rasis ni , tulis sampai esokpun belum habis, perkara pokoknya isu Jonker Walk ni adalah faktor menghormati pemintaan dan bantahan penduduk yang tidak mahu kesesakkan jalan raya berlaku di situ dan kita hormati segala keputusan yang dibuat oleh barisan exco Melaka .

Tuesday, 7 May 2013

DULU U SUSAH , I TAK BUAT U MACAM SAMPAH , SEKARANG U SENANG, U BUAT I MACAM SAMPAH !! #PRU13 #BNBagus



KEPUTUSAN PRU 13 PARLIMEN SELURUH NEGARA !! #PRU13 #GE13


KUALA LUMPUR 6 Mei - Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri:

PERLIS (3): BN (3)

KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)

KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)

TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)

PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)

PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)

PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)

SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)

WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)

WP PUTRAJAYA (1): BN (1)

WP LABUAN (1): BN (1)

NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)

MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)

JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)

SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)

SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

* Keputusan ini boleh diikuti di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php:

Friday, 3 May 2013

APA DAH JADI NI !!! MELAKA , KEDAH , KELANTAN !!!! #BNBagus #TolakPR #PRU13 #GE13



Gelombang Perubahan Melanda Kedah & Kelantan

Senario semasa dan laporan mutakhir perkembangan minggu ke-2 kempen PRU-13 jelas menunjukkan BN akan terus kekal menerajui Kerajaan Pusat dengan jangkaan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU 12 2008 dan tidak bermasalah untuk merangkul kembali 2/3 kerusi Parlimen.

Sementara itu di peringkat negeri, BN diyakini akan mengekalkan semua negeri yang dimenanginya dulu di masa yang sama memiliki peluang cerah untuk menguasai kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR terutama sekali Kelantan dan Kedah.

Kedah dan Kelantan yang dimenangi PAS pada PRU 12 dulu, kini jelas menyaksikan kebangkitan rakyatnya apabila gelombang perubahan yang melanda negeri itu semakin memuncak di minggu terakhir kempen PRU-13 ini menandakan khalayak sudah tidak sabar untuk menobatkan kembali BN sebagai Kerajaan Negeri.

PAS selaku pemerintah di negeri-negeri tersebut kelihatan sering sesak nafas berikutan asakan demi asakan oleh kempen BN ditambah pula dengan kepincangan yang melanda jentera pilihan raya mereka, ia lagi memudahkan usaha BN untuk menawan kembali Kedah dan Kelantan.

Di Kedah umpamanya, jentera PAS bukan sahaja tidak tersusun disebabkan pertelingkahan dalaman sesama pemimpin dan masalah calon yang tidak digemari akar umbi, tetapi mereka  juga agak gerun menyaksikan program anjuran BN yang berterusan mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan.

Sedangkan PAS pula terpaksa mengimport  ahli dan jentera pilihan rayanya dari seluruh negeri serta mengerah penyokongnya dari Perak dan Perlis semata-mata untuk meramaikan majlis bagi memperlihatkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar masih diterima ramai dan PAS masih kuat.

Tindakan BN meletakkan Dato’ Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam sekali gus selaku calon MB Kedah ternyata betul apabila ia berjaya meningkatkan lagi momentum sokongan rakyat kepada BN. Kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membantu kempen BN tambah menyemarakkan lagi semangat perubahan di kalangan rakyat Kedah.

Tika ini BN mendahului di 22 DUN, jika momentum sekarang berterusan tidak mustahil BN berupaya menguasai 28 daripada 36 sekali gus meletakkan kembali PAS ke kedudukan asalnya sebagai pembangkang di negeri itu.

Manakala di Kelantan pula arus perubahan hasil gerakan Gelombang Merah dan Tukar terbukti berjaya membangkitkan semangat rakyat negeri itu untuk beralih arah dari PAS selepas hampir 23 tahun diperintah parti itu semenjak 1990.

Risikan dan laporan terkini menjangkakan BN kukuh di 25 DUN dan 8 Parlimen manakala PAS pula terkial-kial memperbaiki kembali kubunya di 17 kerusi DUN. Jika keadaan berkekalan atau BN berjaya meningkatkan lagi momentum kebangkitan rakyat Kelantan, besar kemungkinan pada PRU-13 sejumlah 28 – 31 DUN dapat dikuasainya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...