sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 9 May 2013

GEMPAR !!! HUSAM MUSA DIKERAT BAGI JAWATAN EXCO KELANTAN ?? BERLAKU CAH KETING DALAM PAS KELANTAN ? !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Kemarahan penyokong Husam makin memuncak semalam , mereka berkumpul menyatakan bantahan kepada pucuk pimpinan PAS Kelantan kerana tidak menyenaraikan Husam dalam Exco Kerajaan PAS Kelantan. 

Ada juga diantara mereka berkata berlaku 'cah keting ' bagi menjatuhkan Husam Musa atas petukaran Menteri Besar Kelantan. 

KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.

Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.

Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Nik ajis dah terlalu tua. Sbb itu selalu dipergunakan oleh husam utk menonjolkan diri. Eloklah tu jika pihak istana dah nampak jelas....

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive