sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 13 September 2014

#HAJI1435H : USTAZ MOHAMAD NURUL HARUMKAN NAMA NEGARA DI MEKAH (MASJIDIL HARAM)


Seketika dapat bersua dan beramah mesra bersama rakyat Malaysia yang menetap di Mekah , banyak cerita yang di kongsikan kepada kami baik dari pekerjaan , suasana di Mekah ,  makanan dan pengalaman mereka.


Admin dapat berkenalan dengan sorang pentejemah khutbah rakyat Malaysia di Masjidil Haram iaitu Ustaz Muhamad Nurul  , rasa bangga dengan anak muda ini , Setiap Jumaat, jemaah Asia Tenggara yang memahami Bahasa Melayu pasti mendengar suara rakyat Malaysia Ustaz Mohamad Nurul Hafiz menterjemah khutbah secara kata demi kata ke dalam bhasa itu di Masjidilharam di sini.

Terjemahan khutbah oleh Ustaz Mohamad Nurul, 30, pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura, disiarkan dengan frekuensi FM dan boleh didengar di kawasan berhampiran pintu Raja Fahd menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata khutbah yang diterjemahkannya boleh diikuti jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand dan Filipina.

Mohamad Nurul, yang memulakan tanggungjawabnya sebagai penterjemah khutbah Masjidilharam sejak 7 Jun lepas, berkata beliau amat terharu apabila dipilih untuk mengendalikan penterjemahan khutbah dalam bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu.

"Ini satu penghargaan kepada saya kerana (pihak Masjidilharam) membuka mimbar masjid kepada orang Malaysia untuk menterjemahkan khutbah secara langsung dalam bahasa Melayu," katanya 



Sehingga kini, beliau telah menterjemah secara langsung 14 khutbah termasuk khutbah Aidilfitri di Masjidilharam.

Mohamad Nurul berkata pentadbiran Masjidilharam memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Peranchis dan Urdu pada Mac lepas berdasarkan jumlah jemaah paling ramai dalam keempat-empat bahasa itu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika diberikan tanggungjawab menterjemah khutbah Jumaat pertamanya, beliau berkata: "Saya merasa terharu dan takut juga kerana ia tanggungjawab yang amat besar."

Menurutnya cabaran besar yang dihadapinya ialah semasa menterjemah khutbah Aidilfitri baru-baru ini kerana ia teksnya panjang iaitu 25 muka surat selain Khatib dan Imam Masjidilharam membaca khutbah itu dengan cepat.

Anak kelahiran Besut, Terengganu dan bapa kepada tiga anak itu berada di Makkah sejak 11 tahun lepas untuk mengikuti pengajian bahasa Arab di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang Al-Quran dan Hadis.

Mohamad Nurul berkata rakan universitinya yang juga dari Terengganu, Mohd Aswandi Ali yang merupakan penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidilharam, mencadangkan beliau memohon tugasan itu dengan masjid berkenaan apabila Mohd Aswandi perlu pulang bercuti ke Malaysia.

Katanya beliau perlu melalui temuduga untuk jawatan itu sebelum diterima bertugas sebagai penterjemah Bahasa Melayu secara kontrak dengan Masjidilharam.

Beliau berharap dapat diserapkan ke jawatan itu sebagai penterjemah sepenuh masa. Bagi Admin seharusnya sebagai rakyat Malaysia kita perlu bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan yang diberikan oleh pentadbiran Masjidil Haram Mekah kerana memilih anak Malaysia untuk menjadi pentejemah langsung Khutbah mingguan 

Semoga Ustaz Mohamad Nurul dan Mohd Aswandi terus berjaya dan cemerlang di bumi Mekah dan mengharumkan nama negara . 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive