sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 19 May 2013

TERKINI : KEADAAN DATUK SERI AZIZAN RAZAK DI HPP !!!


Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Azizan beransur pulih, namun belum boleh bercakap.

“Beliau juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

"Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk bawanya ke hospital lain. Mungkin beliau akan di HPP sehingga segalanya selesai. Tambahan pula, beliau dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di sini," katanya.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.

1 comment:

Anonymous said...

orang berpolitik baik walaupun berlainan fahaman tetap dikenang dan dihomati...semuga beliau beransur sihat dan berehat dengan melupakan politik yg penuh dengan kerabunan warna.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive