sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUDUD. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

HUDUD : KIT SIANG AJAK AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM TUMBANGKAN PEMIMPIN ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA ?




Terkejut aku bila membaca kenyataan Lim Kit Siang semasa beliau berucap di majlis makan malam DAP Bukit Bintang semalam. Kenyataan mahu pembentukan kerajaan baharu diantara ahli Parlimen Kerajaan (bukan Islam) dan Ahli Parlimen Pembangkang ( bukan Islam ) yang menolak hudud untuk menumbangkan ahli Parlimen Kerajaan (Islam) dan Ahli Parlimen PAS ( Islam ) yang menyokong HUDUD. 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang seperti yang dipetik dari Roketkini.com mendakwa, kemelut BN dan PR semakin meruncing serta langkah untuk mengemukakan usul persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan oleh Pas akan menimbulkan krisis Perlembagaan, khususnya jika Umno menyokong enakmen berkenaan.

“Jika enakmen hudud kerajaan Pas Kelantan diluluskan menerusi dua usul persendirian di Parlimen dengan majoriti mudah, pelaksanaan undang-undang itu akan bertentangan dengan Perlembagaan dan boleh dicapai di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan ‘Kesamarataan di sisi undang-undang’.

“Dalam senario politik baharu sedemikian, di mana Najib (Datuk Seri Najib Run Razak) mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud Pas, mungkin tiba masanya untuk membentuk pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ yang terdiri daripada Ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan seorang Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang baharu,” kata Kit Siang dalam majlis makan malam Ulangtahun DAP Bukit Bintang, malam semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pelantikan perdana menteri baharu menggantikan Perdana Menteri sedia ada.


AKU : Gantikan Perdana Menteri ? Maknanya dari Ahli Parlimen yang bukan Islam
Jelasnya, perdana menteri baharu boleh dilantik dari mana-mana parti politik kerajaan atau pembangkang yang ada sekarang.

“Dengan mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan sama sekali keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PR pada 8 Februari lalu bahawa sebarang rang undang-undang persendirian berkaitan hal itu perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis tersebut.

“Sebagai pelanggaran setelah Pas Kelantan melanggar Kerangka Kerja Dasar Bersama Pakatan dengan mengemukakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kemudiannya diluluskan oleh Dun Kelantan, Pakatan seolah-olah tidak lagi wujud di mata Presiden Pas,” 

aku , apa yang dimainkan oleh Kit Siang ini sangat bahaya, walaupun beliau tidak mengeluarkan 'bahasa' yang kasar seperti pembentukkan kerajaan campuran untuk ahli parlimen yang bukan Islam dan yang menolak hudud. 

Kita semua tahu bahawa kesemua ahli parlimen yang dikatakan bakal menyokong sama ada dari PAS mahupun Umno adalah Melayu dan Islam jadi kenyataan KIt Siang ini adalah kerajaan campuran bukan Islam dan yang menolak hudud, maknanya disini adalah BUKAN ISLAM LAWAN ISLAM. ini bahasa kasarnya. 

Kenyataan ini tidak baik kepada kemakmuran negara yang terdiri daripada pelbagai KAUM dan AGAMA . Ini membawa maksud MENGHASUT dan rasis !! 

Siapa mahu bertindak ke atas LIM KIT SIANG ? Rakyat Melayu Islam atau pihak berkuasa ? 

PAS PERAK TEMPAH NAMA SEBAGAI KAFIR DAN MAHU KE NERAKA


Isu HUDUD terus menjadi mainan puak-puak PAS terutama yang Pro Anwar dan PASMA sejak berkawan dengan DAP dan PKR, mereka terus hanyut dari asas perjuangan sebenar mereka yang meletakkan HUDUD paling atas dalam perjuangan, namun mereka tumbang di tangan DAP dan PKR. 

Apa yang menarik sekali apabila , PAS Perak seolah menempah neraka jahanam apabila dengan slamber terus bersama DAP dan PKR Perak menolakj hudud sekiranya mereka sekali lagi menjadi pemerintah di Perak. 

Jika DAP dan PKR menolak aku tak terkejut lansung namun bila PAS sendiri menolak HUDUD kita nak buat macam mana ? Dari aku kecil sampai besar aku dimomokkan dengan kutukan dan hinaan PAS pada UMNO kerana PAS kata UMNO tolak HUDUD adalah KAFIR, jadi sekarang PAS PERAK adakah lebih dari KAFIR ? 

