sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HAJI 1435H. Show all posts
Showing posts with label HAJI 1435H. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

#HAJI1435H : SELSEMA , BATUK DAN DEMAM ANTARA PENYAKIT YANG DI RAWAT


Laporan Haji 1435H 

Demam , Batuk , Selsema antara penyakit yang melanda Jemaah 

Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohd Jusoh berkata ,Berikutan cuaca yang panas dan kering, lebih 80 peratus daripada 9,788 pesakit yang mendapat rawatan di Pusat Rawatan Syisyah dan 10 klinik  di pusat-pusat penginapan Tabung Haji adalah berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan iaitu selsema, batuk dan demam.

Dr Mohd berkata bagi mereka yang batuk, diharap dapat mengamalkan etika batuk dengan menutup mulut atau memalingkan muka daripada orang ramai bagi mengelakkan kuman merebak.Petugas perubatan juga turut menjalankan lawatan bilik ke bilik bagi bertanya khabar masalah kesihatan jemaah untuk memastikan semua jemaah dalam keadaan sihat sebelum wukuf.

Pihak hospital akan memastikan kesemua pesakit yang berada di hospital akan berada di Arafah untuk wukuf, dengan dibawa dengan ambulans, katanya

Admin MMFC
Mekah 

Monday, 22 September 2014

#HAJI1435H : SUDAH LEBIH SEJUTA UMAT ISLAM BERADA DI KOTA MEKAH



Laporan Harian Haji 1435H
21 September 2014

Assalamualaikum dan Selamat malam Fan , makluman hari ini jumlah Jemaah Haji yang telah tiba di Mekah adalah sebanyak 18,459 orang . kesemua mereka berada di Hotel-hotel penginatap Tabung haji berdekatan dengan Masjidil Haram.

Bagi KT 53 dari Kuala Lumpur Ke Jeddah telah tiba jam 5.30 pagi , KT 53 telah membawa seramai 448 Jemaah Haji.

KT 54 yang membawa 277 orang jemaah yang berlepas dari Pulau Pinang ke Jeddah pula tiba jam 4.15pm tadi .

Memandangkan sudah lebih sejuta umat Islam seluruh dunia tiba di Kota Mekah , Jemaah Haji Malaysia di ingatkan untuk menjaga kesihatan dengan meminum banyak air , memakai penutup mulut dan mengikut semua arahan yang di Keluarkan Tabung Haji

Admin MMFC
Mekah

# Pembaca boleh ikuti laporan harian Haji 2014 di Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC 

Saturday, 20 September 2014

#HAJI1435H : TEMPAT SAIE BUKAN DALAM 'KAWASAN' MASJID


Diriwayatkan Jabir Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah. Dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Jemaah haruslah mengetahui dan faham berkenaan status tempat saie samada didalam atau luar MasjidilHaram.Persoalan yang kerap kali timbul itu dijawab mudah ringkas dan padat oleh Ustaz Daud Che Ngah yang merupakan 'orang lama' dalam menunaikan ibadah haji ini.

Wednesday, 10 September 2014

#HAJI1435H : 10,719 ORANG JEMAAH MALAYSIA SUDAH TIBA DI TANAH SUCI



Laporan Haji 1435H
09 Sept 2014
Mekah

10,719 RIBU JEMAAH MALAYSIA SUDAH BERADA DI TANAH SUCI

Untuk pengatahuan semua , setakat 09 sep 2014 jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang sudah tiba di Tanah Suci adalah sebanyak 10,719 orang . Jemaah Haji yang baru tiba akan terus ke Madinah untuk ziarah .

Dari pada 10,719 orang , sejumlah 4,756 orang telah berada di Mekah setelah selesai ziarah di Madinah dan 5963 orang masih berada di Madinah . Jumlah keseluruhan Jemaah Haji Malaysia tahun ini adalah berjumlah 22,320 orang .

Admin kongsikan gambar sekitar Kaabah yang di ambil malam tadi buat tatapan Fan semua .

Admin MMFC
Mekah Al Mukarramah

p/s : anda boleh mengikuti laporan harian jemaah haji di page rasmi Mukhriz Mahathir FC 

Thursday, 4 September 2014

#HAJI1435H : BADAL HAJI PERSOALAN DAN JAWAPAN



Perkhidmatan Tambahan Badal Haji

Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Badal Haji merupakan khidmat tambahan TH kepada Pendeposit.

TH akan membuka pendaftaran untuk Badal Haji pada bulan 6 Mei 2014 bersamaan 6 Rejab 1435H. Proses pendaftaran Badal Haji boleh dibuat di semua pejabat cawangan TH. Pendaftaran adalah terhad seramai 3000 orang sahaja (di seluruh negara). Pendaftaran secara terbuka dengan berkonsep "Yang Dahulu Di Dahulukan".

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah RM2500.00 untuk satu permohonan. TH akan mendebitkan amaun bagi bayaran tersebut dari Akaun TH pemohon. Sebagai tanda penyempurnaan ibadat Badal Haji ini TH akan memberi hadiah barangan Badal Haji iaitu : Sijil, Kopiah, Sejadah, Tasbih dan Tudung Kepala Wanita selepas selesai operasi haji tahun semasa.


BADAL HAJI 

#HAJI1435H : SAFA DAN MARWAH MEMPERINGATI PERGORBANAN SAIDATINA HAJAR


Ibadat Saie sempena memperingati kisah Siti Hajar

Syeikh Sya’rawi di dalam tafsirnya menyebut: Dua bukit Safa mengingatkan nostalgia lama bagaimana Saidatina Hajar iaitu ibu Ismail berulang alik antara kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Ibrahim di sisi Baitullah al-Haram.

Bagaimana fikiran seorang perempuan ketika ditinggalkan suaminya bersama dengan anak yang masih kecil di tempat yang tidak mempunyai makanan dan sumber air?

Di sinilah ucapan Hajar yang masyhur. Kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu demikian itu? Lantas jawab Ibrahim: Ya. Dengan penuh yakin. Isteri solehah berkata: Kalau begitu Allah s.w.t tidak akan mengabaikan kami. Justeru ia terkaya dengan khalik daripada makhluk.

Firman Allah: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada keduanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)

Sebab nuzulnya ayat ini:

Riwayat yang paling dekat dengan logik kejiwaan yang diambil daripada tabiat kefahaman dan pemikiran yang telah ditanam oleh Islam dalam jiwa angkatan pemeluk Islam yang pertama dari golongan Muhajirin dan golongan Ansar, ialah riwayat yang mengatakan bahawa setengah-setengah kaum Muslimin itu merasa segan dan keberatan untuk berkeliling di Safa dan Marwa ketika mengerjakan ibadat haji dan umrah. Ia disebabkan berhala Asaf dan Na`ilah diletakkan di atas dua bukit itu.

Orang-orang Islam tidak suka dan keberatan untuk berkeliling di situ sebagaimana mereka berkeliling di zaman jahiliah.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...