sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label JEMAAH HAJI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label JEMAAH HAJI MALAYSIA. Show all posts

Monday, 20 October 2014

#HAJI1435H : BAKI 70% JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI DIINGAT JAGA KESIHATAN - @azeezputera





Sebanyak 50 lagi baki penerbangan melibatkan 70 peratus daripada keseluruhan 23,320 rakyat Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada musim ini, sebagaimana direkodkan setakat hari semalam.Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga berkata,sebanyak 14 penerbangan melibatkan 5,398 orang jemaah haji telah pulang ke tanah air.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris kepada seorang jemaah haji yang meninggal dunia di Kampung Abdul Rahman,Sungai Pelek hari ini.Dalam masa sama Azeez turut menyampaikan bantuan khairat kematian sumbangan TH kepada waris Allahyarham


Friday, 3 October 2014

#HAJI1435H : JEMAAH HAJI MALAYSIA BERGERAK KE ARAFAH


Semalam jemaah-jemaah haji dan petugas mula bergerak ke Arafah bermula jam 11 pagi waktu Arab Saudi dengan menaiki bas-bas yang di sediakan .

Pada 24 September lalu, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya berikutan beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Jemaah haji di ingatkan supaya memaksimakan manfaat di Arafah dengan sebaik-baiknya semasa di Arafah dengan berdoa, beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran, terutama surah Al-Haj.

Tuesday, 30 September 2014

#HAJI1435H : SEKALIPUN DGN AMBULANS , SEMUA JEMAAH HAJI AKAN DI PASTIKAN BERWUKUF DI ARAFAH



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya turut menerima khabar gembira apabila empat daripada lapan jemaah Malaysia yang terlantar atau dirawat di pusat rawatan rapi (ICU) di hospital Arab Saudi, telah dibenarkan keluar semalam.

insya-Allah kita (Tabung Haji) akan berusaha membawa mereka semua (empat orang yang masih dirawat) ke Arafah melainkan tidak dibenarkan hospital Arab Saudi.

"Sekalipun terpaksa membawa mereka dalam ambulans sebab kita faham 'haji adalah Arafah'," kata beliau selepas melawat pusat penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Rehab Al-Janadiriyyah

Turut serta isterinya, Datin Seri Fatmawati Saidin; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Berwukuf bermaksud seseorang jemaah itu wajib berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula daripada gelincir matahari hari 9 Zulhijjah (3 Oktober ini) sehingga seketika sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.



Sunday, 28 September 2014

#HAJI1435H : JEMAAH TIDAK DI JANGKITI EBOLA DAN MERS-coV - @dsjamilkhir @azeezputera



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ramai daripada kalangan jemaah haji Malaysia yang telah tiba untuk Musim 1435H ini menghadapi masalah kesihatan.

Malah, kata beliau, jika tiada halangan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Tabung Haji akan berusaha membawa lapan pesakit jemaah Malaysia yang masih terlantar di hospital negara ini untuk dibawa berwukuf di Arafah.

"Bilangan pesakit (jemaah Malaysia) di hospital Arab Saudi ini agak rendah berbanding pada pengalaman kita dulu. Mungkin kerana jemaah Malaysia memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan.

"Dan kerajaan Arab Saudi sendiri pun memantau perkembangan penyakit Ebola dan MERS-coV yang sedikit mengganggu persiapan (haji). Bukan setakat jemaah haji Malaysia sahaja, jemaah negara-negara lain pun tidak kedengaran berita dijangkiti penyakit ini," 

Jamil Khir turut menjelaskan bahawa dua jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia tiga hari lalu adalah dua orang wanita yang masing-masing berumur 52 dan 62 tahun.

"Ini bagi menjawab kebimbangan keluarga lain di tanah air yang menyangka mereka adalah jemaah yang telah berumur. Setakat ini empat jemaah Malaysia meninggal dunia dan Tabung Haji akan membuat badal haji untuk mereka," kata beliau.


Saturday, 27 September 2014

#HAJI1435H : DUA ORANG LAGI JEMAAH MALAYSIA MENINGGAL DI MEKAH



Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi jangkitan paru-paru.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, yang tidak mendedahkan identiti kedua-dua jemaah itu hanya berkata mereka merupakan jemaah wanita dan meninggal dunia minggu ini.

Dengan kematian terbaru itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini hanya empat orang, katanya kepada media Malaysia selepas meninjau persiapan tapak dan khemah untuk jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina petang Khamis.

Beliau juga turut menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di tapak perkhemahan Malaysia di Arafah.

Pada minggu lepas, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung.

Jemaah pertama dari Johor Baharu meninggal dunia pada 9 Sept, dan jemaah kedua yang berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia pada 16 Sept.

Friday, 26 September 2014

#HAJI1435H : PETUGAS-PETUGAS HAJI TERUS BERSEMANGAT URUS JEMAAH HAJI



Untuk pengatahuan setakat 25 September 2014 , Jumlah keseluruhan jemaah Haji Malaysia yang telah sampai di Tanah Suci adalah berjumlah 20,957 orang Jemaah.

KT 60 yang berlepas dari Kuala Lumpur Ke Jeddah membawa 448 orang jemaah telah selamat tiba pada jam 5.30 pagi . esok 27 September adalah kapal terakhir yang akan sampai membawa Jemaah Malaysia , di khabarkan Timbalan Perdana Menteri juga akan tiba di sini

Semalam satu majlis perjumpaan Ketua Rombongan Haji (KRH) bersama petugas-petugas haji di Mekah , kata-kata semangat di lontarkan kepada Petugas-petugas dan aku janji untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada Jemaah Haji .

Semoga pengorbanan Petugas-petugas haji mendapat ganjaran pahala dan rahmat dari Allah SWT .

Admin MMFC

Mekah

Monday, 22 September 2014

#HAJI1435H : SUDAH LEBIH SEJUTA UMAT ISLAM BERADA DI KOTA MEKAH



Laporan Harian Haji 1435H
21 September 2014

Assalamualaikum dan Selamat malam Fan , makluman hari ini jumlah Jemaah Haji yang telah tiba di Mekah adalah sebanyak 18,459 orang . kesemua mereka berada di Hotel-hotel penginatap Tabung haji berdekatan dengan Masjidil Haram.

Bagi KT 53 dari Kuala Lumpur Ke Jeddah telah tiba jam 5.30 pagi , KT 53 telah membawa seramai 448 Jemaah Haji.

KT 54 yang membawa 277 orang jemaah yang berlepas dari Pulau Pinang ke Jeddah pula tiba jam 4.15pm tadi .

Memandangkan sudah lebih sejuta umat Islam seluruh dunia tiba di Kota Mekah , Jemaah Haji Malaysia di ingatkan untuk menjaga kesihatan dengan meminum banyak air , memakai penutup mulut dan mengikut semua arahan yang di Keluarkan Tabung Haji

Admin MMFC
Mekah

# Pembaca boleh ikuti laporan harian Haji 2014 di Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC 

Saturday, 20 September 2014

#HAJI1435H : SUDAH 17,710 ORANG JEMAAH HAJI MALAYSIA SUDAH BERADA DI KOTA MEKAH



Laporan Haji 1435 H
20 September 2014

Assalamualaikum Fan , umtuk makluman setakat 20 September 2014 ,jumlah Jemaah Haji Malaysia yang sudah tiba di Mekah adalah berjumlah 17,710 orang Jemaah .

Pada hari ini hanya 1 KT sahaja yang tiba dari Kuala Lumpur Ke ke Jeddah iaitu KT 52 yang membawa 279 orang jemaah.

Kesemua Jemaah Haji Malaysia yang berada di Madinah juga telah tiba di Mekah , baki 4,610 orang Jemaah Haji yang masih di Malaysia akan tiba ke Mekah keseluruhanya pada 27 September 2014 nanti .

Admin MMFC
Mekah Al Mukarramah 


*anda juga boleh ikuti laporan harian di page rasmi Mukhriz Mahathir FC


Tuesday, 9 September 2014

#HAJI1435H : 21 TAHUN BERBAKTI PADA JEMAAH MALAYSIA DI MEKAH



#Haji1435H
Mekah
7 sept 2014

21 TAHUN BERBAKTI UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA

Semalam Admin sempat menemuramah Petugas Ambilan Musim (PAM) yang ibu dan ayahnya berasal dari Sala dan Alor Janggus. Untuk makluman Lembaga Tabung Haji (TH) menggunakan khidmat 260 Petugas Ambilan Musim (PAM) terdiri daripada penduduk tetap (PR) Arab Saudi yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Pattani, Thailand membantu urusannya di sini.

Ahmad Yusof, 44, yang bertugas sebagai pemandu ambulans sejak 21 tahun dengan TH, berkata tugasnya ini bukan sahaja menambah kenalan di Malaysia, malah membantunya tingkatkan penguasaan bahasa Malaysia.

Ahmad berkata selain menjadi pemandu ambulans untuk membawa pesakit ke klinik dan hospital, beliau juga sering menziarah jemaah haji Malaysia yang dimasukkan ke hospital dan kadangkala bertindak sebagai penghubung antara pesakit itu dengan keluarga mereka di Malaysia melalui panggilan telefon.

"Saya akan maklumkan kepada keluarga pesakit mengenai keadaan pesakit, dan menyampaikan pesanan keluarga kepada pesakit," katanya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...