Umno Kelantan baru-baru ini telah bersama-sama dengan PAS Kelantan menyokong usul Enakmen Jenayah Syariah II ( HUDUD) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, jadi maknanya UMNO menerima HUDUD. Sebagai orang Islam sememangnya kita wajib menyokong HUDUD untuk dilaksanakan. 

Berbalik kepada cerita PAS Perak ini , aku menilai dari sudut politik , mereka inilah barua-barua yang mempermainkan agama ALLAH sebenarnya , bukannya UMNO dan PAS yang Pro Ulama yang mempertahankan HUDUD. 

Sekali lagi aku ingin bertanya , jika dulu UMNO dicop KAFIR kerana dituduh menolak HUDUD , jadi sekarang PAS Perak sendiri yang menolak HUDUD , adalah ini BAPAK SEGALA KAFIR yang kita boleh gelarkan ? 


ALLAH MAHA KAYA , TELAH DITUNJUKKAN KEPADA KITA SIAPA PAS SEBENARNYA !!! 



Thursday, 19 March 2015

HUDUD : PASMA Ikut DAP Atau PAS Kelantan ?


Aku tak terkejut kalau DAP terus maki hamun PAS apabila Pas Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II ( HUDUD) di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam tapi aku akan terkejut kalau PAS terus tunduk dengan desakan DAP.

Pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac depan bagi menentukan hala tuju parti itu bersama Pakatan Rakyat (PR) selepas “ditikam dari belakang” oleh PAS Kelantan yang membentangkan enakmen hudud semalam.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook yang menyifatkan PAS sebagai pengkhianat itu berkata, mesyuarat jawatankuasa tertinggi (CEC) akan diadakan di Kuala Lumpur membincangkan masa depan parti itu terhadap PAS yang enggan mendengar bantahan mereka terhadap hudud.

"DAP menegaskan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac, 2015 dan ini adalah tindakan provokasi untuk memecahkan PR.

"Tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini satu keputusan yang melanggar Dasar Bersama PR dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya 

Sebagai orang Islam aku menyokong penuh atas pembentangan untuk melaksanakan enakmen Jenayah Syariah II atau HUDUD ini. Aku juga nak lihat sejauhmana kepimpinan PAS yang lain dan PASMA akan menyokong PAS Kelantan ataupun bersama DAP. 

Tuesday, 17 March 2015

PANAS : DAP Jangan Derhaka Pada Sultan Kelantan - Ramesh Rao



Sikap campur tangan DAP dalam menentang Pelaksanaan Hukum Hudud dilihat sudah melampaui batas .

Menurut Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Perihatin Malaysia, Ramesh Rao Krishnan Naidu, DAP dilihat sudah terlalu melampau menentang hak Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015.

Semalam DAP melalui Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata DAP tidak akan menyokong pelaksanaan enakmen tersebut dan membantah keras jika enakmen hudud dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Anthony Loke juga juga berkata PAS tidak jujur terhadap rakan Pakatan Rakyat.

Tuesday, 13 January 2015

Rencana : Kenapa DAP Bantah Hudud - DR MASHITAH



MENURUT Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.

Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.

Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam.

Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.

“Pas leaders know very clearly DAP’s stand on hukum hudud. DAP will stand firm in Parliament to defeat any Pas attempt to amend the Federal Constitution for this purpose,” tegas Kit Siang, yang juga mendapat sokongan pemimpin PKR dan beberapa pemimpin Pas sendiri.

Tuesday, 23 December 2014

Video : Tun Mahathir Tidak Pernah Menolak Hudud




Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menolak hudud. Ustaz Mohd Kazim Elias sendiri telah mendapat kepastian mengenai tuduhan kononnya Tun M menolak hudud dengan bertanya sendiri dari empunya badan dalam pertemuan selama 3 jam di rumah beliau. Ternyata, Tun M tidak pernah tolak hudud dan ia diakui sendiri secara peribadi oleh beliau kepada Ustaz Kazim.

Dulu ada yang tuduh Tun M tolak hudud hanya dengan bersandarkan kepada kenyataan dari Youtube yang beliau sebut 'hudud tiada dalam Al-Quran'.

