"Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini !" katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.
Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.
Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.
"Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini.
"Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment