sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ROHINGYA. Show all posts
Showing posts with label ROHINGYA. Show all posts

Sunday, 17 May 2015

Asean Harus Desak Myanmar Hentikan Keganasan Terhadap Rohingya @azwanbro


Kesengsaraan Etnik Rohingya akibat keganasan dan penganiayaan Kerajaan Myanmar terhadap mereka terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Kebimbangan terhadap keadaan ini turut mendapat perhatian daripada Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun. Ikuti kenyataan daripada Khairul Azwan mengenai perkara ini. 

Asean Harus Desak Myanmar Henti Keganasan Terhadap Rohingya 
Saya melihat dengan penuh kebimbangan terhadap keadaan yang dihadapi oleh 8,000 rakyat Rohingya dan pelarian Bangladesh yang masih terkandas di laut tanpa makanan dan air.

Tindakan dan penganiayaan kerajaan Myanmar terhadap rakyat Rohingya tidak lagi menjadi perkara domestik tetapi ianya diletakkan sebagai krisis kemanusiaan serantau yang perlukan tindakan segera oleh komuniti ASEAN.

Saya menggesa kerajaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat tuntutan bahawa kerajaan Myanmar menghentikan diskriminasi terhadap rakyat Rohingya dimana hampir 1 juta Rohingya telah dinafikan kewarganegaraan, kebebasan untuk bersuara, akses kepada pendidikan dan faedah lain di Myanmar lantas membawa kepada penghijrahan tersebut. Pemimpin ASEAN juga perlu memainkan peranan yang aktif untuk menyediakan bantuan kemanusian sementara menunggu penyelesaian jangka masa panjang.

Pemuda UMNO akan menyertai beberapa organisasi dan individu untuk menghantar apa sahaja bantuan yang perlu bagi pelarian terkandas, termasuk air minuman yang bersih dan makanan dalam tin bagi membantu mereka yang sedang di dalam keadaan terdesak. 

Thursday, 2 May 2013

VIDEO TERKINI PENDUDUK ISLAM DISEMBELIH DENGAN KEJAM DI MYANMAR !!! ALLAHUAKBAR !!!! #Pray4Rohingya #PRU13




Sebelum kita melihat klip yang memperlihatkan orang Islam di Myanmar dibunuh seperti haiwan…penulis hendak pembaca kita menonton terlebih dahulu sembahyang khas di sebuah gereja di Israel untuk menjadikan Malaysia negara kristian dan pembangkang menang dalam pilihan raya.

Penulis cukup tidak faham mengapa sekumpulan orang Kristian di Isarel mengadakan sembahyang khas seperti itu?

Mengapa mereka mahu pembangkang untuk menang? Apakah ini sebahagian daripada agenda untuk menjadikan Malaysia negara Kristian?







Kita di sini hidup rukun damai antara semua agama. Hormat-menghormati antara agama. Cuma masyarakat Islam ada satu kurang senang iaitu jangan sebarkan kepercayaan anda kepada kami.

Selain pada itu, tidak ada apa yang kami mahukan. Gereja terbesar di Asia pun dibenarkan untuk dibina kerana tolak ansur.

Janganlah orang luar menyibuk kat sini. Kepada pembangkang terutama DAP, jangan cuba buat hal.
Kepada orang Islam…berhati-hatilah…

Sekarang kita berkuasa, kita adil dan kita kuat…tetapi jika kehilangan pegangan kita…apakah orang lain akan adil…jangan jadi macam mana orang Islam di Myanmar dibunuh macam haiwan…

Lihat klip dibawah yang diambil polis-polis Myanmar…mereka hanya memandang orang Islam dibakar…ditetak dan sebagainya…

Kepada orang Islam Malaysia… ini bukan soal pilihan raya… ini soal anda sedar atau tidak anda sedang dipermainkan oleh satu kumpulan yang mempunyai objektif yang sangat menggangu pemikiran…
Mereka tidak boleh merampas terus pada kita…justeru mereka buat-buat berkawan dengan kita… menanti kita alpa dan lupa…




SUMBER

TOLAK KAUM BIADAP !!!

YA ALLAH SELAMATKANLAH SAUDARA SEAGAMA KAMI DI MYANMAR !!! 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...