Memang benar istilah hudud (حدود) atau mufradnya, hadd (حد) dengan maksud hukuman atau seksaan (عقوبة) tiada dalam al-Quran.

Istilah hudud disebut dalam Al-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :

a) berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada Surah Aali-'Imran ayat 187
b) berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 229, 2 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 230 dan 2 kali pada Surah Ath-Tholaaq ayat 1.
c) berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 13
d) berkenaan perkara umum (3 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 14, Surah At-Taubah ayat 97 dan Surah At-Taubah ayat 112.
e) berkenaan adat zihar (1 kali) - pada Surah Al-Mujadalah ayat 4.

Wednesday, 17 December 2014

Panas : DAP Kata Pas Mungkir Janji Soal Hudud @nikabduh



Perang dingin sesama sendiri antara Pas dan Dap terus memuncak, serangan terbuka di media berterusan antara pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini.

Ibarat retak menanti belah. Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Kita semua sudah tahu lebih setengah tahu  Presiden Pas, Dato Seri Haji Hadi Awang tidak hadir ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Hari ini Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.

“Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.

“Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya

PANAS !!! Kerana DAP Biadap, PAS Keluar Pakatan Rakyat ?



Tahaluf Siyasi Pakatan Pembangkang Terbatal

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.

Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.

“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.

“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform.

Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.

Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.

“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

“Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.

Dewan Ulama PAS Bedal DAP @cmlimguaneng



Nampaknya Dewan Ulama Pas sahaja yang berani buka mulut menghentam sikap biadap DAP yang berterusan mempertikaikan dasar Pas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan sehingga menyebabkan keretakan hubungan antara pe­mimpin dalam pakatan rakyat.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan DAP menolak pelaksanaan itu merupakan serangan berangkai ke atas Pas yang berlarutan sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor tercetus beberapa bulan lalu.

Tegasnya, respons daripada pemimpin Pas untuk mempertahankan parti tidak boleh dielakkan, jus­teru pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya lebih berhemah dalam setiap kenyataan melibatkan dasar Pas.

“Menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk hukum hudud adalah sebahagian perjuangan Pas yang tidak boleh tawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh Pas di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada 2002, jauh sebelum wujudnya pakatan pembangkang selepas 2008.

“Menjadi hak Pas untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti Islam dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah orang Islam sahaja melalui Mahkamah Syariah melainkan jika bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka prinsip perundangan mutatis mutandis (perubahan-perubahan yang diperlukan atau penting),” katanya

Beliau mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mohd. Khairuddin berkata, Pas sentiasa menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan serta tidak bersetuju, namun sikap DAP berterusan mempertikai Pas adalah merupakan cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang.

Monday, 15 December 2014

Panas !! Pas Ditampar DAP Lagi !! DAP Tolak Hudud Pas



DAP tolak hudud Pas

Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

“Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

“Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem,” katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu.

Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Sunday, 15 June 2014

HUDUD : UMNO KELANTAN MAHU SERTAI JAWATANKUASA ENAKMEN HUDUD




Umno Kelantan bersedia untuk sama-sama menyertai jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal itu untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil dari Kelantan.

"Kita bersifat terbuka dalam hal ini dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tautan Kasih-Kami Prihatin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah Pas mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

HUDUD : PAS DICABAR BUANG ISTILAH HUDUD KERANA TAKUT PADA DAP - RAMESH RAO @NajibRazak @RameshRaoAKS

\\

Terkejut aku dengan kenyataan terbaru daripada Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin , Mr Ramesh Rao mengenai Pelaksanaan Hudud yang di bawa Pas . kita semua tahu Mr Ramesh Rao memang bersetuju dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ' Banyak Kebaikan Jika Hudud Dilaksana' walapun beliau seorang India . 


Mungkin sudah hilang kepercayaan terhadap Pas yang hanya pandai bercakap dan bermain wayang , Mr Ramesh telah meminta Pas menggugurkan istilah HUDUD dalam Perjuangan kerana terlalu mengikut telunjuk DAP . Pas seolah takut dengan DAP dan di paksa keluar dari Pakatan Rakyat. 


