sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label RASULULLAH. Show all posts
Showing posts with label RASULULLAH. Show all posts

Saturday, 25 October 2014

#1436H: KISAH-KISAH MENARIK DALAM SEJARAH HIJRAH RASULULLAH BERSAMA SAIYIDINA ABU BAKAR



Hijrah ke Madinah 

Maka Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat berhijra ke Madinah. Jadi hijrah ke Madinah ini adalah perintah dari Rasulullah Saw, bukan lagi seperti hijrah ke Habsyah dImana Rasulullah Saw anjurkan dan izinkan kepada siapa yang tidak tahan berada di Mekah untuk berhijrah ke sana.

Maka pada kali ini perintah wajib kepada semua orang Islam di Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Orang pertama hijrah ke Madinah ialah Abu Salamah dan isterinya Umu Salamah. Ketika itu mereka mebawa anak kecil mereka bernama Salamah. Bila Kafir Quraisy nampak, Kafir Quraisy Bani Makhzum tahan Umu Salamah. Bani Abdul Asad mengambil Salamah dan Abu Salamah terus ke Madinah meninggalkan isteri dan anaknya di Mekah.

Begitulah ujian yang ditanggung oelh keluarga Abu Salamah kerana Hijrah ini. Setahun selepas itu baru Umu Salamah dapat lepas ke Madinah dengan anak kecilnya Salamah. Selepas hijrah Abu Salamah ramai lagi para sahabat yang hijrah ke Madinah dalam senyap senyap. Bila Saidina Umar hendak berhijrah, dia siapkan kenderaannya, bekalannya dan pakainannya dan disiapkan juga senjatanya.

Kemudian dengan segala kelengkapan itu dia pergi ke Ka’bah. Kafir Quraisy dari jauh memerhatikan Saidina Umar. Setelah tawaf di Kaabah, Saidina Umar mengumumkan di situ, "Siapa yang mahu ibunya kehilangan anaknya , isterinya menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim tunggulah aku di belakang bukit ini, aku akan berhijrah ke Madinah." Tidak ada seorang pun yang berani menghalangnya. Dialah satu satunya sahabat Rasulullah Saw yang berhijrah ke Madinah secara terbuka.

Hijrah terus berlaku, satu demi satu Sahabat Rasulullah Saw meninggalkan Mekah kecuali mereka yang ditahan oleh kaum masing-masing. Ketika itu datang Saidina Abu Bakar minta izin dari Rasulullah Saw untuk berhijrah. Kata Rasulullah Saw, "Wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah." Saidina Abu Bakar taat dengan Rasulullah Saw.

Sejak itulah hatinya berdoa dan berharap teman itulah dia Rasulullah Saw sendiri. Begitu tajam rasa hati Saidina Abu Bakar ini terhadap Rasulullah Saw. Walaupun dia belum pasti tapi sejak hari itu juga dia persiapkan dua ekor unta sebagai kenderaan yang lengkap dengan keperluan safar untuk Rasulullah Saw. Moga moga temannya itu adalah Rasulullah Saw sendiri.

Selepas itu makin ramai Sahabat yang berhijrah, Saidina Abu Bakar datang lagi minta izin dari Rasulullah Saw. Jawapan Rasululah sama seperti yang pertama dulu, "Tunggu dulu wahai Abu Bakar semoga Allah jadikan teman dalam hijrah kamu." Lepas itu Saidina Abu Bakar datang lagi minta zizin kali ketiga untuk hijrah. Begitulah jawapan Rasulullah Saw tidak berubah.

Pada waktu itu semua Sahabat Rasulullah Saw sudah meninggalkan Mekah. Yang tinggal hanya Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah Saw dan keluarga mereka. Setelah Rasulullah Saw memastikan semua Sahabat sudah berjaya hijrah ke Madinah datanglah perintah Allah kepada Baginda pula untuk berhijrah. Imam Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah Saw:

رأيت في المنام أني أهاجر من مكة إلى أرض بها نخل فذهب وهلى إلى أنها اليمامة أو هجر فإذا هي المدينة يثرب

Aku telah melihat dalam tidurku bahawa aku berhijrah dari Mekah ke satu tanah yang banyak pokok tamar. Pada mulanya aku sangka Yamamah atau Hajar rupanya dia Madinah, iaitu Yathrib.


Perancangan Kafir Quraisy untuk membunuh Rasulullah Saw

Firman Allah;

وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر الله
, والله خير الماكرين

الأنفال 30
Ketika mana Allah izinkan Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah, orang Kafir Quraisy pula pada ketika itu merasakan bahaya besar yang akan menimpa mereka bila mana orang orang Islam sudah berkumpul di Madinah dan membina kekuatan di sana. Mereka kena berbuat sesuatu sebelum terlambat. Abu Jahal memanggil pembesar-pembesar Kafir Quraisy ke sidang tergempar di Darul Nadwah. Tapi Abu Jahal pesan pada semua, jangan panggil sorang pun dari Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim begitu juga orang orang yang ada hubungan rapat dengan mereka dan dengan orang-orang Madinah.

Ketika mereka berkumpul itu, datang seorang tua yang berpakaian seperti pakaian orang Najd. Kata Rasulullah Saw, orang tua itu adalah iblis yang turut hadir dalam rupa manusia untuk membantu Kafir Quraisy menyelesaikan masalah mereka kali ini. Dalam perbincangan itu, kata Abul Buhturi, kita penjarakan Muhammad. Kata Abu Jahal dan orang tua itu, "Kalau kita penjara Muhammad, sahabat-sahabatnya akan terus berkumpul di Madinah. Lambat laun mereka akan datang juga membebaskan Muhammad dan memerangi kita."

Kata satu pandangan lagi, "Kita buang negeri ke tempat yang di luar Tanah Arab ini." Kata mereka, "Itupun tidak boleh, nanti Muhammad boleh datang ke Madinah." Masing masing buntu untuk mencari jalan penyelesaian sehinggalah Abu Jahal memberikan cadangannya. Kata Abu Jahal, "Kita bunuh Muhammad. Kita pilih dari setiap kabilah seorang pemuda yang gagah dan mereka nanti membunuh Muhammad secara beramai ramai. Kalau Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hastim ingin menuntut bela, mereka tidak akan mampu menghadapi kita semua." Kata lelaki tua tadi, "Benar, inilah pandangan yang paling tepat."

Begitulah Abu Jahal, dia ada idea yang syaitan pun tidak ada. Lebih jahat dari syaitan. Jadi Kafir Quraisy sudah sepakat tentang perkara ini. Dalam masa yang sama Rasulullah Saw sudah bersiap siap untuk berhijrah ke Madinah. Oleh kerana di rumah Rasulullah banyak harta dan barang-barang berharga yang disimpan oleh orang ramai kepada Rasulullah Saw.

Kalau mereka hendak musafir, barang-barang berharga ini mereka simpan di rumah Rasulullah Saw. Begitulah akhlak Rasulullah Saw, musuh pun menaruh kepercayaan kepadanya. Jadi Rasulullah Saw taklimatkan kepada Saidina Ali semua barang barang itu untuk dikembalikan kepada tuannya dan Rasulullah meminta Saidina Ali supaya tidur di tempat Baginda pada mlam itu.

Pada malam itu semua pemuda yang dipilih tadi telah siap mengepung rumah Rasulullah Saw. Waktu itu Rasulullah Saw masih berada di dalam rumah. Mereka tunggu di luar. Mereka tidak berani merempuh kerana di dalam rumah Rasulullah Saw juga ada kaum wanita. Bagi mereka aib besar merempuh masuk ke dalam rumah yang ada wanita..

Setelah Rasulullah Saw meninggalkan Saidina Ali ditempat tidurnya, Rasulullah Saw keluar dari pintu rumahnya berjalan di tepi-tepi pemuda-pemuda itu semua tapi mereka tidak dapat melihat Rasulullah Saw. Rasulullah Saw keluar sambil membaca surah Yasin, bila sampai pada ayat : 

وجعلنا من بيت أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون 

يس 9 Rasulullah Saw mengambil segenggam pasir dan ditaburkan ke atas kepala kepala mereka semua. Rasulullah Saw berjalan menuju ke rumah Saidina Abu Bakar yang belum tahu lagi tentang hijrah pada malam itu.

Wednesday, 10 July 2013

SUARA RAMADHAN !!! ISTIMEWANYA BULAN RAMADHAN !!!



Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya:

Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Tuesday, 18 June 2013

SUARA SUBUH !!! KISAH KEPAHLAWANAN SAHABAT-SAHABAT !!! WAJIB BACA

Assalamualaaikum wr wb alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita nikmat sampai saat ini. Dan tidak lupa kita selalu hanturkan shalawat kepada nabi kita, rasul kita, suri tauladan kita, idola kita, dialah baginda Muhammad SAW .
Mereka memang generasi-generasi terbaik kata ALLAH yaitu mereka para sahabat rasul yang mendampingi rasul dalam keadaan duka maupun suka...

Dimulai dari Abu bakar ra. Ketika dia dan rasulullah dikejar oleh musuh waktu akan melaksanakan hijrah kemadinah dan sehingga mereka bersembunyi di gua tsur,,yang pada akhirnya Rasulullah dan Abu bakar ra diselamatkan oleh Allah dari kejaran musuh tsb. Sesaat setelah itu karena Rasulullah begitu kelelahan karna pengejaran musuh tadi membuatnya tertidur di pangkuan Abu bakar ra, setelah beberapa lama..tiba2 kaki Abu bakar tersengat oleh kalajengking..yang membuat Abu bakar begitu kesakitan tetapi karna Rasullullah sedang tidur dipangkuannya maka abu bakarpun tidak bergerak sedikitpun,,walaupun harus menahan rasa sakit akibat dari gigitan kalajengking tadi,,bahkan waktu itu Abu bakar sampai mengeluarkan air mata demi menahan rasa sakitnya...tapi dia tidak akan bergeming sedikitpun karena ia takut rasul akan terbangun dari tidurnya,,,Subhanallah..

Yang kedua adalah Talhah bin ubaidillah yang pada saat ketika kaum muslimin terdesak dalam perang uhud dimana rasulullah pada saat itu ingin dibunuh oleh kaum musyrikin yang dipimpin oleh khalid bin walid yang ketika itu khalid bin walid belum masuk islam,,beberapa dari kaum musyirikin pada waktu itu memisahkan diri dari peperangan dan mereka mencari rasulullah dengan berniat untuk membunuhnya. Rasulullah pada saat itu didampingi oleh Talhah bin ubaidillah..dan ketika mereka menemukan rasullah dan Talhah,,mereka langsung menyerang Rasulullah dengan melepaskan anak panah yang sasarannya adalah rasul,,,Dengan segera Talhah bin ubaidillah maju dan menutupi tubuh Rasulullah dengan tubuhnya dengan lantang ia mengatakan tidak akan kubiarkan Rasulullah terluka sambil membusungkan dadanya kedepan sehingga pada saat itu anak2 panah yang ditembakkan oleh kaum musyirikin tadi mengenai dada Talhah bin ubaidillah...beberapa anak panahpun tertancap didada Talhah bin ubaidillah,,melihat situasi seperti itu seseorang dari kaum musyirikin maju dengan maksud menyerang Rasulullah, ia pun mengibaskan pedangnya dengan sasaran adalah Rasul tapi,,seketika itu juga Talhah bin ubaidillah menyambut pedang tadi dengan tangannya sehingga jari-jari Talhah bin ubaidillahpun putus,,dan tidak disangka ada seseorang kaum musyirikin lagi yang menyerang dari samping dengan mengayun-ayunkan mata rantai sehingga tidak terelakkan lagi rasulpun terkena rantai tadi sehingga beberapa mata rantai tertancap di pipi rasullah . Melihat keadaan seperti ini Allahpun mengirim malaikat untuk menolong rasul dan Talhah ,,dengan seketika kaum musyirikin yang menyerang rasul tadi keheranan setelah melihat tangan kawannya putus sendiri..dan merekapun pergi,,,setelah itu dengan tubuh yang terkena anak panah dan jari yang putus Talhah bin ubaidillah melihat darah mengalir dipipi rasul karna terkena ayunan rantai tadi dan ia pun menangis. Dan ketika rasul ingin mencabut mata rantai yang tertancap di pipi rasul tadi Talhah bin ubaidillah pun langsung mengatakan biarkan gigi saya saja ya rasul yang melepaskannya sehingga engkau tidak akan merasa sakit..Dan Talhah bin ubaidillahpun melepaskan mata rantai itu (dua buah mata rantai yang tertancap di pipi rasul) dengan giginya dan ketika satu mata rantai lepas giginyapun tanggal satu begitu juga yang keduanya..sehingga mata rantai terlepas semua dan gigi Talhah bin ubaidillahpun tanggal 2 buah..

Kemudian dia adalah Ukasyah ra.. Waktu itu wahyu terakhir kepada rasul telah turun dan tanda-tanda perpisahan dengan Rasulullah telah terlihat dengan rasul telah sakit-sakitan. Dengan itu rasulpun mengumpulkan semua sahabat untuk bertemu dengannya,,setelah semua sudah terkumpul. Ya Rasulullah kata Abu bakar ra. “apakah dengan turunnya ayat terakhir ini maka membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat, Adakah ini benar yaRasulullah ?”. Lalu Rasulullah SAW berkata :”Semua yang dikatakan oleh Abu bakar ra. Adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”. Sehingga para sahabat yang hadir disana serentak menangis mendengar perkataan Rasulullah..Lalu Rasulullah mengatakan seandainya saya mempunyai kesalahan dengan kalian maka sekarang saatnya kalian boleh mengqishashku(membalas)..suasanapun menjadi hening hanya suara tangisan Abu bakar yang masih terdengar ,,,lalu keheningan tersebut pecah ketika Ukasyah ra. Berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah waktu itu ketika Rasulullah ingin memukul unta baginda dengan tongkat, tapi ketika tongkat itu Rasullah ayunkan kebelakang dan tongkat itu mengenai tulang rusukku kata Ukasyah ra, oleh karna itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah SAW berkata: “Wahai Ukasyah ra. Saya sengaja memukul kamu”. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra, “Wahai bilal, kamu pergi kerumah Fathimah dan ambilkan tongkatku kemari.” Bilal pun keluar dari masjid menuju kerumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk dibalas(diqishash).” Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilalpun memberi salam dan mengetuk pintu kemudian Fathimah ra. Menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?”. Lalu Bilal ra. Berkata: “saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk mengambil tongkat beliau.” Kemudian Fathimah ra. Berkata :” Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. Memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata,
"Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka Ukasyah langsung memeluk dan mencium tubuh Rasulullah SAW,, Ukasyah berkata ya Rasul biarkan tubuhku yang hina ini menyentuh tubuhmu yang suci ini untuk terakhir kalinya.."Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda.” Sehingga menangislah semua yang hadir.
Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."
Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."

Lalu Umar bin khattab yang pada waktu ia mendengar kabar bahwa Rasulullah SAW telah meninggal..Iapun keluar dari rumah dengan membawa pedang dan berkata :”Siapa saja yang mengatakan Rasulullah SAW telah wafat maka saya akan penggal lehernya.”,,padahal pada waktu itu Rasulullah SAW benar-benar telah wafat..dan sebenarnya Umar pun sudah tahu karna ia sebelumnya sudah melihat tanda-tanda bahwa Rasulullah SAW akan meninggal..Tetapi karna rasa cintanya yang begitu besar kepada Rasulullah SAW ia tidak sanggup untuk berpisah dengan Rasulullah SAW. Dan setelah Umar dinasehati oleh Abu bakar tentang hal ini maka Umarpun menerima perpisahan ini.

Kemudian sihitam yang luar biasa dia adalah Bilal ra. Waktu itu Bilal ra. Sudah sakit berat. Didalam sakitnya ia selalu didampingi oleh istrinya,,hingga sakaratul mautpun menjemput,,,ketika Bilal ra. Hendak dicabut nyawanya dan sakaratul maut pun telah mendekat. Istri bilal pun menangis,,Tapi bilal tersenyum dan berkata :” Wahai istriku kamu tidak usah bersedih karna sesungguhnya inilah saat2 yang kutunggu”. Lalu istrinya berkata:” kenapa begitu?”...dan Bilalpun menjawab “Karna saat pertemuanku dengan Rasulullah SAW telah dekat,,aku sangat rindu padanya.”

“Subhanallah”,,Sungguh Luar biasa cinta para sahabat kepada Rasulullah SAW,,,semoga kita sebagai umatRasulullah SAW dapat mengaplikasikan cinta kita dengan banyak-banyak bershalawat dan melaksanakan sunnahnya. Amin....

Sunday, 26 May 2013

SUARA SUBUH : KISAH SAHABAT YANG MENYENTUH HATI !! WAJIB BACA

Bilal bin Rabah adalah seorang budak yang berasal dari Habasyah (sekarang disebut Ethiopia). Bilal dilahirkan di daerah Sarah kira-kira 34 tahun sebelum hijrah dari seorang ayah yang dikenal dengan panggilan Rabah. Sedangkan ibunya dikenal dengan Hamamah. Masa kecil Bilal dihabisakan di Mekah, sebagai putra dari seorang budak, Bilal melewatkan masa kecilnya dengan bekerja keras dan menjadi budak. Sosok Bilal digambarkan sebagai seorang yang berperawakan khas Afrika yakni tinggi, besar dan hitam. Dia menjadi budak dari keluarga bani Abduddar. Kemudian saat ayah mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang yang menjadi tokoh penting kaum kafir.

Bilal termasuk orang yang teguh dengan pendiriannya. Ketika Rasulullah Saw mulai menyampaikan risalahnya kepada penduduk Mekah, Bilal telah lebih dahulu mendengar seruan Rasulullah saw yang membawa agama Islam, yang menyeru untuk beribadah kepada Allah yang Esa, dan meninggalkan berhala. Maka Bilal-pun pergi menghadap Rasulullah saw untuk mengikrarkan diri masuk Islam karena Allah Tuhan semesta alam, kemudian menyebarlah perihal masuknya Bilal kedalam agama Islam diseluruh penjuru kota Mekah, hingga sampai kepada tuannya Umayyah bin Khalaf dan menjadikannya marah sekali sehingga ingin menyiksanya dengan sekeras-kerasnya. Bilal termasuk golongan orang yang pertama-tama masuk Islam. Masuknya Bilal ke dalam ajaran Islam mengakibatkan penderitaan yang mendalam karena berbagai siksaan yang diterima dari majikannya. Apalagi sang majikan Umayyah bin Khalaf termasuk tokoh penting kaum kafir Quraisy.


Penyiksaan kaum kafir Quraisy terhadap para budak yang mustad’afin memang sangat kejam. Hal ini juga dirasakan oleh Bilal bin Rabah yang diperlakukan secara kejam oleh Umayyah bin Khalaf beserta para algojonya. Bilal dicambuk hingga tubuhnya yang hitam tersebut melepuh. Tetapi dengan segala keteguhan hati dan keyakinannya, dia tetap mempertahankan keimanannya meski harus menahan berbagai siksaan tanpa bisa melawan sedikitpun. Setiap kali dia dicambuk, dia hanya bisa mengeluarkan kata-kata: “Ahad, Ahad (Tuhan Yang Esa)”. Tidak hanya sekedar dicambuk, kemudian Umayyah pun menjemur Bilal tanpa pakaian di tengah matahari yang sangat terik dengan menaruh batu yang besar di atas dadanya. Dengan segala kepasrahan, lagi-lagi Bilal pun hanya bisa berkata:“Ahad, Ahad”.

Akhirnya Allah mengakhiri siksaan demi siksaan yang dialami oleh Bilal melalui Abu Bakar As Shiddiq. Suatu hari, disaat Bilal kembali disiksa oleh majikannya Umayyah, Abu Bakar sedang lewat tidak jauh dari tempat penyiksaannya. Melihat hal tersebut, Abu Bakar bermaksud membeli Bilal dari Umayyah bin Khalaf. Lalu Umayyah pun meninggikan harganya karena ia menduga bahwa Abu Bakar tidak akan mampu untuk membayarnya. Namun Abu Bakar mampu membayarnya dengan 9 awqiyah dari emas. Begitu Abu Bakar As Shiddiq memberitahukan Rasulullah Saw bahwa dia telah membeli Bilal dan menyelamatkannya dari tangan penyiksa, maka Nabi Saw bersabda:

“Libatkan aku dalam pembebasannya, wahai Abu Bakar!”

As Shidiq lalu menjawab:

“Aku telah membebaskannya, ya Rasulullah.”

Begitulah akhirnya Bilalpun menjadi seorang yang merdeka dan selamat dari siksaan sang majikan. Kebebasannya menjadikan Bilal seorang yang semakin taat mengikuti ajaran agama Allah dan Rasul-Nya. Ketika Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah. Bilal pun turut serta berhijrah ke Madinah untuk menjauhi siksaan kaum kafir Quraisy Mekah. Dia mengabdikan diri sepanjang hidupnya kepada Rasul yang sangat dicintainya. Dia menjadi pengikut Rasul yang setia dan selalu mengikuti setiap peperangan yang terjadi pada masa itu.

Ketika Rasulullah Saw selesai membangun Masjid Nabawi di Madinah dan menetapkan adzan, maka Bilal bin Rabah ditunjuk sebagai orang pertama yang mengumandangkan adzan (Muazin) dalam sejarah Islam. Bilal pun menjadi Muadzin tetap pada masa Rasulullah Saw. Suaranya yang begitu merdu sangat menggetarkan hati siapapun yang mendengarnya. Rasulullah sangat menyukai suara Bilal. Biasanya, setelah mengumandangkan adzan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah Saw seraya berseru, “Hayya ‘alashsholaati hayya ‘alashsholaati…(Mari melaksanakan shalat, mari meraih keuntungan….)”

Ketika Rasulullah Saw akan menaklukkan kota Mekah, Bilal berada di samping beliau. Saat Rasulullah Saw memasuki Ka’bah, Kemudian Rasulullah Saw menyuruh Bilal untuk naik di atas ka’bah dan menyerukan kalimat tauhid. Bilal menyerukan adzan dengan suara yang keras dan menggetarkan hati setiap orang yang mendengarnya. Ribuan leher manusia melihat ke arah Bilal. Ribuan lisan manusia yang mengikuti ucapan Bilal dengan hati yang khusyuk.

Begitulah sosok Bilal, dia selalu berada di belakang Rasulullah dalam kondisi apapun. Sampai pada saat Rasulullah Saw menghembuskan nafas terakhir, maka waktu shalat tiba. Bilal berdiri untuk mengumandangkan adzan, sementara jasad Rasulullah Saw masih terbungkus kain kafan dan belum dikebumikan. Saat Bilal sampai pada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaah” (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”, tiba-tiba suaranya terhenti. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Kaum muslimin yang hadir disana tak kuasa menahan tangis, maka meledaklah suara isak tangis yang membuat suasana semakin mengharu biru.

Sejak kepergian Rasulullah Saw, Bilal hanya sanggup mengumandangkan adzan selama tiga hari. Setiap sampai kepada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaah” (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”, ia langsung menangis tersedu-sedu. Sehingga kaum muslimin yang mendengarnya ikut larut dalam tangisan pilu. Karena itulah kemudian Bilal memohon kepada Abu Bakar, sang khalifah yang menggantikan posisi Rasulullah Saw sebagai pemimpin, agar diperkenankan tidak mengumandangkan adzan lagi, karena tidak sanggup melakukannya. Selain itu, Bilal juga meminta izin kepadanya untuk keluar dari kota Madinah.

Pada suatu hari, ia bermimpi bertemu Rasulullah saw. Dalam mimpinya itu Nabi saw bersabda kepadanya, “Wahai Bilal, apa yang menghalangimu sehingga engkau tidak pernah menjengukku ?”Setelah bangun dari tidurnya, Bilal ra pun segera pergi ke Madinah. Setibanya di Madinah, Hasan dan Husain ra meminta Bilal ra agar mengumandangkan adzan. Ia tidak dapat menolak permintaan orang-orang yang dicintainya itu. Ketika ia mulai mengumandangkan adzan, maka terdengarlah suara adzan seperti ketika zaman Rasulullah saw masih hidup. Hal ini sangat menyentuh hati penduduk Madinah, sehingga kaum wanita pun keluar dari rumah masing-masing sambil menangis untuk mendengarkan suara adzan Bilal ra itu. Setelah beberapa hari lamanya Bilal ra tinggal di Madinah, akhirnya ia meninggalkan kota Madinah dan kembali ke Damaskus dan wafat di sana pada tahun kedua puluh Hijriyah.

Pada waktu kedatangan Umar bin Khatthab ke wilayah Syam, yang kembali bertemu dengan Bilal setelah terpisah cukup lama. Dalam pertemuan tersebut khalifah Umar bin Khattab meminta kepada Bilal untuk mau mengumandangkan adzan dan akhirnya Bilal mau menuruti permintaan sang khalifah. Mendengar Bilal menyuarakan adzan, kaum muslimin merasa sangat terharu, bahkan Umar tidak dapat menahan dirinya untuk tidak menangis tersedu-sedu. Suara Bilal membangkitkan segenap kerinduan mereka kepada masa-masa kehidupan yang dilewati di Madinah bersama Rasulullah Saw. BiIal adalah pengumandang seruan langit itu.

Peristiwa tersebut merupakan adzan terakhir yang diperdengarkan oleh suara merdu dan syahdu Bilal bin Rabah dihadapan kaum muslimin. Bilal tetap tinggal di Damaskus hingga akhir hayatnya. Bilal seringkali mengucapkan kata-kata secara berulang-ulang, kata-kata tersebut adalah:

“Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih…
Muhammad dan sahabat-sahabatnya
Esok kita bersua dengan orang-orang terkasih…
Muhammad dan sahabat-sahabatnya”

Demikianlah kisah seorang Bilal, keteguhan, ketegaran dan keyakinannya akan ajaran kebenaran, telah mengangkat derajadnya dan menjadikannya seorang mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya meskipun dia berasal dari seorang budak hitam yang hina dan fakir.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...