![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp4AlxiToBaj-vCoiURbypBc02RiJ-BOgR5IgDXYb2oztJiwFm3pYcT60hOE2zjxu9zf0H0md30077OFhhUegISkboWDUD4Vdr9EnBg5mlm_c4G1kf0O5aha8KyTwOKDVIUIJq4PPHlAdX/s1600/Mukriz-Melawat-Waris-MH370-300x225.jpeg)
Datuk Seri Mukhriz Mahathir melapangkan masa melawat keluarga waris penumpang pesawat MH370 untuk melahirkan perasaan simpati terhadap kejadian yang menimpa keluarga tersebut, di Kajang, hari ini.
Menurut Mukhriz, kunjungan hormat tersebut bukanlah bersifat politik, sebaliknya kunjungan itu sekadar untuk mendalami perasaan sedih yang menyelebungi keluarga itu disebabkan kehilangan saudara mereka.
Menteri Besar Kedah itu turut meminta semua pihak terutamanya keluarga waris penumpang agar tidak berhenti berdoa agar pesawat tersebut segera ditemui.
Pesawat MH370 membawa 227 penumpang dan 12 krew dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang dan masih belum berjaya dikesan semenjak Sabtu lalu.
Mukhriz kini berada di Kajang sempena Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu yang akan berlangsung sehingga 23 Mac ini.
Selangor Press
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiC730p2bwN9tR1OMjXkTeqLfqI76BdkZnO-O2FmaBvHy3dhnED_tr6NeJscBg2VaJpJ_TE4HYW2m5iTLSlvjLtUPHWV9c-48ITzZNd61aNTK9BOz9EcGDGUK3QPwoM4eVuB-81g0qGjGHQ/s1600/1901895_818575218159013_1209021683_n.jpg)
No comments:
Post a Comment