Sebagai seorang Islam aku juga malu dengan Pas yang hanya mementingkan politik , kuasa dan tamak harta daripada mempertahankan prinsip perjuangan dan memperjuangkan Hudud. Pas lebih rela HUDUD di pijak-pijak DAP. 

Memang benar apa yang dikata oleh Mr Ramesh , Pas sudah hilang arah dan selalu di anjingkan DAP . Aku juga setuju Pas harus menggugurkan Hudud dari asas perjuangan kerana Hukum Allah bukan boleh dipermainkan tetapi Pas sanggup demi kuasa. 



Thursday, 5 June 2014

HOT NEWS : LUAHAN HATI USTAZ NASRUDIN BETAPA KECEWANYA BELIAU DENGAN PAKATAN RAKYAT



Akhirnya Ustaz Nasrudin Hassan meluahkan apa yang terbuku di hatinya , ternyata kenyataan dalam Facebooknya menceritakan segala kekecewaannya terhadap gabungan rapuh Pakatan Rakyat. Dap tak sudah-sudah menyalahkan Hudud punca segala kekalahan mereka.

Serangan dari puak Dap terhadap Pas mengenai Hudud ternyata konsisten dan tidak pernah berubah, Malangnya ramai lebai-lebai Pas longlai dalam keasyikan berpolitik , jawatan dan wang ringgit. Perjuangan mereka hancur kerana ini. 

Aku tahu ramai didalam Pas yang sudah tidak mampu menahan sabar dengan Dap tapi apakan daya , pemimpin atasan Pas tetap menjadi pak turut kepada Dap dan Pkr . Aku bangga kerana Ustaz Nasrudin pemimpin muda Pas ini berani meluahkan kekecewaannya . 

Pas sudah tidak seperti dulu , dulu Pas seorang diri memperjuangkan Islam , hukum-hukum Allah dll tapi malangnya Pas terperangkap dengan helah DAP dan PKR , ahkirnya sokongan orang Islam Pada PAS kamin pudah . Kita boleh lihat Pas di tangga ke 3 selepas DAP dan PKR yang mempunyai kerusi Parlimen teramai Pakatan Rakyat , dan ia makin lama makin kurang.

Tapi aku yakin Pas tetap akan bersama Pakatan Rakyat sampai PAS sendiri hancur kerana mereka sudah dijamukan dengan wang ringgit dunia , kuasa dan jawatan terutama pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan lain-lain yang Pro Anwar. 



Wednesday, 21 May 2014

PRK TELUK INTAN : PAS TOLAK HUDUD KERANA TAKUT PADA DAP




Keghairahan PAS dalam membantu kempen calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan datang ini jelas memperlihatkan seolah-olah mereka takut kepada DAP dan bukannya semata-mata kerana mahu memperjuangkan hukum Allah.Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata PAS telah mencemarkan asas ideologi parti itu sendiri berikutan terlalu tunduk dan akur dengan keengganan DAP dalam isu pelaksanaan hudud meski pada awalnya mereka yang berterusan memperjuangkan hukum tersebut.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut berpesan kepada para pengundi di Teluk Intan supaya memilih calon yang bukan sahaja mampu untuk bersuara dalam memperjuangkan hak rakyat, tetapi juga mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.



Saturday, 3 May 2014

HUDUD : KERAJAAN PAS KELANTAN TIBAI TERESSA KOK KAW KAW !!!


Hudud : PAS Bidas Kenyataan Teresa Kok

Kerajaan Pas Kelantan membidas Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok kerana membuat kenyataan kononnya pelaksanaan hukum hudud di negeri ini hanya untuk menarik sokongan orang Melayu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu adalah perjuangan Pas sejak dahulu malah perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya.

Beliau berkata, pihaknya wajib melaksanakan hukum Allah itu tambahan pula rakyat telah memberikan kepercayaan sejak 20 tahun lalu kepada Pas untuk memerintah negeri ini.

"Dia kata kita hendak tarik undi orang Melayu, dia pula tidak sokong hudud sebab takut undi Cina hilang.

"Soalnya, Pas berjuang untuk menegakkan Islam dan berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam sejak dahulu lagi malah terkandung dalam manifesto pilihan raya kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

HUDUD : JAWATANKUASA TEKNIKAL PUSAT DIWUJUDKAN BAGI KAJI PELAKSANAAN HUDUD - @NajibRazak @dsjamilkhir



Satu jawatankuasa teknikal di peringkat pusat akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankuasa itu akan melibatkan kerajaan Pusat, kerajaan negeri Kelantan dan PAS.

Selain berperanan untuk melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dari pelbagai aspek, jawatankuasa itu akan memberi penerangan mengenai pelaksanaan undang-undang itu di pelbagai peringkat termasuk kepada parti-parti komponen, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, di sini, Jumaat.

Monday, 28 April 2014

HUDUD : UMNO INGIN BERKERJASAMA DENGAN PAS JELASKAN HUDUD ! ALLAHUAKBAR



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

(Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu).

"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.

Saturday, 26 April 2014

HUDUD !! DAP GESA PAS KELUAR PAKATAN CARA TERHORMAT !! HINANYA PAS




DAP menggesa Pas berfikir terlebih dahulu berhubung usaha mereka untuk merealisasikan hudud di Kelantan dan jika itu masih bertegas mahu laksanakan hukuman itu, parti Islam itu digesa keluar daripada PR secara terhormat.

Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam.

Sekali lagi isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menjadi polemik yang hangat dalam media massa arus perdana. Isu ini timbul semula selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno untuk membantu Pas melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

Isu pelaksanaan hudud sebenarnya bukan satu isu baru dalam persada politik Malaysia. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diluluskan di Dun Kelantan pada 1993 dan di Dun Terengganu pada 2002.

Namun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang yang melibatkan jenayah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan hanya boleh diluluskan melalui Parlimen. Jadi, itulah sebabnya dikatakan bahawa pelaksanaan hudud adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak mengetahui pendirian DAP dalam isu ini iaitu DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana ia tidak praktikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia.




Bagaimanakah penguatkuasaan undang-undang jenayah dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya ada dua set undang-undang yang diaplikasikan secara berlainan kepada orang yang beragama Islam dan bukan Islam. Jenayah tidak ada sempadan warna kulit dan agama dan adalah mustahil penjenayah hanya melakukan jenayah ke atas mangsa dari kalangan agamanya sendiri sahaja.

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak sama sekali bersamaan dengan DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam. DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun fobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA.

Malah, saya sendiri pernah mempertahankan (Mursydul Am Pas dan belas Menteri Besar Kelantan) Tok Guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) di Parlimen apabila pemimpin MCA mendakwa kononnya Tok Guru mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol. Saya juga pernah mengatakan kepada masyarakat bukan Islam bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti sekiranya kita tidak mencuri dan merompak.

Wednesday, 23 April 2014

HOT VIDEO : DAP SERU PAS KEMBALI KE PANGKAL JALAN NEGARA BERKEBAJIKAN BUKAN NEGARA ISLAM DAN TOLAK HUDUD ?? TUDIAA


Aku sikit pun tidak rasa terkejut bilamana Nga Kor Meng, cina Dap yang selalu diajar menghafal ayat-ayat suci Al-Quran oleh puak Pas untuk menghina umat Islam lain terutama Umno di pentas-pentas ceramah mereka. 

Aku ingat setelah bertahun cina Dap ini di ajar oleh Pas,  dia dah faham mengenai Islam tetapi malangnya itu hanya lakonan untuk puak-puak Pas bertakbir bila cina ini membaca ayat Quran. Malang sungguh agama Allah dipergunakan Pas untuk politik dunia.



Nga Kor Meng semalam meminta Pas menfokuskan penubuhan Negara Berkebajikan bukan negara Islam dan melaksanakan hudud. 

Penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Wednesday, 16 April 2014

HUDUD : PAS TETAP AKAN LAKSANAKAN HUDUD WALUPUN DI TENTANG DAP DAN PKR - HJ HADI AWANG



PAS tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana parti Islam itu "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tegas Abdul Hadi, undang-undang jenayah Islam itu telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum penubuhan pakatan politik tiga parti itu.

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya seperti dipetik olehBernama.

"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud."

Abdul Hadi ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini pada Selasa.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan mahu mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan di negeri itu seawal-awalnya tahun depan.

Langkah kerajaan negeri Kelantan itu adalah sebagai menyahut keterbukaan yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud dan qisas.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...