
Seketika dapat bersua dan beramah mesra bersama rakyat Malaysia yang menetap di Mekah , banyak cerita yang di kongsikan kepada kami baik dari pekerjaan , suasana di Mekah , makanan dan pengalaman mereka.

Terjemahan khutbah oleh Ustaz Mohamad Nurul, 30, pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura, disiarkan dengan frekuensi FM dan boleh didengar di kawasan berhampiran pintu Raja Fahd menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata khutbah yang diterjemahkannya boleh diikuti jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand dan Filipina.
Mohamad Nurul, yang memulakan tanggungjawabnya sebagai penterjemah khutbah Masjidilharam sejak 7 Jun lepas, berkata beliau amat terharu apabila dipilih untuk mengendalikan penterjemahan khutbah dalam bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu.
"Ini satu penghargaan kepada saya kerana (pihak Masjidilharam) membuka mimbar masjid kepada orang Malaysia untuk menterjemahkan khutbah secara langsung dalam bahasa Melayu," katanya