sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label NIK AZIZ NIK MAT. Show all posts
Showing posts with label NIK AZIZ NIK MAT. Show all posts

Friday, 23 January 2015

Alhamdulillah Tok Guru Nik Aziz Makin Pulih


Perkhabaran yang aku terima lewat malam ini adalah berita Tok Guru Nik Aziz Nik Mat makin pulih selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak beberapa hari lalu.

Menurut anaknya Nik Abduh keadaan ayahnya bertambah baik berbanding semalam selepas tiga hari menerima rawatan di hospital itu.

"Hari ini lebih baik, sedar untuk solat Subuh seperti biasa malah lebih ceria. Ayahanda juga meminta untuk makan bubur nasi dan pihak hospital tunaikannya.

"Kanser prostat tahap empat yang dialami tidak menjejaskan fungsi badan lain selepas ayahanda lulus ujian yang dilakukan doktor," katanya

Buat masa sekarang doktor tidak membenarkan orang ramai melawat ayahnya secara dekat kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatannya.

"Bimbang dengan jangkitan lain, doktor hanya membenarkan pelawat melihat dari luar bilik kaca sahaja,"

Aku juga menyeru seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar Tok Guru Nik Aziz terus sihat seperti sediakala.

Tuesday, 20 January 2015

Doa Buat Tok Guru Nik Aziz Di ICU


Berita Tok Guru Nik Aziz masuk ICU tadi hati buat hati aku sayu. Walaupun berbeza idoelogi politik namun aku menghormatinya sebagai orang yang berpengaruh dan orang lama dalam politik tanah air. 

Tok Guru Nik Aziz dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian petang tadi. 

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam Facebooknya, sebentar tadi.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,”katanya.

Apapun aku mendoakan Tok Guru kembali sihat dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah dan aku menyeru semua umat Islam turut berdoa untuknya. 

Sunday, 15 June 2014

ALAHAI DYANA , TOK GURU NIK AZIZ PUN BALUN DYANA !! APALAH NASIBMU



Tak habis lagi cerita pasal kekalahan Dyana di Teluk Intan ni dan Dyana dibalun teruk oleh puak-puak dalam Pakatan Rakyat kali ini kritikan dari Murysidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Katanya antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud kemarin adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya Tuan Guru, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,”




Bagi aku bila dah kalah ni macam-macamlah kesalahan diletakan di kepala Dyana , kalau menang dia akan dijulang tetapi itulah sikap sebenar Pakatan Rakyat , bila menang , semua baik tapi bila kalah segala bagai keluar , bangla la , lampu padam la , SPR rasuah la ... semua ada...



Thursday, 2 May 2013

VIDEO TERKINI PENDUDUK ISLAM DISEMBELIH DENGAN KEJAM DI MYANMAR !!! ALLAHUAKBAR !!!! #Pray4Rohingya #PRU13




Sebelum kita melihat klip yang memperlihatkan orang Islam di Myanmar dibunuh seperti haiwan…penulis hendak pembaca kita menonton terlebih dahulu sembahyang khas di sebuah gereja di Israel untuk menjadikan Malaysia negara kristian dan pembangkang menang dalam pilihan raya.

Penulis cukup tidak faham mengapa sekumpulan orang Kristian di Isarel mengadakan sembahyang khas seperti itu?

Mengapa mereka mahu pembangkang untuk menang? Apakah ini sebahagian daripada agenda untuk menjadikan Malaysia negara Kristian?







Kita di sini hidup rukun damai antara semua agama. Hormat-menghormati antara agama. Cuma masyarakat Islam ada satu kurang senang iaitu jangan sebarkan kepercayaan anda kepada kami.

Selain pada itu, tidak ada apa yang kami mahukan. Gereja terbesar di Asia pun dibenarkan untuk dibina kerana tolak ansur.

Janganlah orang luar menyibuk kat sini. Kepada pembangkang terutama DAP, jangan cuba buat hal.
Kepada orang Islam…berhati-hatilah…

Sekarang kita berkuasa, kita adil dan kita kuat…tetapi jika kehilangan pegangan kita…apakah orang lain akan adil…jangan jadi macam mana orang Islam di Myanmar dibunuh macam haiwan…

Lihat klip dibawah yang diambil polis-polis Myanmar…mereka hanya memandang orang Islam dibakar…ditetak dan sebagainya…

Kepada orang Islam Malaysia… ini bukan soal pilihan raya… ini soal anda sedar atau tidak anda sedang dipermainkan oleh satu kumpulan yang mempunyai objektif yang sangat menggangu pemikiran…
Mereka tidak boleh merampas terus pada kita…justeru mereka buat-buat berkawan dengan kita… menanti kita alpa dan lupa…




SUMBER

TOLAK KAUM BIADAP !!!

YA ALLAH SELAMATKANLAH SAUDARA SEAGAMA KAMI DI MYANMAR !!! 

Friday, 26 April 2013

ISU HUDUD : LA DOK BERTELAGAH LAGI !!! APA NI NIK AZIZ !!! KARPAL PIJAK HANG LAGI !!!! #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat.

PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.

Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.

Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.

Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi.

LIHAT SAJA KENYATAAN NIK AZIZ DISINI

Thursday, 25 April 2013

UNDI POS :BUKTI CYBERTROOPERS PR CUBA BUAT FITNAH !! #TolakPR #GE13 #PRU13 #Vote4BN



Facebookers dan bloggers Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PGayR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.


Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa keraguan yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:


1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.


2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?


3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan CTS yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.


4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan. Dan setahu CTS, dalam MyKad dan kad pengenalan tiada nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau hendak mengedit gambar tu buatlah secara sempurna. Ini letak Dato' pulak!


5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis.


6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?


7. CTS yakin, dalam Malaysia, bukan seorang saja petugas SPR dan Polis. Justeru, sepatutnya ada lebih ramai lagi dari mereka yang sudah pun mengundi pos, jika benar ianya telah berlaku.


Akhirnya, CTS kata lain kalilah kalau hendak menipu Rakyat Malaysia. Provokasi murahan hanya kepada mereka yang tak berilmu. Maaf, rakyat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi Barisan Nasional semuanya pandai-pandai belaka.

VIDEO PANAS !!! NIK AZIZ KENA BALUN SEBAB TAKRIF ASSOBIYAH TAK BETUL !!! TUDIA !! #TukarKelantan #PRU13 #GE13




TUKAR KELANTAN 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...